Tip Buat Crunchy Garlic Yang Sedap, Rendam Dengan Air Ini Supaya Senang Kupas & Getah Bawang Putih Hilang

Share

Bawang putih ini selalu dikaitkan sebagai makanan untuk buang angin dalam badan.
Kalau makan mentah memang ramai tak lalu, tapi kalau buat kerepek bawang putih atau crunchy garlic memang laju saja habis. Boleh makan dengan nasi, nasi goreng malah ramai yang makan begitu saja.

Crunchy garlic ini juga banyak dijual, tapi sebenarnya boleh saja kalau nak buat sendiri sebab mudah. Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian Ana Mohd

.

Buat sendiri Crunchy Garlic, rangup krup krap

Siapa suka makan crunchy garlic atau ada yang panggil kerepek bawang putih? Mudah saja buat, cuma kena tau teknik supaya garlic tak rasa ‘something’.

1.Bawang putih jika belum kupas, rendam dengan air suam supaya senang nak kupas kulit.

2. Sagat dan rendam dalam air garam untuk seketika.

Saya guna penyagat Speedy Mando Tupperware, mudah. Boleh beli di Shopee, klik SINI

.

3. Basuh bersih. Bilas banyak kali supaya getah bawang putih betul-betul hilang.

4. Tos bawang putih sagat dan tabur sedikit tepung beras jika suka.

5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Kemudian goreng, guna api besar. Bila dah nampak buih-buih dah dah kurang dan warna bawang putih dah nak perang, perlahankan api dan kacau sentiasa.

6.Bila dah nampak keperangan sedikit, terus angkat masuk dalam penapis yang dialas dengan tisu dapur.

Jangan biarkan bawang putih dah garing baru nak angkat, nanti jadi pahit dan hangus. Sebab masa angkat, bawang putih masih dalam proses ‘memasak’.

Dah siap.

Boleh juga tabur dengan serbuk lada hitam untuk rasa pedas.

INFO: Boleh juga masukkan halia yang dihiris halis bersama bawang putih waktu menggoreng.

Sumber: Ana Mohd

IKLAN