Setiap kali raya ramai yang bersemangat nak mencuba buat kuih raya. Salah satu kuih yang selalu masuk senarai untuk dicuba adalah semperit.
Tapi satu masalah bagi yang amatur untuk buat kuih semperit ini adalah bentuknya selalu tak menjadi. Pecah bunganya tak cantik, senget, bengkok dan tak sama. Dalam satu tray macam-macam bentuk ada. Lagi satu tangan pun cepat penat kerana tekan acuan.
Supaya bunga kuih semperit menjadi cantik dan tangan pun tak letih boleh ikut tip yang dikongsi oleh Shafika Safian ini. Caranya mudah cuma guna botol air mineral. Caranya seperti di bawah;
Tip kalau baru nak belajar buat semperit
Tip mudah untuk yang baru belajar buat semperit supaya bunganya cantik, tak bengkang bengkok.
1. Cari botol mineral 500ml dan potong bahagian atasnya.
Ads
2. Bila dan potong, letak acuan semperit yang dah berisi doh pada corong botol mineral. Ia akan jadi seakan ‘pemegang acuan’. Jadi sewaktu tekan doh semperit, ia tak bergoyang dan bentuk semperit akan jadi cantik.
3. Tapi pastikan botol dipotong tak terlalu pendek atau terlalu panjang. Boleh gunakan botol air mineral Sea Master sebab sesuai dengan acuan.
Ads
Inilah hasilnya bentuk semperit yang guna tip botol air mineral.
Cara buat semperit 3 bahan
Kalau nak cuba semperit yang mudah boleh guna resipi semperit tiga bahan ini;
Ads
Bahan-bahan:
250g Buttercup
500g tepung jagung
1/2 tin susu pekat manis (boleh tambah suku tin lagi jika mahu lebih manis)
Cara membuat:
Kacau butter dengan susu pekat manis
Gaul untuk sebati saja, jangan sampai kembang.
Bila dah sebati letak pewarna atau boleh juga jika nak warna asli.
Kemudian tambah tepung jagung dan uli sampai doh tak melekat pada tangan. Sekiranya doh lembuk tambah tepung jagung sedikit.
Kemudian bolehlah masuk dalam acuan dan gunakan kaedah yang dikongsi di atas.
Raised bed garden tak semestinya kena ruang luas, kawasan kecil sudah mencukupi. Tetap boleh bercucuk tanam untuk makan sendiri.
Inilah yang dipraktikkan oleh Lynda Hassan. Jika sebelum ini menanam sayur dalam botol, dia kemudian mencuba pula kaedah penanaman dalam petak atau raised bed garden.
Ringkas saja petak yang dibuat tapi sayur-sayurannya tetap subur, hasil air semburan bunga cengkih. Berikut adalah perkongsian beliau bagi yang ingin mencuba.
Cara tanam sayur dalam petak
Sebelum ini tanam sawi & kangkung dalam botol. Bila tengok orang tanam dalam petak-petak kita pun nak cuba.
Ini first time tuai sawi tu. Alhamdulillah segar bugar. Ada sikit daun kena makan dengan belalang, serangga perosak lain tiada.
Cara saya buat:
Saya guna 100% tanah sawit, kedalaman tanah lebih kurang satu jari.
Buat petak dari kayu terpakai saja.
Boleh juga buat atas laman bersimen tapi sebelum masukkan tanah, alas dulu dengan plastik.
Biji benih semai dulu di tempat lain, selepas keluar empat daun baru alih ke petak.
Siram dan letak baja, saya guna baja tinja arnab kerana pelihara haiwan ini.
Selepas alih ke petak lebih kurang tiga minggu dah boleh tuai hasil.
Supaya sayur subur dan tak kena serangan serangga guna semburan air bunga cengkih. Sembur pada daun dan batang.
Cara buat air semburan bunga cengkih
Ambil periuk masukkan 2-3 liter air.
Tambah 2-3 sudu bunga cengkih dalam periuk.
Rebus hingga mendidih dan tutup api.
Biarkan air semalaman.
Esoknya boleh masukkan dalam botol penyembur. Letak 1/2 air cengkih dan tambah air paip biasa hingga penuh botol.
Sembuh pada daun dan batang pokok sayur. Hari-hari pun boleh.
Pati cengkih yang lebih simpan untuk kegunaan lain hari.
Sayur brokoli memang jadi kegemaran ramai. Melihat warna hijau nan segar kita pasti teringin menikmatinya.
Malah brokoli ini juga jadi sajian anak-anak kecil dengan mengolahnya menjadi puri. Tapi sayangnya ramai para ibu tidak akan mengamalkan cara betul membersihkan sayur ini dimasak.
Perlu diketahui di sebalik rumpun hijau brokoli itu, sayur ini mengandungi banyak sekali ulat halus tak dapat kita lihat dengan jelas dan tidak akan mati dengan cara membilas dengan air saja.
Berikut adalah langkah paling berkesan untuk membuang ulat pada brokoli yang perlu dilakukan sebelum memasak sayur ini.
1. Potong brokoli dan sediakan campuran air dan juga cuka. Rendam brokoli ke dalam air ini selama 15 minit.
Selepas itu anda akan dapat melihat ulat-ulat halus akan terapung di permukaan air. Bilas dan barulah dimasak.
2. Satu lagi cara adalah dengan merendam sayur brokoli dengan air garam selama 30 minit hingga satu jam. Kemudian bilas.
Selepas membersihkan brokoli dengan cara ini barulah sayur ini boleh dimasak. Cuba bayangkan sekiranya kita tidak membasuh bersih sayur ini sebaliknya terus menyajikannya pada anak kecil.
Sumber Facebook Masak Apa Hari Ni… Foto Fieza Nelson