Lauk sambal bilis boleh kata semua menyukainya. Tapi versi paling sedap adalah apabila ikan bilis terasa garing dengan sambal yang pekat.
Sambal bilis ini makan dengan nasi panas macam tu saja pun memang marvellous. Lauk ini juga favorite untuk buat bekal travel atau anak masuk asrama. Jika nak hasil sambal begini, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mariana Zainal.
Cara Buat Sambal Bilis Garing, Sambal Pekat
Bahan-bahan
2 genggam ikan bilis (lebih pun boleh)
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar gula merah (sebab itu warnanya gelap)
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
1 keping asam keping
Bahan kisar
40 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
3 sudu besar ikan bilis yang dah dikopek
1 dan 1/2 cawan minyak masak (nak lebih pun boleh)
Cara membuat
Ads
1. Goreng ikan bilis sampai garing kemudian tos dan biarkan sejuk.
2. Masukkan bahan kisar dan asam keping dalam kuali. Tumis guna api sederhana sambil kacau.
3. Bila sambal dah mula mendidih, naik minyak elok dan bertukar warna masukkan gula, garam dan bahan perasa.
Ads
4. Masak hingga sambal berbuih kecil, berwarna gelap dan pekat. Kemudian boleh tutup api, biarkan betul-betul sejuk.
5. Bila sambal dah sejuk boleh masukkan ikan bilis yang dah digoreng garing tadi. Ceduk atau buang lebihan minyak, boleh simpan dalam bekas.
Bagi sebahagian kaum wanita, hampir setiap bulan berdepan dengan kesakitan akibat senggugut ketika haid. Dari sebelum berkahwin sehinggalah sudah beranak pinak, ia masih dialami.
Disebabkan kesakitan ini jugalah ramai wanita sanggup menelan ubat tahan sakit seperti Panadol dan Ponstan untuk meredakannya meski tahu ia tidak baik untuk kesihatan.
Perlu diketahuii pengambilan ubat tahan sakit mungkin meredakan seketika kesakitan tapi ia juga boleh menyebabkan gangguan pada kitaran haid.
Namun risiko paling buruk pengambilan ubat ini adalah ia boleh menyebabkan masalah fungsi buah pinggang malah boleh sampai ke peringkat kronik jika ia diambil tanpa kawalan dalam tempoh yang panjang.
Meski tahu pengambilan ubat sebegini tidak elok namun apa kan daya kerana tidak tahan ramai wanita yang tidak dapat mengelak daripada mengambilnya.
Bagaimanapun menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad , bagi wanita yang kerap mengalami senggugut ringan, tidak perlulah mengambil ubat ini. Ada cara lain yang boleh dilakukan untuk meredakannnya.
Katanya wanita ini tak perlu makan ubat penahan sakit seperti Ponstan dan Panadol. Sebaliknya lakukan amalan semula jadi ini.
Caranya minum air mineral suam dibancuh dengan sedikit halia. Sapu dengan sedikit minyak atau krim panas. Ini sudah mencukupi.
Ini kerana katanya ramai yang mengalami kitaran haid yg terganggu bila menelan ubat tahan sakit.
Dalam pada itu mereka yang selalu mengalami sakit senggugut juga boleh amalkan petua ini setiap bulan. Semua petua ini adalah semula jadi tanpa perlu makan ubat tahan sakit.
Senggugut berlaku kerana pengecutan otot rahim yang keterlaluan dan juga disebabkan ada darah beku yang terkumpul didalam rahim. Dengan bertungku, anda membantu otot rahim untuk mengecut dengan lebih konsisten dan dalam masa yang sama memecahkan darah beku yang ada dalam rahim.
Apabila otot rahim mengecut dengan baik dan tiada lagi darah beku, darah haid akan keluar dengan aliran yang lebih baik lalu mengurangkan kesakitan senggugut yang anda alami.
Secawan teh herba panas sememangnya menenangkan dan membantu mengurangkan kesakitan senggugut dengan cara melancarkan perjalanan darah dan merehatkan otot rahim. Kandungan fenolat dalam teh membantu menghilangkan kesakitan.
Coklat gelap atau dark chocolate yang pahit tanpa susu adalah ubat senggugut yang sangat berkesan. Coklat gelap merembeskan hormon yang menyebabkan badan anda terlupa tentang kesakitan yang sedang dialami. Namun, makan dengan berpada. Nanti naik pula berat badan anda.
Ambil serius hal ini! Berhenti makan makanan dengan kandungan lemak tepu yang tinggi. Contoh: aging lembu, kambing, dan produk tenusu. Kajian mendapati makanan ini mengakibatkan pengecutan rahim menjadi lebih kuat!
Elakkan juga daripada ambil garam, karbohidrat, serat, dan minuman berkafein. Pengambilan garam secara berlebihan menyebabkan keradangan dan bengkak pada saluran pembiakan tiub fallopian dan rahim. Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan coklat gelap kurang manis.
Menurut kajian Dr Ellen Yankauskas dari Women Center of Family Health, senaman rutin mampu melegakan kesakitan senggugut. Ia kerana senaman berupaya untuk menghasilkan bahan kimia bernama endorphin. Endorphin mampu bertindak melegakan kesakitan dan tekanan emosi. Cuba saja senaman-senaman ringan, jika anda tak larat!
Cacing dalam bilik air, memang membuatkan ramai berasa geli. Walaupun lantai dah dicuci bersih tapi entah dari mana datang, cacing tetap ada.
Cacing kecil merah ini selalunya didapati di celah-celah lantai mozek atau jubin bilik air. Memang tak mendatangkan kecederaan tapi kehadiran cacing ini membuatkan kita rasa tak senang dan boleh menakutkan anak-anak juga bila melihatnya.
Untuk menyelesaikan masalah ini ada beberapa cara yang boleh dilakukan. Mudah saja.
Ambil saja garam di dapur kemudian taburkan pada lantai bilik air dan lubang bilik air. Tapi kena buat kerap. Boleh juga bancuh dengan air panas dan curahkan ke seluruh tandas.
Simpan sikit air garam itu dan masukkan dalam botol spray. Kemudian sembur ke dinding bilik air. Buat setiap malam atau seminggu sekali, ikut pada kekerapan cacing itu datang.
Boleh juga gunakan cecair peluntur. Memang berkesan tapi hati-hati menggunakannya kena kandungan kimianya kuat. Boleh buat mata pedih.
Caranya siram seluruh bilik air dengan air biasa dulu dan kemudian spray bancuhan peluntur ini pada lantai dan dinding.
Selain guna garam atau peluntur, boleh juga cuba guna cuka untuk hilangkan cacing di bilik air. Caranya sama, semburkan atau curahkan cuka pada lantai dan dinding.
Pencuci lantai jenis ini memang berkesan dan boleh hilangkan kotoran di celahan lantai dengan efektif berbanding pencuci lantai biasa. Selain membersih kotoran ia juga boleh menghapuskan cacing yang melekat di celah lantai.
Memandangkan cacing ini selalu berada di celah mozek atau jubin boleh juga menutup ruang ini dengan cara grout iaitu menutupnya menggunakan simen putih.
Ada dijual di kedai hardware atau beli secara online sama ada dalam bentuk bancuh sendiri atau dalam botol yang sedia digunakan terus. (klik SINI untuk link)
Satu lagi cara adalah dengan cat epoxy. Cara ini bukan saja boleh elakkan kehadiran cacing tapi menutup semua lubang atau kebocoran lantai bilik air. Sambil itu boleh cantikkan lantai bilik air juga.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...