Tip Buat Sambal Bilis Garing Yang Sedap, Sambal Pekat. Dah Siap Masak, Kena Ceduk Macam Ini

Share

Lauk sambal bilis boleh kata semua menyukainya. Tapi versi paling sedap adalah apabila ikan bilis terasa garing dengan sambal yang pekat.

Sambal bilis ini makan dengan nasi panas macam tu saja pun memang marvellous. Lauk ini juga favorite untuk buat bekal travel atau anak masuk asrama. Jika nak hasil sambal begini, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mariana Zainal.

Cara Buat Sambal Bilis Garing, Sambal Pekat

Bahan-bahan
2 genggam ikan bilis (lebih pun boleh)
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar gula merah (sebab itu warnanya gelap)
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
1 keping asam keping

Bahan kisar
40 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
3 sudu besar ikan bilis yang dah dikopek
1 dan 1/2 cawan minyak masak (nak lebih pun boleh)

Cara membuat

1. Goreng ikan bilis sampai garing kemudian tos dan biarkan sejuk.

2. Masukkan bahan kisar dan asam keping dalam kuali. Tumis guna api sederhana sambil kacau.

3. Bila sambal dah mula mendidih, naik minyak elok dan bertukar warna masukkan gula, garam dan bahan perasa.

 

4. Masak hingga sambal berbuih kecil, berwarna gelap dan pekat. Kemudian boleh tutup api, biarkan betul-betul sejuk.

5. Bila sambal dah sejuk boleh masukkan ikan bilis yang dah digoreng garing tadi. Ceduk atau buang lebihan minyak, boleh simpan dalam bekas.

Boleh simpan bekas yang sesuai.

Selamat mencuba.

Sumber: Mariana Zainal.

IKLAN