Tip Buat Sambal Tumis Yang Sedap, Tos Air Bawang Yang Dikisar!

Share

Hidangan sambal tumis tak kira sambal bilis, sotong, udang, ayam atau ikan memang kegemaran ramai.

Boleh kata setiap hari akan ada hidangan ini atas meja. Ada sambal ini baru puas makan.

Tapi tak semua yang mahir buat sambal tumis yang sedap. Ini tip yang boleh kita praktik yang dikongsi oleh Dya Mira.

Cara masak sambal sedap

1. Cili kering yang hendak digunakan digunting, buang biji dan direbus dulu. Tos.

2. Basuh cili direbus tadi sampai bersih dan kisar dengan 2 biji bawang besar.

3. Tumis cili sampai naik minyak atau pecah minyak.

4. Letak asam keping atau asam jawa, garam, gula, secukup rasa. Kena cukup rasa tau asam, gula, garam. Baru sedap.

5. Petua untuk sambal bilis sedap –  kisar bawang besar dalam 3-4 biji kemudian tapis untuk asingkan air bawang. Tumis bawang yang ditapis tadi sampai kekuningan baru masukkan cili kisar. Rasa sambal akan lebih sedap manis-manis.

Selamat mencuba.

Sumber: Dya Mira.

IKLAN