Tip Daun Pokok Ketumbar Jawa Lebat & Merimbun. Setiap Kali Berbunga, Kena Potong

Share

Daun ketumbar jawa ini memang banyak guna dalam masakan terutama hidangan Thai. Sup, tomyam, paprik, kerabu dan sebagainya memang lagi sedap jika ada aroma daun ketumbar ini.

Sebab itulah juga ramai yang cuba tanam pokok ini di rumah. Kalau di rumah ada menanam ketumbar jawa, boleh cuba praktikkan cara yang dikongsi oleh Shariffuddin Ar Lambensa

agar daunnya lebat dan banyak. Boleh masukkan banyak-banyak dalam masakan.

Tip pokok ketumbar jawa daun lebat dan banyak

– Caranya setiap kali pokok ketumbar jawa menghasilkan bunga, pastikan bunga dipotong.
Bunga yang dipotong boleh dijadikan ulam.

– Apabila pokok ketumbar jawa berbunga pertumbuhan menjadi perlahan, tapi bila bunganya dipotong ianya akan menghasilkan anak-anak pokok yang merimbun dan sentiasa ada pucuk baru muncul di setiap pokok.

– Bagi memastikan pokok ketumbar jawa subur jangan lupa membaja sekali setiap minggu sebagai nutrien pokok. Boleh guna baja organik saja.

– Pokok ketumbar jawa tak perlukan pencahayaan terus. Sebaiknya letak pokok ketumbar jawa di bawah pokok atau di kaki lima rumah.

Semoga bermanfaat

Sumber: Shariffuddin Ar Lambensa

IKLAN