Cara Simpan Biskut Raya Supaya Tahan Lama. 6 Bulan Pun Elok Lagi, Tiada Bau Hapak

Share

Baru masuk hari ke 10 puasa dah ada yang nak buat biskut raya. Memang awal tapi nanti dekat nak raya lagi banyak kerja kena buat.

Cuma satu kerisauan bila buat awal ramai takut biskut raya jadi tak sedap, lemau dan bau hapak.

Supaya tak berlaku kesan begini pada biskut raya yang dah banyak dibuat baker Azamar Norasikim Cikza

memberikan tip buat mereka yang nak buat biskut raya awal supaya biskut tahan lama selama 6 bulan, tak bau hapak dan tak lemau.

Tip buat biskut raya awal, biskut tahan 6 bulan tanpa pengawet

Dah ada yang dah start buat biskut raya ke? Kat sini sis nak kongsikan sedikit tip untuk yang mana nak prepare awal biskut raya.

Insya Allah biskut akan tahan selama 6 bulan tanpa guna pengawet. Ini tipnya;

1. Jemur tepung dan gula terlebih dahulu. Ini akan membuatkan biskut menjadi ringgan.

2. Pastikan biskut disimpan dalam bekas kedap udara.

3. Bungkuskan sebunjut garam dan diletakkan ke dalam bekas biskut atau beli saja yang dah ready packing kat kedai bakery.

4. Taburkan sedikit gula ke dalam bekas. Ini untuk elakkan biskut menjadi hapak.

5. Alaskan setiap biskut dengan lapisan kertas minyak.

6. Pastikan biskut betul-betul sejuk baru simpan dalam bekas.

7. Pastikan jenis kekacang dibakar dulu sebelum buat kuih supaya tidak cepat lemau dan hapak.

Semoga bermanfaat

Sumber: Azamar Norasikim Cikza

IKLAN