Tip Buat Sambal Bilis Yang Sedap & Tahan Sampai 2 Minggu. Tumis Bawang Hingga Nampak ‘Transparent’

Share

Siapa saja yang tak suka sambal bilis kan. Hidangan ini memang selalu ada atas meja.

Kalau tak mahu buat selalu boleh ikut cara buat sambal bilis Wan Luqman ini. Boleh buat banyak sebab insya-Allay boleh tahan sampai dua minggu.

Sambal bilis ini juga boleh makan dengan macam-macam, nasi biasa, nasi lemak, cicah roti pun ok.

Tip untuk tahan lama kena masak sampai betul-betul pecah minyak dan minyak pun kena banyak. Selanjutnya boleh ikut langkah yang dikongsi.

  1. Tumis dulu bawang kisar dan cili kisar. Pastikan kisar cili yang gelap warnanya, baru menarik.

2. Masukkan beberapa hiris halia dan belacan.

3. Tumis lagi sampai pecah minyak lepas masuk belacan, dalam 20 minit.

4. Masukkan air asam jawa, lebih kurang 4 sudu.

5. Masukkan hirisan bawang merah dan bawang holland.

6. Masukkan gula melaka 2 ketul.

7. Masukkan buah keras dalam 2-3 biji. Tumbuk lumat.

8. Tumis lagi, jangan risau keadaan minyak sebegitu. Nanti boleh ceduk dan buang.

9. Masukkan garam, dalam sesudu kecil. Tapi jangan banyak sangat, nanti ikan bilis pun dah masin.

10. Sambung tumis dalam sejam, check keadaan bawang. Masak sampai bawang dah transparent.

11. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng separa masak. Bilas dulu sebelum goreng untuk elak masin sangat.

12. Bawang yang telah lutsinar macam ni lah yang dicari .

13. Selesai masak sambal dalam sejam setengah.

Selain makan dengan nasi, boleh makan macam ni juga. Kenyang.

Sumber: Wan LuQman

 

IKLAN