Tip Masak Daging Goreng Kunyit Supaya Lembut, Tak Liat Walau Dah Sejuk

Share

Menu daging goreng kunyit walaupun ringkas tapi jadi kegemaran ramai. Namun satu masalah bila masak hidangan mudah ini, daging keras atau liat terutama bila sudah sejuk.

Untuk atasi masalah ini boleh ikut perkongsian daripada Nana Ismail.

Tip masak daging goreng kunyit supaya kekal lembut walau dah sejuk

Ramai yang goreng daging terlalu lama sebab nak pastikan daging lembut dan masak.

Masalahnya bila buat macam tu, daging akan bertambah kecut, kering dan rasa lembut masa tengah panas saja. Bila dah sejuk mulalah keras dan liat nak makan.

Supaya daging kekal lembut ikut langkah ini sebelum goreng;

1. Pastikan potong daging lawan urat. Cara nak nampak urat daging dengan jelas  adalah dengan meletakkan daging yang masih mentah dalam kuali panas tanpa minyak. Bila panas nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong.



2. Selepas hiris nipis, boleh goreng daging tanpa minyak. Biar air daging keluar dan kering. Kemudian angkat.

3. Dah buat dua langkah di atas barulah lumur daging dengan kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging tu. Nampak kering macam daging yang direbus kan?

4. Kemudian letak minyak dalam kuali dan goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging singkat saja. Korang akan perasan, daging akan nampak tak kecut dan berjus.


5. Selepas itu macam biasa tumis bawang, cabai, letak sayur dan gaul balik daging. Selesai!

Selamat mencuba

Sumber: Nana Ismail

 

 

IKLAN