Tip Masak Sambal Sotong Kembang, Nak Lagi Sedap Masuk Kacang Tanah

Share

Selain sotong segar, sotong kembang masak sambal juga antara sambal yang sedap. Ia lauk nasi lemak yang memang mantap gabungannya.

Tapi tak semua mahir masak sotong kembang ini. Sebelum masak ada petua yang perlu dilakukan supaya sotong tak liat dan berair bila masak.

Nak hasilkan sambal sotong yang sedap juga ada tipnya. Dikongsi oleh Har Ryea

, ini caranya.

Cara buat sambal sotong kembang sedap

Bahan-bahan:
3 ekor sotong – bersihkan.
6 -7 sdb cili kering kisar (rebus dulu)
2-3 sdb bawang besar kisar
1 sdb bawang putih kisar
1 sdb halia kisar
1-2 biji bawang besar hiris kasar
Seketul kecil gula melaka
1 sdk pes asam jawa Adabi
Garam & Ajinomoto
Sedikit gula pasir
Semangkuk kecil kacang tanah (goreng & kisar kasar)

Cara membuat:

  1. Petua supaya sotong kembang tak liat dan berair bila masak, rebus sotong tapi sekejap saja. Bila sir dah mendidih terus padamkan api. Biarkan seminit dua kemudian tos dan potong.

2. Panaskan minyak, goreng bawang besar yang dihiris kasar. Goreng sampai sedikit garing.

3. Masukkan bahan-bahan kisar iaitu bawang besar, bawang putih & halia. Kacau sekejap.

4. Masukkan cili kering kisar, kacau kemudian masukkan juga gula melaka. Tumis lagi.

5. Seterusnya masukkan garam, serbuk perasa, gula pasir (agak-agar yer), dan sedikit pes asam jawa, kacau rata dan biarkan hingga naik minyak.

6. Boleh masukkan sotong, gaul rata. Masukkan juga kacang tanah goreng yang dikisar kasar.

7. Masukkan sedikit air, gaul lagi. Boleh tambah kacang tanah jika nak.

8. Terus masak hingga sambal naik minyak dan wangi. Selalu kacau supaya sambal tak hangit.

Siap!

Sumber: Har Ryea

IKLAN