Sambal sotong ini biasanya hidangan wajib kalau buat nasi lemak. Cuma kalau tak kena cara memasaknya sotong ini akan jadi liat macam gigit getah. Memang spoil kalau jadi macam ni.

Supaya sotong kembang ini tak jadi liat bila dah jadi sambal boleh ikut tip yang dikongsi oleh Reen Sofee.

Tip Masak Sambal Sotong Kembang Supaya Tak Liat, Sambal Pekat & Sedap

  • Sebelum masak, panaskan sotong ini dalam kuali atau periuk, guna api perlahan tanpa minyak. Biarkan air dari sotong ini keluar sehinggalah kering. Selepas air kering boleh potong ikut saiz yang dikehendaki dan masak seperti biasa.
  • Boleh juga direbus dulu sotong kembang tapi sekejap saja. Bila dah mendidih tutup api. Kemudian boleh potong. Jika direbus begini masak sambal tak perlu lama.
  • Sambal sotong yang dimasak cara ini juga tak berair dan akan jadi pekat cantik.

Tip Masak Sambal Sotong Kembang Supaya Tak Liat, Sambal Pekat & Sedap

Cara buat sambal sotong kembang pekat & sedap

Jika nak masak sambal sotong boleh juga ikut perkongsian resipi dari Jimmy Aisy.

IKLAN

Bahan bahan:
-3 ekor sotong kembang (ikut tip di atas sebelum masak)
-3 senduk cili yg di kisar
-6 ulas bawang merah kecil dikisar atau ditumbuk
-4 ulas bawang putih dikisar atau ditumbuk
-2 biji bawang besar dihiris
-1/2 ketul gula melaka (sambal akan jadi cantik warnanya dan sedap. Kalau tiada gula melaka boleh guna gula biasa dan boleh letak kicap manis atau kicap pekat dalam 2 sudu)
-1 keping asam keping
-Garam
-Perasa
-Minyak untuk menumis

Cara masak sambal tumis pekat 

IKLAN

1. Tumiskan bawang putih dan merah sehingga naik bau dan masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Api perlu kecil supaya sambal masak.

2. Kemudian masukkan gula melaka dan masukkan sotong, jika terlalu kering masukkan sedikit air dan tunggu sambal pekat semula.

IKLAN
Selain itu:  Tip Tanam Pokok Kantan Di Rumah & Cara Pastikan Kantan Kerap Berbunga Dengan Banyak!

3. Masukkan garam, perasa dan asam keping, gaul sebati sehinggga sambal pecah minyak dan betul -betul masak dan masukkan bawang yang telah dihiris. Sambal akan bau wangi dan sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Reen Sofee Jimmy Aisy

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI