Tip Pokok Lemon Cepat Berbuah, Tak Perlu Baja Cuma Siram Saja

Share

Ramai yang cuba tanam pokok lemon, memandangkan banyak kegunaan di rumah dan harganya pun agak mahal.

Cuma selalu yang dirungutkan, pokok ini lambat berbuah. Bertahun-tahun tanam tapi tak juga nampak hasilnya. Selalunya berlaku pada pokok yang ditanam melalui biji benih.

Jika nak hasil yang cepat sebaiknya tanam dari pokok tut. Lebih kurang setahun, pokok lemon dah berbuah. Perkara ini dikongsi oleh Siti Hazel.

Tanam pokok lemon tut, setahun dah berbuah

Menurut beliau, kaedah tut pokok lemon ini tidak dibuat sendiri sebaliknya dibeli secara online saja. Menariknya tanpa baja, pokok tetap berbuah selepas setahun. (Boleh beli pokok lemon tut di SINI

)

Ini antara tip penjagaan pokok lemon yang dikongsi:

– Pokok ini ditanam dalam pasu saja, nisbah media tanah 3 pasir 1.

– Ramai yang tanya baja apa saya guna. Saya tak pakai apa apa baja cuma siram air yang banyak pagi dan petang termasuk air beras seminggu dua atau tiga kali.

– Pangkas juga daun daun pokok lemon supaya pokok berbuah

– Buah yang dihasilkan isinya berair, sedap, tak masam sangat.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Siti Hazel.

 

IKLAN