Nak pakai daun kari sikit saja tapi di kedai jual dalam paket kuantiti banyak. Guna sikit untuk memasak bakinya yang banyak kadang-kadang kering, buruk begitu saja. Membazir kan!
Lepas ini kalau beli daun kari dalam jumlah yang banyak boleh praktikkan cara Emma Zam
supaya tak membazir.Cara ini dilakukan selepas pokok kari di rumahnya ditebang. Dari terbuang, daun kari yang banyak dikeringkan sebelum disimpan untuk tahan lama. Baunya juga kekal sama.
Boleh ikut cara ini;
1. Jemur daun kari hingga betul-betul kering.
2. Bila dah kering, masukkan daun kari dalam balang. Tutup kemas.
3. Jika nak guna waktu memasak, boleh terus cekup dan masuk dalam masakan, baunya kekal sama.
Tip ekstra
Sumber: Emma Zam