Keringkan daun kari adalah satu cara nak pastikan daun untuk masakan ini tahan lama Selalunya kita pakai daun ini sikit saja tapi di kedai jual dalam paket kuantiti banyak. Guna sikit untuk memasak bakinya yang banyak kadang-kadang buruk begitu saja. Membazir kan!
Lepas ini kalau beli daun kari dalam jumlah yang banyak boleh praktikkan cara Emma Zam supaya tak membazir.
Cara ini dilakukan selepas pokok kari di rumahnya ditebang. Dari terbuang, daun kari dikeringkan sebelum disimpan untuk tahan lama. Baunya juga kekal sama.
Cara keringkan daun kari, tip supaya tahan lama
Ads
Boleh ikut cara ini;
1. Jemur daun kari hingga betul-betul kering.
Ads
2. Bila dah kering, masukkan daun kari dalam balang. Tutup kemas.
3. Jika nak guna waktu memasak, boleh terus cekup dan masuk dalam masakan, baunya kekal sama.
Ads
Tip ekstra
Boleh basuh daun terlebih dahulu supaya boleh terus digunakan untuk memasak selepas dikeringkan.
Boleh keringkan dalam oven untuk lebih mudah.
Untuk lebih tahan lama, boleh simpan balang dalam peti sejuk atau freezer.
Kaedah yang sama boleh juga dilakukan untuk daun daun kunyit, daun limau purut dan daun kesum.
Selain makan nasi ayam di restoren nasi ayam popular ini, menu sayur ini juga antara kegemaran ramai.
Pak Choy masak sos tiram, dengan sayur pak choy celur yang dituang sos memang sedap rasanya.
Kalau teringin nak makan di rumah, kita boleh buat sendiri. Lebih jimat. Cara membuatnya dikongsi oleh Liza Idris. Menu ini memang sedap, sampai yang tak suka sayur pun boleh ratah. Cara masak pun mudah, tak sampai 10 minit siap.
Bahan-bahan:
2 pokok sayur Pak Choy.
3 atau 4 ulas bawang putih (dicincang)
2 inci halia (dicincang)
4 sudu besar sos tiram
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
1 biji cili merah
Sedikit bawang goreng
Serbuk lada
Cara membuat:
2. Didihkan air. Pegang atas sayur, celur batang dulu macam gambar atas. Bila batang Pak Choy dah lembut sikit, celurkan sekejap semuanya dalam air panas.
3. Angkat dah toskan. Susun atas pinggan.
4. Untuk sos, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih serta halia sehingga naik bau.Goreng sampai kekuningan, biar garing sikit je.
5. Masuk 4 sudu besar sos tiram. Kacau bagi sama rata kemudian masuk 1 cawan air.
6. Masuk tepung jagung yang dibancuh. Kacau sebati.
7. Dah likat, boleh tambah garam dan gula jika mahu.
8. Siap kuah. Tutup api.
9. Curah sos tadi atas pak choy yang dicelur tadi.
10. Boleh tabur cili, bawang goreng, atau tabur lada sulah.
Punyalah meriah kuah sos, dan bahan tabur. Ini yang buat orang tak makan sayur pun boleh ratah.
Simpan RM12 ribu dalam masa tiga bulan. Biar betul, macam mustahil kan apatah lagi kalau untuk kita yang kerja biasa-biasa jer. Lainlah kalau taraf manager ke atas ataupun berniaga.
Tapi anak muda bernama Syafiq Mustafa ini membuktikan ia boleh dilakukan. Bekerja sebagai jurufoto Syafiq turut bekerja sampingan ini menyimpan hampir semua wang gajinya sebagai tabungan untuk mendapat jumlah tersebut.
Bagi yang nak menyimpan macam Syafiq boleh ikut tip lain yang dikongsi.
Ada yang tanya betul ke semua tu RM12k. Betul! Sebenarnya ada tiga tabung macam tu.
Sebut setiap hari bila masukkan duit dalam tabung. Contohnya ‘ aku nak beli kereta’ Bukan apa, kita Melayu ni mudah lupa.
Buat kerja sampingan, duit gaji kerja ini bila dapat masukkan semuanya dalam tabung. Saya photographer jadi bila dapat paymet masukkan semua dalam tabung.
Jangan sesekali letak tabung di tempat yang senang di reveal. Sorok sikit. So kita akan lupakan tabung tu. Tapi jangan pula sampai lupa nak menabung sebab lupa letak kat mana.
Ini yang ramai fikir. Sayang betul dengan note RM50. Katanya nanti macam mana aku nak makan, beli itu ini. Wahai manusia kau kena percaya rezeki Allah SWT ada di mana-mana bila kau usaha Allah pasti akan tolong. Don’t worry ok.
Kenapa aku guna tabung kecil? Sebab bila tabung kecil semangat untuk menabung tu makin tinggi bila nampak tabung macam nak penuh. Dia punya feeling tak sabar nak pecahkan tu lain macam.
Ramai yang cakap kaya boleh la, photographer boleh la, tapi gaji aku RM2k je sebulan.
Well tahu tak, gaji aku kerja adalah 800 sebulan. Untuk capai macam tu aku korbankan cuti dengan buat freelance.
Satu lagi, takkan semua nak result RM12k dalam 3 bulan. Semua bergantung pada kemampuan masing-masing. Kalau sampai 5 bulan atau 12 bulan pun still ok. Allah SWt yang tentukan rezeki masing-masing okey.
Kalau nak murah rezeki…berkahwinlah. Rezeki tu akan datang dengan cara yang tak pernah kita bayangkan. Semuanya kuasa Allah SWT.
Bagi yang bercucuk tanam, cocopeat ini memang bahan utama yang perlu ada. Ia jadi pengganti tanah yang selamat dan baik untuk tanaman. Tapi tak seperti tanah sebelum digunakan cocopeat ini perlu dibilas dulu sebelum digunakan.
Ramai yang tahu dan melakukannya cuma mungkin tak ramai tahu sebabnya. Tariq Syahman berkongsi sebab cocopeat ini perlu dibilas sebelum digunakan selain menerangkan caranya.
Selalu orang tanya, cocopeat ni kena bilas dulu ke sebelum guna? Dari apa yang saya belajar, memang kena bilas.
Ada cikgu yang cakap kena bilas untuk buang tannin. Tannin ni yang membuatkan air rendaman tu bertukar menjadi kuning/perang.
Tannin ni adalah bahan kimia semulajadi yang sedia hadir dalam sabut kelapa. Kalau terlalu banyak, ia boleh mengganggu penyerapan nutrien oleh pokok. Sedikit sebanyak akan mengganggu pertumbuhan pokok.
Disebabkan tannin ni larut dalam air, cara terbaik untuk kurangkan adalah dengan rendam/bilas secukupnya. Dari apa yang saya baca – sebenarnya tannin dalam cocopeat tak lah mengganggu sangat. Tapi, just to be sure, bilas je lah bukan susah sangat pun.
Ada cikgu yang cakap kena bilas untuk buang garam. Kebiasaannya pokok kelapa banyak tumbuh berdekatan laut. Jadi garam dalam tanah tu memang diserap oleh pokok kelapa.
Kandungan garam yang terlalu tinggi dalam cocopeat akan mengganggu pertumbuhan pokok yang kita tanam (kecuali lah kalau kita tanam pokok kelapa).
Disebabkan garam ini larut dalam air, cara terbaik untuk kurangkan adalah dengan rendam/bilas secukupnya.
Cara 1
Masukkan cocopeat dalam bekas yang sesuai. Isi air kemudian godak-godak dia sampai puas hati lepas tu tapis keluar cocopeat. Ulang sampai air jadi jernih.
Cara 2
Biarkan cocopeat dalam bekas/polibeg. Siram dengan air di bahagian atas sehingga air menitis keluar di bahagian bawah. Pastikan keseluruhan bahagian cocopeat basah. Ulang sampai air yang menitis keluar jadi jernih.
Cara 3
Biarkan cocopeat terdedah kepada air hujan beberapa kali.
Ada cikgu yang cakap kena bilas betul-betul sampai air jernih.
Ada cikgu yang cakap tak perlu bilas beriya-iya. Bilas gitu-gitu pun dah cukup.
Kesimpulannya bilas sajalah asalkan bilas.
Cocopeat ini adalah medium yang sangat kurang nutrien. Jadi, kena lah letak baja yang betul & cukup kalau nak pokok yang kita tanam dalam cocopeat hidup subur & keluarkan hasil yang baik.
Kalau tanam pakai tanah pun, kita masih perlu letak baja. Jadi tak ada beza sangat pun kalau tanam pakai cocopeat. Dua-dua tetap kena letak baja.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...