Harga durian dah semakin turun jadi jika ada bajet boleh beli lebih dan simpan supaya boleh makan bila-bila.
Atau pun di rumah memang ada pokok durian, memandangkan ramai famili tak boleh balik kampung untuk menikmatinya elok juga kita simpan mengikut cara yang dikongsi oleh Nor Tipah Zakaria ini.
Mudah saja dan durian yang disimpan cara ini akan kekal elok hingga musim durian baru menjelma. Selain itu rasa dan aromanya tetap sama.
Tip simpan durian tahan lama, balut dulu dengan plastik
1.Caranya sediakan plastik wrap dan bekas plastik.
2.Buka durian dan ambil sepangsa, lalu bungkus atau balut isi durian tadi dengan kemas. Boleh buat banyak mana yang dikehendaki.
Ads
3. Kemudian letak dalam bekas plastik, tutup dan simpan dalam freezer.
Ads
Cara ini nak makan durian lebih mudah, ambil berapa yang nak makan tanpa perlu keluarkan semua dari freezer.
Garlic Chili Oil ini memang elok sedia siap-siap di dapur. Kalau makan sup, bubur memang sedap kalau tambah bahan ini. Cicah dengan dumpling pun sedap. Letak dalam nasi goreng Cina pun layan.
Berbaloi buat sendiri sebab ia penyedap hidangan yang mudah sangat disediakan. Guna tiga bahan saja dan tak sampai 10 minit dah siap.
Untuk lebih senang ikut panduan yang disediakan oleh Zurina Zulkefli yang sudi berkongsi resipi garlic chili oil yang dijual sebelum ini.
Dulu saya berniaga garlic chili oil ni, makin lama permintaan semakin tinggi saya pula tak larat nak buat banyak dalam satu masa. Jadi saya stop. Saya kongsikan resipi, senang saja semua orang boleh buat.
3 bahan-bahan
1. Panaskan setengah cawan minyak masak atau minyak sayuran. Pastikan api kecil ya. Nak masak chili oil, api tak boleh besar nanti cepat hangus.
2. Masukkan dahulu rempah 4 sekawan.
3. Kemudian masukkan bawang putih, kacau.
4. Masak bawang putih sehingga warna keemasan. Bukan warna keperangan, sebab kita tak nak garlic rasa pahit.
5. Masukkan chili flakes dan 2 cubit garam halus untuk rasa sedikit masin.
Kemudian terus padamkan api, jangan masak terlalu lama sebab nanti chili flakes mudah hangus kehitaman.
Siap.
6. Simpan dalam botol setelah chili oil sejuk. Saya simpan pada suhu bilik, boleh tahan selama 2 minggu. Pastikan paras minyak melebihi chili flakes ya.
Lantai rumah memang kena selalu dibersihkan malah ramai yang sanggup beli pencuci mahal untuk pastikan ia bersih, berkilat dan wangi.
Sebenarnya untuk dapat semua kesan ini tak perlu pun beli pencuci lantai yang mahal. Boleh guna saja bahan yang sedia ada di rumah iaitu pelembut pakaian dan cuka.
Tip menggunakan cuka dan pelembut pakaian ini juga memang sering dikongsi oleh netizen berkait dengan pembersihan lantai. Bancuhannya seperti berikut;
1/2 baldi air 1/2 tutup pelembut pakaian/softener 5 titis cuka
Campurkan semua bahan ini dan mop lantai seperti biasa.
Cuka yang diperlukan hanya beberapa titis saja yang bukan sampai setengah cawan. Jika guna banyak, nanti lantai akan jadi melekit dan berbau cuka pula.
Selalu kita beli saja di kedai runcit, tapi sebenarnya kalau suka bercucuk tanam kentang pun kita boleh tanam sendiri.
Kalau ada tanah lapang boleh buat batas tapi kalau tiada boleh juga tanam dalam polibeg, tiada masalah. Cara penanamannya pun mudah, untuk benih beli saja kentang di kedai tu ya.
Dikongsi oleh Mahadzir Hashim ini cara penanaman kentang jika ingin cuba tanam di rumah.
Keperluan untuk menanam kentang :
Langkah penanaman
Langkah-langkah menanam kentang dan penjelasannya seperti di bawah.
1. Cambahkan ubi
Kumpulkan ubi kentang yang sudah mempunyai beberapa tunas pada setiap biji. Susun ubi kentang secara menegak di dalam bekas atau kotak. Letakkan di dalam bilik yang gelap selama 2 minggu. Pada peringkat ini, ubi kentang tidak perlu disiram. Selepas 2 minggu, pucuk akan mula keluar dari tunas pada ubi kentang.
2. Sediakan batas
Ukuran batas yang terbaik ialah dengan kedalaman 6 – 8 inci dan jarak antara batas 2-3 kaki. Bagi penanaman dalam polibeg paling sesuai ialah 24 x 24 inci.
3. Tanam ubi
Bagi penanaman di atas batas, aturkan ubi kentang dengan jarak 1 – 2 kaki antara setiap ubi.
Bagi penanaman di dalam polibeg pula, isi tanah di dalam polibeg sebanyak separuh daripada ketinggian polibeg tersebut. Tanam satu ubi atau satu potongan tunas sahaja di dalam setiap polybag. Kemudian, kambus ubi dengan ketinggian tanah kira-kira 4 inci.
4. Siraman dan pembajaan
Penyiraman dan pengairan amat penting bagi tanaman kentang. Pastikan tanaman kentang mendapat kadar air secukupnya dengan tanah sentiasa lembap tetapi tidak menakung air.
Kedua-dua jenis pembajaan organik dan kimia sesuai diberikan kepada tanaman kentang. Baja organik boleh dicampurkan dalam tanah sebelum penanaman dilakukan. Kadar pembajaan kimia pula ialah NPK Biru dengan kadar 0.5 kg per 100 kaki persegi.
Pembajaan perlu dimulakan 2 minggu selepas menanam dan diulangi setiap 4 minggu kemudiannya. Hentikan pembajaan 2 minggu sebelum menuai.
5. Tambah tanah
Bagi tanaman kentang, penambahan tanah adalah perlu. Berlainan dengan tanaman makanan lain lebih-lebih lagi bagi pokok kentang yang ditanam di dalam polibeg.
Tanah perlu ditambah 3 – 4 inci lebih tinggi dari permukaan tanah sedia ada. Tujuannya ialah untuk membanyakkan penghasilan kentang oleh pokok kentang.
6. Tuai
Pokok kentang mengambil masa 70 – 120 hari untuk matang dan menghasilkan ubi. Tuaian boleh dilakukan apabila daun pada pangkal tanaman mula menguning.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...