Tip Simpan Durian, Setahun Pun Masih Kekal Elok Lagi

Share

Harga durian dah semakin turun jadi jika ada bajet boleh beli lebih dan simpan supaya boleh makan bila-bila.

Atau pun di rumah memang ada pokok durian, memandangkan ramai famili tak boleh balik kampung untuk menikmatinya elok juga kita simpan mengikut cara yang dikongsi oleh Nor Tipah Zakaria

ini.

Mudah saja dan durian yang disimpan cara ini akan kekal elok hingga musim durian baru menjelma. Selain itu rasa dan aromanya tetap sama.

Tip simpan durian tahan lama, balut dulu dengan plastik

1.Caranya sediakan plastik wrap dan bekas plastik.

2.Buka durian dan ambil sepangsa, lalu bungkus atau balut isi durian tadi dengan kemas. Boleh buat banyak mana yang dikehendaki.

3. Kemudian letak dalam bekas plastik, tutup dan simpan dalam freezer.

Cara ini nak makan durian lebih mudah, ambil berapa yang nak makan tanpa perlu keluarkan semua dari freezer.

Durian yang dibalut begini tidak akan buat peti ais berbau. Paling penting ia tahan lama, masih kekal elok walaupun setahun disimpan.

Selamat mencuba.

Sumber: Nor Tipah Zakaria

 

IKLAN