Konsep open wardrobe memang ramai yang guna sebab memudahkan. Semua pakaian letak setempat. tak perlu lipat, gantung saja.
Lagi satu ia tak semestinya menggunakan almari besar. Hanya guna palang atau rod untuk gantung baju serta rak pun dah ok!
Tapi satu masalah open wardrobe ini adalah semua pakaian yang tergantung akan nampak. Kita boleh jadi sakit mata lihat baju yang banyak tergantung.
Penyelesaiannya boleh letak langsir/curtain macam tip yang dikongsi oleh وانش عينش. Lebih menariknya idea open wardrobe ini juga tak mahal. Kos bawah RM250 termasuk langsir.
Open wardrobe bajet bawah RM250
Saya sakit mata tengok baju bersusun banyak camni.
Ads
Penyelesaiannya letak curtain di open wardrobe supaya mata tak sakit. Semua pakai barang IKEA kecuali hanger.
Bilik ini memang saiznya comel, jadi nak tak nak open wardrobe memang kena letak tepi pintu. Open wardrobe ini bajet tak tinggi plus boleh isi banyak baju berbanding letak almari.
Ads
Boleh tambah hanging rack dan box pada lantai untuk letak barang-barang lain.
Idea asal
Ads
Ini barang-barang yang digunakan
Semua barang-barang beli di IKEA kecuali penyangkut baju
Sehari sebelum raya biasanya, kaum ibu dah sibuk menyediakan rendang. Selalunya dimasak dalam jumlah yang banyak.
Tapi ada juga kejadian malam masak rendang, esok tengah harinya rendang dah basi. Memang geram kan.
Itulah sebabnya kena tahu petua-petua untuk memastikan rendang yang kita masak ni tahan lama. Maklumlah masak dalam jumlah yang banyak, sayang sangat kalau basi. Jadi sebaiknya ikut lapan petua ini.
Hidangan yang menggunakan santan selalu yang paling cepat basi. Tapi jika kita menggunakan santan yang segar dan berkualiti, bukan saja rasa rendang pun lebih lazat tapi juga mampu membuat rendang tahan lebih lama.
Selepas memasak rendang jangan tutup rapat periuk. Tunggu dulu sehingga rendang dan periuk sejuk. Jika periuk atau kuali berisi rendang terus ditutup rapat, wap air akan terkumpul pada tudung periuk dan akan jatuh ke dalam rendang.
Ini boleh menyebabkan rendang cepat basi. Sama juga dengan lauk dan makanan lain. Jadi, kalau nak tutup masa masih panas, biarkan ada sedikit bukaan (tak payah tutup rapat). Atau, tunggu hingga agak sejuk barulah periuk ditutup.
Semasa menumis, pastikan bahan-bahan dah betul-betul garing dan pecah minyak. Pecah minyak ni tandanya warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan akan terpercik sedikit daripada kuali. Selepas ada tanda begini, barulah masukkan ayam atau daging.
Salah satu cara untuk elakkan rendang cepat basi adalah dengan memasaknya hingga kering. Dengan cara ini, kandungan air dalam masakan akan dinyahkan dan ia dapat bertahan lebih lama. Daging pun akan jadi lembut!
Sebenarnya tak semua resepi rendang menggunakan santan. Yang tak pakai santan tetap akan ada rasa lemak sebab dah guna kerisik. Kalau tetap nak guna santan, kurangkan sedikit kuantitinya kalau nak ia bertahan lebih lama.
Sebelum masak rendang, gorengkan dulu ayam hingga separuh masak atau masak ayam / daging atas api tanpa minyak atau air.
Boleh juga gaulkan dengan rempah-rempah dan bakar seperti ayam percik. Proses ini adalah untuk keringkan air daging atau ayam. Jadi bila air ayam / daging tu kering, barulah rendang lambat basi.
Semasa menyimpan rendang dalam bekas, pastikan bekas telah dilap kering. Masa nak menceduk pun, kena pastikan juga sudip, sudu, atau senduknya kering.
Sebelum memasak atau panaskan atas periuk / kuali pun, keringkan dulu atas api supaya rendang yang dimasak tahan lama.
Sekiranya mahu menyimpang rendang dalam peti sejuk, asingkan dalam beberapa bekas kecil. Jangan simpan dalam satu bekas besar. Ini dapat mengelakkan rendang itu daripada asyik keluar masuk peti sejuk dan dipanaskan.
Jadi bila nak makan keluarkan satu bekas kecil untuk satu hidangan, yang lain tak disentuh.
Bagi yang suka bercucuk tanam mesti akan stres bila lihat tanaman yang subur tiba-tiba diserang makhluk perosak. Salah satunya siput.
Boleh habis daun pokok sayur dikerjakannya. Kalau banyak memang geli melihatnya.
Jika berdepan masalah serangan siput ini boleh ikut tip dan petua yang dikongsi oleh warganet di laman Facebook Berkebun D Rumah.
1. Paling banyak disarankan adalah tabur garam kasar sekeliling pokok untuk elak siput mendekati tanaman dan mati bila terkena garam.
2. Jika mahu lebih berkesan boleh gunakan racun siput, boleh dibeli di nurseri.
3. Sekiranya mahu gunakan cara semula jadi boleh cuba hindarkan masalah siput dengan menabur serbuk kulit telur sekeliling pokok (jemur kulit telur dan tumbuk lumat).
4. Boleh juga kutip terus siput ini pada waktu aktifnya iaitu pada waktu malam dan buang di tempat lain atau hapuskan.
Batuk antara masalah kesihatan biasa kita alami sampaikan ramai yang malas nak ke klinik untuk dapatkan rawatan.
Ramai yang sanggup pergi ke farmasi saja membeli ubat batuk. Tapi betul ke ubat batuk yang korang beli tu sesuai dengan masalah batuk yang dialami.
Supaya tak silap, entri dari Facebook Farmasi Sabak Bernam menjelaskan jenis-jenis batuk yang kita selalu alami serta rawatannya.
Sesuai untuk batuk berkahak Cth: DCM Expectorant, Mucolix
Sesuai untuk batuk kering tanpa kahak Cth: Copastin, Rasitin
Sesuai untuk batuk lelah (terutama batuk pada sebelah malam) Cth: Ventolin, Salmodil
Untuk mencairkan kahak pekat supaya senang dikeluarkan dan melegakan batuk.
Cth: Bromhexine, Stenac
Sesuai untuk melegakan batuk yang disebabkan oleh hingus yang mengalir ke belakang tekak (post nasal drip). Sesuai untuk melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat. Cth: Cough-EN, Sedilix
Sekiranya batuk melebihi 3 hari berserta kahak hijau/kuning (perlu slip daripada doctor jika ingin mendapatkan antibiotic di farmasi luar)
Untuk menghilangkan kegatalan tekak yang menyebabkan
batuk. Cth: Difflam, Strepsils, Sobenz
NOTA
Selain daripada ubat-ubat batuk yang terkawal seperti di atas, terdapat juga ubat batuk herba/traditional yang boleh melegakan batuk. Cth biasa seperti Prospan, Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika, Ubat Batuk Cap Ibu & Anak, Ubat Batuk Hurix’s dan bermacam-macam lagi.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...