Ramai yang menanam pokok mulberi untuk buahnya yang enak, manis dan masam. Selain itu ia juga kaya dengan khasiat vitamin C memang tak rugi untuk ditanam.
Namun begitu jika ada yang menanam pokok ini tapi kecewa kerana pokok tidak berbuah lebat, boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Ana Embong ini.
Tip kalau nak buah mulberi lebat
Tak rugi tanam mulberi, berbuah sepanjang masa. Boleh boleh makan, daun mudanya pula boleh dijadikan bahan masakan.
Jika buah pokok mulberi tidak lebat tip yang boleh dilakukan adalah;
Ads
– Sentiasa pangkas pokok. Bila keluar pucuk baru akan keluarlah buahnya.
– Manakala untuk dapatkan buah yang besar pula buang daun-daun sekitar buah ketika pokok sedang berbuah.
Ini pokok mulberi kampung yang saya tanam dalam pasu besar, buahnya pun agak besar.
Kat kampung ada pokok durian, sedang musim dan tengah luruh banyak buahnya. Masalahnya waktu ini nak balik kampung untuk makan durian memang tak lepas. Cuma tengok sajalah gambar durian luruh.
Tapi berita baiknya sekarang ada alternatif lain. Tak dapat balik kampung makan durian kita boleh mintak orang kampung pos durian. Jangan tak tahu durian pun kita boleh pos jugak! Caranya boleh ikut perkongsian Razira Razali.
Sekarang durian pun boleh pos. Bagi mak ayah yang tengah banyak buah durian kat kampung dan nak bagi anak yang jauh tak dapat balik merasa, boleh buat macam ni.
Cara-cara nak pos durian
1. Frozen kan durian dulu sebiji-sebiji (yang ini mak letak semalaman saja dalam chest freezer).
2. Sediakan kotak polisterin, lapik kotak polisterin dengan surat khabar atau kain tuala.
3. Susun buah durian biar padat. Boleh muat 8 biji durian.
4. Balut keseluruhan kotak dengan plastik wrap.
5. Cari contact Parcelhub berdekatan dan boleh pergi pos. Sebelum pos sebaiknya contact Parcelhub terlebih dulu untuk pastikan alamat penerima boleh dihantar secepat mungkin).
6. Berat 1 kotak ni anggaran 10kg dengan kos pos RM30 menggunakan Parcelhub. Pos hari Rabu, hari Khamis dah sampai. Jaminan parcelhub barang sampai dalam tempoh 3 hari paling lewat tapi 2 hari dah sampai.
INFO: Pastikan check dulu dgn courier service sebelum hantar. Confirm dulu alamat yang kita nak hantar boleh terima pakej dengan cepat. Jaminan yg diberi paling lewat 3 hari sebab tempat PKPD. Bagi tempat yang tak bermasalah boleh sampai 2 hari.
Sengkuang punya banyak kegunaan dalam masakan, selain sengkuang calit yang popular itu, ia digunakan dalam rojak, popia, colek, tauhu sumbat dan banyak lagi hidangan. Jadinya kalau nak tanam memang berbaloi.
Cara penanaman sengkuang juga sebenarnya mudah. Ia lebih subur ditanam di batas tapi boleh juga ditanam dalam pasu. Langkah penanaman adalah seperti berikut;
1. Sediakan biji benih sengkuang. Boleh dibeli dinurseri atau secara online. Sebelum ditanam benih sengkuang direndam terlebih dahulu ke dalam air sehingga semalaman.
2. Sediakan batas atau jika menggunakan pasu pilih 18 inci atau apa-apa bekas bersaiz besar.
3. Campuran media atau topsoil untuk di tanam dalam pasu atau batas. Boleh menggunakan jenis tanah yang lain asalkan jangan tanah clay.
4. Buat lubang sedalam kira-kira satu inci setengah dalam pasu atau batas.
4. Masukkan sebiji sengkuang yang telah direndam semalaman ke dalam lubang. Jika ditanam dalam pasu, pastikan satu pasu untuk satu benih sengkuang. Ini bertujuan agar tidak ada persaingan dan akar sengkuang bebas bergerak.
5. Timbus lubang dengan tanah dan siram dengan air secukupnya.
6. Letak pasu-pasu itu di tempat yang ada pancaran matahari dan jangan lupa menyiram dengan air secukupnya agar tanah sentiasa lembap. Benih sengkuang mulai bercambah setelah 5 hingga 14 hari disemai. Ia mengikut kadar kelembapan tanah. Namun jika tanah terlalu basah pula benih sengkuang akan berkulat dan mati.
Ubi sengkuang boleh dituai 4-5 bulan selepas ditanam dengan cara menggali. Bagi menghasilkan ubi sengkuang yang besar dan banyak ia perlu ditanam di atas batas.
Baru saja tengah bulan duit gaji dah hampir habis. Sedangkan kalau diikutkan ada banyak hari lagi hidup perlu diteruskan sementara menanti gaji baru tiba. Situasi ini memang selalu berlaku pada kita.
Kalau dah selalu sangat kejadian ini berlaku maka kita mungkin perlu ubah cara kita uruskan wang. Sebenarnya tak perlu pun guna teknik canggih, cara kuno yang mak-mak kita guna dulu pun boleh asalkan kita komited.
Macam apa yang dilakukan oleh Norhafizah Abdullah ini. Menghadapi situasi yang sama terlebih belanja sekian lama maka dia tekad mempraktikkan cara simpan duit guna sampul surat.
Mudahkan! Tapi ada do and dont’s nya supaya berkesan. Begini apa yang dipraktikkan oleh Norhafizah.
Sebab lama sangat mak dan shuben terlebih belanja setiap bulan. Bila masuk part tengah bulan, pakat duk menung macam ikan termenung.
So, ini cara yang mak buat. Dan seriously menjadi. Tetiba jadi disiplin dan terurus duit keluar masuk. Hairan dan ajaib sangat. Sikit je mak ubah cara menyimpan, tapi kesan dia melampau sangat.
Macam ni caranya:
Mula-mula skali, list semua liabiliti kita setiap bulan. From A-Z, pastikan tak dak yang tertinggal. Macam mak, setiap jenis sampul ni mak memang tahu berapa anggaran nya. Dan mak tulis terus berapa MAKSIMA bagi setiap sampul.
Boleh je nak sumbat semua dalam 1 sampul terus. Dan tulis besar-besar ‘TABUNG LIABILITI’.
Tapi mak lebih suka buat camni. Nampak sebijik-sebijik apa yang perlu kita spend dan berapa jumlah yang kita kene setel setiap bulan.
Bila dah list berapa jumlah belanja bagi setiap sampul, pastikan isi dengan redha dan riangnya. Isi lebih takpe, jangan kurang dari jumlah yang sepatutnya.
Simpan di tempat yang kita malas nak capai. Jangan bubuh dalam purse/wallet pulak. Senang bebeno nak dicapai time ’emergency’.
Tak emergency pun tetiba boleh jadi emergency kalau mari nafsu ‘menyoping’ kita tu. Masak sangat dah dengan perangai diri sendiri.
Jangan tunggu tengah bulan baru nak bayar. Seeloknya, hari ni dapat gaji, dalam masa 3 hari selepas tu dah setel bayar semua.
Dan ingat, kalau ada baki simpan ja dalam sampul. Jangan ditarik2 masuk ke poket buat beli kuih raya ka, buat tambah duit postage ka. Baki ni forward ke bulan depan.
Tadi mak ada sampul ‘MINYAK KERETA’ ngan ‘BARANG DAPUR + BARANG BASAH’ kan? Dua sampul ni je yang aktif sampai ke hujung bulan taw. Sebab duit minyak mak akan keluarkan dari sampul seminggu skali. RM100.
Barang dapur yang kering dah setel beli awal-awal. Tinggal duit untuk barang basah je dalam tu. Barang basah tak leh beli awal-awal kan, tak fresh pulak. Sama jugak, time nak beli barang basah ni baru mak keluarkan.
Tadi dah asing semua duit untuk bayar semua liabiliti kan? So tak payah risau dah duit tak cukup untuk bayar semua tu sebab semuanya dana dah tersimpan kemas dalam sampul tu.
Persoalan pertama, ada lebih dak?
Hat lebih tu nak simpan buat reward diri pun boleh. Tapi jangan semua. Simpan sebahagian untuk saving. Saving jangan diusik.
Persoalan kedua, cukup tak gaji untuk tampung semua belanja? Kalau cukup alhamdulillah. Kalau tak cukup, jangan meratap sedih pilu. Buat sesuatu. Paling mudah, bisnes online. Platform paling masyuk dan senang.
Susah senang biar suami isteri sama-sama.Sikit atau banyak, sama2 la kongsi untuk ringankan beban antara satu sama lain.
Alhamdulillah, lepas buat cara menyimpan gaya kuno ni, memang berbeza sangat-sangat pengurusan duit mak senduk dan suami. Nampak dah kat mana duit pergi. Tak de dah laju macam air paip bocor. Dulu main sebat main withdraw sesuka ati ja.
So guys, sapa yang nak cuba cara ni mak alu-alukan sangat. Banyak lagi cara lain, tapi hat ni yang paling berkesan untuk mak senduk dan suami. Jadi, selamat mencuba!
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...