Tip Supaya Pokok Ulam Raja Kekal Rimbun, Banyak Pucuk Baru

Share

Ulam raja antara sayur ulam yang disukai ramai. Ini kerana khasiatnya yang banyak untuk kesihatan. Antaranya ulam raja ini dikatakan mampu menurunkan tekanan darah tinggi, mengawal kadar denyutan jantung selain ulam ini kaya dengan antioksida dan agen detoks.

Pokok ulam raja ini memang berbaloi tanam di rumah, mudah untuk kita makan secara segar. Cuma jika tanam ulam ini, kenalah rajin buat penjagaan agar sentiasa keluar pucuk baru dan rimbun.

Tip ulam raja kekal rimbun, banyak pucuk baru

Tip paling penting untuk memastikan pokok ulam raja ini rimbun adalah dengan selalu memetik pucuknya. Walaupun tak makan tetap kena sentiasa petik pucuknya.

Bila selalu petik pucuk, tunas baru akan keluar lebih banyak. Terus petik, jangan biarkan  pokok berbunga. Jika pokok ulam raja sudah berbunga ia adalah tanda pengakhiran kitaran hidup pokok.

Pokok akan kuning dan kering dan seterusnya akan mati. Tapi kebiasaannya bunga yang keluar akan gugur dan menumbuhkan benih baru, jadi bolehlah cabut pokok lama untuk beri ruang pada pokok baru tumbuh.

Artikel berkait: Cara tanam pokok ulam raja

Semoga bermanfaat.

Sumber: Julie Jamaludin

 

IKLAN