Tip Tanam & Penjagaan Pokok Kobis Bunga, Jangan Petik Daun Supaya Pokok Tak Terbantut!

Share

Sawi, terung, bayam, bendi, kangkung, timun, cili antara yang sayur yang selalu kita tanam di rumah.

Tapi tak ramai yang tanam kobis bunga walaupun kita selalu beli dan makan. Apa kata masuk dalam list dan cuba tanam sayur ini pula di rumah. Cara dan penjagaannya pun tak susah mana. Bagi yang nak cuba Umie Watie

beri panduannya.

Cara tanam dan penjagaan pokok kobis bunga

Hari ini nak cerita pasal #KebunMakRerama. Kobis bunga adalah salah satu saudara kepada sayur brokoli dan kobis yang penuh dengan khasiat dan sangat menyihatkan. Kaya dengan serat, vitamin C dan vitamin K.

Mari Kak Chik kongsikan penjagaan kobis bunga;

1. Semai biji benih didalam peatmoss untuk bantu percambahan.

2. Benih akan bercambah dalam seminggu. Ini benih yang digunakan.

3. Tanah yang sesuai jenis poros dan tidak bertakung air.

4. Campuran cocopeat, tanah hitam dan tanah 5 dalam 1 yang dibeli di nursery.

5. Kobis bunga perlukan ruang yang besar untuk akarnya menjalar. Gunakan polibeg bersaiz 16″ atau lebih.

6. Kobis bunga boleh dituai dalam 3 atau 4 bulan selepas disemai.

7. Jangan petik daun pokok untuk elakkan pertumbuhan pokok terbantut.

8. Siram pokok 2 kali sehari.

Daun pokok kobis bunga ini memang besar.

9. Pokok kobis bunga sukakan air, baja dan cahaya matahari.

10. Baja setiap 2 minggu sekali, gunakan baja organik dan kawalan serangga dengan bacuhan cuka kayu.

Selamat mencuba.

Sumber: Umie Watie

IKLAN