Selain terung, bendi, peria dan timun, sayur petola juga antara tanaman yang boleh kita tanam di sekitar rumah. Nak tanam dalam atas batas atau pasu pun boleh kerana kaedah penanamannya juga agak mudah.

Cuma bagi memastikan pokok petola menghasilkan buah yang lebat faktor tanah yang digunakan sangatlah penting. Berikut adalah langkah penanaman pokok petola yang boleh dijadikan panduan.

✅Persediaan tanah
Biasanya petola jenis segi akan mengeluarkan hasil yang tinggi jika ditanam di tanah yang gembur berpasir, mengandungi banyak bahan organik dan mempunyai saliran yang baik.
Jika menggunakan pasu atau polibeg, gunakan tanah organik yang gembur dan kaya dengan bahan organik. Campurkan dengan sedikit pasir jika ada.

✅Penanaman
Benih petola boleh ditanam terus. Gali lubang sedalam satu hingga 2cm dan letak dua atau tiga biji benih dengan menjarakkan antara satu sama lain, benih dikambus menggunakan tanah halus.

Selepas seminggu anak benih bercambah, ia perlu dijarangkan dengan mencabut. Tanah di keliling anak benih dipadatkan supaya pokok lebih kuat dan akar tidak terdedah.

✅Pemangkasan
Pemangkasan dilakukan dengan mencantas dahan sisi dan pucuk terutama cabang sisi yang tumbuh 30 cm dari paras tanah. Ia bertujuan bagi menggalakkan pertumbuhan batang utama supaya cepat memanjat junjung yang disediakan dan memperbaiki pengudaraan tanaman, mengurangkan pertumbuhan vegetatif dan menggalak pengeluaran buah.

Ads

Tip Tanam Pokok Petola Supaya Lebat Berbuah, Kena Guna Tanah Jenis Ini

✅Penyediaan junjung
Petola segi memerlukan junjung atau penyokong untuk membolehkan pokok memanjat dan memudahkan proses penuaian. Gunakan kreativiti untuk mereka junjung kayu atau tali untuk pokok memanjat.

✅Pengairan
Pokok petola segi memerlukan air yang banyak untuk kelembapan yang cukup bagi pertumbuhan yang lebih subur.

Ads

Penyiraman dibuat dua kali sehari di peringkat awal penanaman dan dikurangkan sekali sehari bila pokok besar dan sehingga memungut hasil. Pengairan dibuat secara manual atau menggunakan sistem pengairan.

Selain itu:  Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade, Ikut Step By Step Ini. Mudah Rupanya Guna 3 Bahan Saja

Tip Tanam Pokok Petola Supaya Lebat Berbuah, Kena Guna Tanah Jenis Ini

✅Pengawalan rumpai
Pengawalan rumpai adalah penting untuk menjamin hasil yang tinggi, kawasan tanaman perlu sentiasa bersih bagi mengelakkan persaingan dalam mendapatkan zat makanan, air, cahaya dan ruang.
Rumpai juga menjadi perumah bagi perosak dan penyakit tanaman. Kerja merumpai perlu dilakukan setiap minggu .

Ads

✅Pembajaan
Penggunaan baja NPK Hijau 15:15:15 untuk pembajaan pertama boleh di gunakan dengan kadar 30gm/pokok dan ditabur keliling dengan jarak 15-20 sm dari rumpun pokok serta dikambus
Pembajaan ulangan kedua dan ketiga boleh menggunakan NPK biru 12:12:7 dengan kadar 40-50 gm/pokok diselangkan setiap dua minggu dan sebelum tanaman berbunga.

Tip Tanam Pokok Petola Supaya Lebat Berbuah, Kena Guna Tanah Jenis Ini

✅Penuaian
Petola segi boleh dituai antara enam dan tujuh minggu selepas penanaman.
Tuaian hasil dibuat selang sehari dan berterusan antara antara 50 dan 60 hari.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Donni De Donnis

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI