Tip Tanam Pokok Selasih Atau Basil Dari Biji Benih, Cuma 3 Langkah Saja Kena Buat

Share

Daun selasih atau lebih dikenali sebagai basil ini selalu kita gunakan dalam masakan terutama sekali hidangan Thai. Malah ada juga yang menjadikannya sebagai ulam.

Cuma pokok selasih ini tak ramai yang menjual termasuklah di pasar raya. Jadi elok juga jika kita tanam sendiri di rumah. Tanam sepasu pun dah cukup.

Jika nak tanam dari biji benih, boleh guna perkongsian dari Yuyun R Bajuri.

Cara tanam pokok selasih dari biji benih

1. Basahkan kapas muka. Letak biji selasih di atasnya (biji selasih ini boleh kita beli di Shopee) Titikkan air sampai biji selasih kembang. Kerap basahkan kapas. Biar beberapa hari sampai keluar tunas.

2. Bila dah naik tunas letakkan benih sekali dengan kapas dekat tanah. Saya guna polibag je. Kambus sikit dengan tanah.

3. Bila dah naik daun dia sikit-sikit kambuskan lagi dengan tanah ye. Siram selalu. Sampai pokok naik.  Dah macam ni bole la petik hasilnya. 

Semoga bermanfaat

Sumber: Yuyun R Bajuri.

IKLAN