Tip Tanam Tauge Supaya Hasilnya Gemuk-Gemuk, Rupanya Kena Letak Baja

Share

Tanam tauge memang mudah, dalam rumah pun boleh buat dan ramai yang dah cuba. Tapi biasanya bila cuba tanam ramai yang merungut tauge yang dihasil kurus-kurus tak gemuk macam yang dijual.

Kalau nak tahu sebenarnya nak dapatkan tauge yang gemuk macam jualan ada caranya. Tak cukup dengan siram air saja, kena letak baja juga. Ya, tauge pun ada baja.

Ade Sudianto yang merupakan peniaga tauge berkongsi cara beliau menanam tauge untuk jualan.

Cara tanam tauge supaya hasilnya gemuk

Ramai yang berminat dengan penanaman tauge ini, seperti dijanjikan saya kongsi ilmu tanam tauge yang gemuk. Tiada rahsia.

1. Sediakan tong hitam bersama penutup (supaya tak tembus cahaya). Buat lubang di bahagian bawah dengan soldering atau paku panas atau paku yang dipanaskan atau bor mata 1mm. Lubang ini berfungsi sebagai tempat air keluar supaya tak bertakung. Bahagian tepi tong juga perlu dibuat lubang untuk pengaliran udara.

2. Seterusnya, sediakan penapis dan juga bekas untuk cuci kacang hijau. Cuci kacang hijau untuk 1kg. Cuci besih sampai airnya jernih. Buang biji yang rosak, dan pecah. Kemudian tos kacang tadi selama 5 minit.

3. Langkah seterusnya ini penting. Sediakan 5cc ubat taugeh santoso ( larutan hormon pembesaran) atau satu penutup botolnya atau gunakan syringe. Campurkan ubat ini dengan 2 liter air. Goncang atau sebatikan.

Air inilah yang digunakan untuk rendaman kacang selama 5 jam jangan lebih. Baja tauge atau larutan hormon pembesaran ini boleh dibeli secara online Santoso atau Sumo (klik SINI untuk beli di Shopee.

4. Setelah rendam jangan lupa cuci lagi dengan bersih dan biji yang lembut dibuang.

Tos lagi selama 5 minit kemudian masukkan dalam tong hitam tadi.

5. Siram kacang hijau ini setiap 3 jam sampai hari ke empat. Sebenarnya pada hari ke 3 tauge sudah boleh digunakan sebab biasanya selepas 72 jam tauge sudah boleh tuai. Hasil untuk 1kg kacang boleh dapat 6-8kg tauge.

Itu saja perkongsian dari saya semoga bermanfaat.

Sumber: Ade Sudianto

IKLAN