Tolak Tradisi Warna Baju Pengantin, Shila Amzah Pilih Gaun Hitam Untuk Busana Resepsi

Share

 

 

Selepas majlis akad nikah dan bertandang, sebenarnya ramai yang tertunggu-tunggu penampilan Shila Amzah di majlis resepsinya.

Memilih putih dan warna merah biji kundang untuk dua majlis sebelumnya, peminat menjangka busana pilihan penyanyi yang popular di negara China ini mungkin menjadi busana wedding of the year.

Tidak meleset banyak, ternyata malam tadi Shila mengejutkan semua hadirin dengan gaun pilihannya.

Memilih rona yang di luar jangkaan, Shila menolak tradisi warna baju pengantin warna putih atau pastel bila mengenakan gaun leret rona hitam rekaan Azura Couture untuk majlis tersebut.

Biar ramai terkejut dengan penampilan pengantin perempuan yang bertema black elegance, yang pasti isteri Haris Idraki Elias ini tetap tampil anggun dan menawan dengan rona tersebut.

Didampingi Haris yang segak mengenakan sut, Shila memukau hampir 800 tetamu majlis dengan gaun hitamnya.

Akur dengan cita rasa manusia berbeza, walau ada yang merasakan gaun hitam bersama lining coklat yang dikenakan Shila cukup cantik tapi  tak kurang juga yang berasa sebaliknya, menganggap warna tersebut tidak sesuai dengan majlis perkahwinan.

Apapun selamat sudah majlis pernikahan dan resepsi anak kepada penyanyi ND lala ini, semoga hubungan suami isteri ini kekal hingga ke jannah.

 

Sumber:  anhevents, azuracouture, mazazitv

 

 

 

IKLAN