Baru-baru ini jadi kontroversi bila foto seorang model Melayu dari negara ini tanpa pakaian tersebar di laman sosial.
Dia dikecam hebat kerana beraksi di luar batasan demi memenuhi tuntutan kerjayanya sebagai model untuk satu jenama.
Pernah menyertai program realiti tv Asia’s Next Top Model, gadis itu bagaimana pun punya hujah tersendiri menepis kecaman tersebut.
Tapi menariknya pada masa yang sama kontroversi gadis Melayu itu heboh di negara ini, dunia fesyen antarabangsa pula sedang hangat memperkatakan tentang kehadiran model Muslimah Halima Aden.
Masih mengekalkan imej berhijab, gadis berusia 19 tahun ini berjaya berjalan di pentas peragaan antarabangsa membawa jenama hebat.
Tanpa perlu melucutkan pakaian dan hanya menjadi dirinya sendiri, Halima kini bergelar model berhijab pertama yang menyertai agensi model antarabangsa terkenal IMG.
Agensi yang sama mengetengahkan bakat supermodel termasuk Kate Moss, Gigi dan Bella Hadid, Rosie Huntington-Whiteley, Joan Smalls dan Lauren Hutton.
Halima pula menjadi nama baru yang dibawa agensi ini dengan penampilan pertama di New York Fashion Week.
Beliau dengan bangganya memperagakan busana Kanye West, masih kekal dengan hijab dan sopan.
Sebelum itu wajah Halima lengkap berhijab tampil menjadi cover untuk majalah Glamour US, Allure dan juga Vogue Arabia.
Anak kelahiran Somalia ini mula menempa nama bila dia menjadi Muslimah pertama menyertai pertandingan ratu cantik Miss Minnesota November lalu.
Dalam pertandingan ini, ketika peserta lain tampil dengan bikini dia pula penuh dengan penuh yakin berjalan mengenakan burkini, pakaian renang muslimah yang menutup tubuh.
Keyakinan itu mungkin juga kerana selama ini Halima sudah terbiasa kelihatan berbeza.
“Muslim di Amerika adalah minoriti dan selalu dipandang negatif. Saya mahu mengubah perkara itu. Saya mahu semua menukar pandangan masyarakat tentang Muslim terutama dalam dunia kecantikan.
“Untuk gadis Muslimah sekiranya anda minat pada sesuatu dan anda tidak pernah melihat Muslimah lain menceburinya maka itu adalah tugas anda untuk jadi perintis.
“Buka pintu untuk orang lain. Saya tidak rasa saya akan menjadi satu-satunya model berhijab, pasti akan ada Muslimah lain selepas ini,”ujar Halima yang mengidamkan bekerja dengan UNICEF ketika wawancara bersama majalah Glamour.com
Halima yang dilahirkan di kem pelarian berhijrah ke Amerika Syarikat bersama ibunya pada usia 7 tahun dan pada usia itulah juga dia mula mengenakan hijab.
Tidak menganggapkan hijab mengekang perjalanan masa depannya ujar gadis ini, hijab inilah sebenarnya yang banyak melindungi dirinya.
“Penampilan Muslimah yang banyak menutup tubuh ini membolehkan saya dipandang dari sudut lain bukan penampilan semata-mata. Saya tak perlu risau orang mengata tentang tubuh badan saya,”ungkapnya memetik laporan independent.co.uk.
Bagi yang sudah berkeluarga pastinya mengimpikan untuk memiliki kediaman sendiri. Namun tak kira besar atau kecil mahal atau murah kediaman yang hendak dibeli sebaiknya kita membuat pemilihan yang betul.
Dalam memilih kediaman atau rumah impian, tips dari Azizul Azli Ahmad yang juga perunding hartanah boleh dijadikan panduan. Ia lebih kepada pemilihan ruang dalam rumah supaya rumah yang kita pilih selesa untuk kita duduki.
1. Dapur sebaiknya tidak di depan, berhampiran pintu masuk. Soal aurat dan budaya masak kita berbeza. Jika tiada pilihan, pastikan ianya terlindung dari pandangan mata.
2. Pintu bilik tidak mengadap ruang utama, kita tentu malu orang nampak bilik tidur kita. Keluar bilik nampak orang.
3. Siling pastikan lebih tinggi, agar tangan tak kena kipas nanti. Makin tinggi, makin baik pengudaraan dalam rumah. Sebaiknya 10’0″ tinggi.
4. Kiblat tidak mengadap bilik air, takkan nak sujud menghadap bilik air. Susah nak khusuk nanti.
5. Matahari petang tidak menghadap bilik tidur utama, panasnya sampai kemalam.
6. Ada ruang utiliti, biar kecil tapi ia keperluan abadi hidup nanti. Nak buat aktiviti senang nanti.
7. Cari rumah sebaiknya ada 3 bilik, 2 bilik air sebagai pemulaan. Bukannya satu bilik sahaja. Elakkan Soho, Sovo, Sofo.
Mula dengan rumah kecil dan sederhana, jangan mengada nak teres atau bunglo yang ada taman bunga dan penuh rama rama .
Selalu VK share DIY open wardrobe yang ringkas, tapi kali ini kita kongsi DIY almari/kabinet yang lengkap.
Jangan tak percaya almari ini pun boleh kita buat sendiri. Kena ada skil bertukang sikit je macam dilakukan oleh Ayob Bin Che Nan.
Kalau ada yang nak cuba buat waktu duduk rumah selama tempoh PKPB ini boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Encik Ayob ini.
Mini projek D.I.Y waktu PKPP & PKPD. Wardrobe untuk anak simpan barang.Projek amatur, bukan pro. Kos lebih kurang dalam RM1,500.
1.Kayu yang digunakan:
Papan lapis 9mm (3hun) Kayu ketam 1″x2″ dan 1″x1″
2. Setting tapak. Letak plywood pada dinding guna L bracket
3. Alignment dan balancing
4. Buat kerangka laci
5. Setup laci
6. Testing pintu. Pemegang almari beli di Shopee.
7. Buat tambahan ruang bagasi tingkat atas rapat siling. Touch up tempat skru guna woodfiller. Bila dah kering sebelum cat kena kikis guna kertas pasir.
8. Set up alignment.
9. Cat bahagian dalam.
10. Setup laci-laci.
11. Pasang border hitam atau edging guna gam dunlop.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...