Bagi yang suka bercucuk tanam memang akan teruja dan geram bila lihat sayur sawi gemuk subur macam ni.

Ramai yang ingat untuk dapat hasil sawi begini perlu letak baja dan ada penjagaannya tapi sebenarnya tak perlu pun.

Pokok sawi dwarf yang ditanam Nor Suriani Ismail ini memang betul-betul organik tak guna baja atau racun untuk hapuskan perosak.

Ujarnya untuk dapat sawi gemuk sebegini dia cuma menggunakan tanah sawit saja. Penjagaan pun tidak seberapa. Berikut adalah beberapa tip penanaman sawi yang dikongsi supaya dapat hasil yang sama.

Tip sawi gemuk tanpa baja & racun

Tip Tanam Sawi Jadi Gemuk Tanpa Guna Baja, Cuma Guna Tanah Jenis Ini

1. Beli benih jenama Green World sawi drawf. Semai dalam kotak polisterin, bila dah besar sikit naik empat daun boleh pindahkan ke tapak.

IKLAN

2. Untuk buat tapak cuma susun bata atas tanah sedia ada. Kalau rajin buang rumput dulu, kalau tak buat pun tak mengapa. Tapak ini panjangnya dalam 10 kaki.

Tip Tanam Sawi Jadi Gemuk Tanpa Guna Baja, Cuma Guna Tanah Jenis Ini

3. Kemudian tuang tanah sawit atas tapak, biar sehari dua kena hujan dulu baru tanam. Nak tanam terus pun boleh saja. Tak perlu campur dengan tanah lain dah. Tanah sawit ini saya beli RM10 untuk satu beg. Boleh cari di nurseri.

Tip Tanam Sawi Jadi Gemuk Tanpa Guna Baja, Cuma Guna Tanah Jenis Ini

IKLAN

4. Tanah sawit ini tanah hasil buangan dari kilang proses sawit. Warna hitam dan lembik sikit.

Kelebihan guna tanah hitam sawit, ia dah penuh dengan zat jadi tak perlu letak baja, tanaman tetap gemuk. Cuma perlu siram saja dua kali sehari. Kalau hujan tak perlu siram.

5. Jika ada serangan perosak seperti siput, belalang, ulat bena cuma sembur dengan cuka kayu. Kena rajin tengok.

Sawi yang saya tanam ini memang ada serangan perosak tapi tak banyak. Jadi tanaman ini adalah organik tak guna bahan kimia.

IKLAN
Selain itu:  Gosok Dengan Bahan Ini Saja, Papan Pemotong Yang Kusam & Kotor Terus Jadi Bersih

Tip Tanam Sawi Jadi Gemuk Tanpa Guna Baja, Cuma Guna Tanah Jenis Ini

Hasil tuaian pertama sawi dwarf ini dijual.

Tip Tanam Sawi Jadi Gemuk Tanpa Guna Baja, Cuma Guna Tanah Jenis Ini Selamat bercucuk tanam ya.

Artikel ini disiarkan dengan keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI