Stok Maggi Kari yang sinonim dengan hidangan hujung bulan ini memang sentiasa ada di rumah. Ini juga makanan kalau lapar malam hari.
Selalu bila masak mi ini sama kita rendam atau rebus tapi apa kata hujung bulan ini kita tukar sikit cara masak. Kita buat Maggi Kari versi tumis yang pedas ‘meletop’.
Maggi kari biasa pun dah pedas, yang ini tambah pula cili api memang terangkat! Caranya dikongsi oleh Syazlin Mansor.
Maggi kari versi tumis pedas terangkat
Bahan-bahan:
2 bungkus Maggi kari
Bawang merah
3 ulas bawang putih
Cili padi
Ads
Cara membuat:
1.Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, gaul sekali dengan rempah kari Maggi.
2.Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing, masukkan air ikut suka sama ada nak banyak kuah atau tak, tunggu sehingga mendidih.
Ads
3. Apabila kuah mendidih, masukkan mi Maggi dan biar hingga mi lembut sebelum pecahkan telur. Biar telur masak kemudian tutup api. Boleh juga kalau nak masukkan sayur atau sosej.
Ads
Siap!
Sebaiknya buat Maggi ini bila anak dah tidur atau pergi sekolah ya!
Selain ikan dan ayam, masak lemak telur juga jadi kegemaran. Biasanya kita akan guna telur itik barulah telur menjadi elok pejal.
Tapi ada juga dah guna telur itik atau telur ayam tetap tak menjadi, telur pecah dalam gulai. Sebenarnya ada tip yang boleh kita praktik supaya telur untuk masak lemak ini menjadi elok tak pecah bila masak.
Mesin basuh adalah antara alatan yang penting di rumah. Kalau rosak memang boleh stres dibuatnya kerana tak boleh basuh kain yang setiap hari memang banyak.
Supaya tak rosak dan mesin basuh yang kita guna panjang jangka hayatnya boleh ikut tip penjagaan dikongsi oleh Ridzuan Al Fattani yang berpengalaman dalam bidang penyelenggaraan barang elektrik dalam satu hantaran di Facebook Tukang Apa Hari Ini.
Saya suka baca cerita-cerita ahli dalam group ini. Kebetulan dulunya saya juga seorang maintenance dan pernah berada dalam bidang electrical, mechanical & construction.
Dari duduk saja, saya ingin beri tip sikit. Cara mudah jaga mesin basuh untuk jangka hayat lebih lama.
1. Jangan bebankan mesin dengan terlalu banyak pakaian setiap kali membasuh. Ikut rekemen pengeluar mesin.
2. Sekali matikan suis soket lepas guna. Sebab terlalu lama dalam keadaan stanby computer board akan menjadi semakin panas. Lepas keluarkan baju off suis soket.
3. Dalam sebulan sekali masukkan air panas yang dijerang selama 5 minit ke dalam tub mesin. On kan mesin dalam jumlah mode basuhan minima bagi mencuci tub dan saluran buang air. Elak tersumbat yang boleh merosakkan injap buang.
4. Andai kata putaran mesin semakin lemah dari sebelumnya bermakna belting telah longgar. Kalau pandai ambil spanar tegangkan di bahagian bawah mesin. Jika tidak upahlah sesiapa. Kos upah biasanya sekitar RM10-20 saja.
5. Andai kata air masuk semakin perlahan buka bahagian paip air masuk, ada filter di situ yang mungkin tersumbat.
6. Jika air masuk ok tapi air keluar tak boleh bermakna valve buang air ‘stuck’ mungkin tersangkut duit siling, objek keras atau sebagainya. Semakin lama dibiarkan boleh merosakkan computer board.
7.Rajin-rajinlah bersihkan penapis habuk dalam drum mesin. Supaya semua terperangkap untuk kita bersihkan seminggu sekali. Tengok pada kekerapan basuhan.
Cermat menggunakan peralatan elektrik memanjangkan jangka hayat peralatan tersebut tinggal dalam rumah kita. Sebab kita bukan banyak duit nak tukar mesin 2 tahun sekali kan.
Tengok ayam panggang macam ni kita pun terliur. Nampak sedap dan sememangnya sedap kata Nor Atika Nazirah. Malah menu ayam panggang rosemary ini memang ‘kegemaran suami dan anak-anaknya. Suka sangat-sangat katanya, rasanya kalah Kenny Rogers!
Turut berkongsi resipi, kata beliau ayam panggang ini sedap dimakan bersama nasi butter, kentang lecek, dan wajib makan dengan blackpepper mushroom sauce. Cara membuatnya seperti di bawah.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
5 ulas bawang putih
1 sb rosemary kering
1 inci halia
1sb lada hitam
1sb jintan kasar/manis
2sb gula perang (boleh juga guna gula merah)
2sk garam
3sb olive oil
2sb jus limau/lemon
3-5 biji kentang (buang kulit dan potong empat)
2 biji tomato
6 biji baby carrot ( saya tak letak)
Sedikit mentega( lebihkan agi sedap)
Cara membuat ayam panggang:
1. Letak ayam dalam loyang bakar yang sesuai. Tumbuk halia dan gaul halia dengan ayam.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Ketepikan.
3. Tumbuk rosemary hingga lumat. Masukkan lada hitam dan jintan kasar, tumbuk sekali. Kemudian masukkan bawang putih tadi, tumbuk lagi.4. Masukkan lebihan minyak zaitun (yang diguna goreng bawang putih tadi), gula perang, garam dan jus lemon dalam rempah yang ditumbuk. Gaul sebati.
5. Susunkan kentang dalam loyang yang sama dengan ayam. Gaulkan rempah pada ayam dan kentang.
6. Panaskan ketuhar 180 darjah. Bakar sehingga ayam masak. Lebih kurang 40 minit – 1 jam. Saya bakar dalam 45 minit. Bergantung kepada kepanasan oven masing-masing. Siap!
Cara buat blackpepper mushroom
Bahan-bahan
1/2 peket serbuk gravy chicken jenama knorr
1/2 kotak susu full cream
Mentega Buttercup
Lada hitam (boleh lebihkan)
Cendawan dalam tin
Minyak zaitun
1 biji bawang holland
Cara membuat
1. Kisar serbuk gravy ayam jenama Knorr bersama air panas. Kisar sedikit demi sedikit dulu, jangan tuang separuh paket dalam blender nanti berketul.
2. Kemudian tumis bawang holland bersama minyak zaitun. Dah garing bawang, masukkan kuah yang dikisar tadi. Guna api sederhana dan sentiasa kacau supaya tak berketul.
3. Masukkan susu full cream, mushroom, butter & blackpapper. Kacau sampai sebati. Dah mengelegak kuah boleh la tutup api. Siap!
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...