Pati kurma ini antara stok yang wajib kita buat untuk persediaan sahur di bulan Ramadan nanti. Terutama untuk yang mahu hidangan sahur mudah tapi mengenyangkan serta mereka yang dalam usaha menurunkan berat badan.
Bila dah ada pati kurma ini senang kerja, bancuh saja dengan susu dan bole terus minum. Hidangan mudah ini sebenarnya dah cukup untuk kita bertahan sampai waktu berbuka. Kalau terlewat bangun pun masih boleh bersahur dengan mudah.
Berikut adalah cara untuk membuat pati kurma dikongsi oleh Nadiah Latfi.
1. Sediakan kurma, buang biji & basuh kurma
2. Kukus kurma tadi sehingga 20 minit.
3. Kemudian kisar kurma yang telah dikukus sampai hancur.
4. Masukkan pati kurma yang hancur ini dalam bekas yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk.
5. Cara penyediaan campurkan 2 sudu pati kurma & susu (jenis susu ikut cita rasa).
6. Sedia untuk diminum. Boleh juga dicampur dengan madu, badam, kismis dan sebagainya. Minum ini saja pun dah cukup untuk bertahan sampai berbuka dalam masa yang sama boleh kurus.
Selain hidangan paprik, menu daging merah ini juga antara yang popular kalau makan di kedai makan Thai. Sedap dan paling penting menu ni lengkap. Dah ada daging dan sayur. Masak satu lauk ni pun dah cukup.
Kalau dah puas makan kat kedai, nak buat sendiri pun boleh. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Wan Luqman. Kalau buat menu daging merah ini warna daging mestilah kena merah, baru jadi.
Bahan-bahan:
– Daging 100gm
– Sos tiram 1sb
– Sos cili 2sb
– Sos tomato 1½sb
– 1sk Nampla
– Cili Padi
– Bawang putih
– Bawang Holland
– Capsicum
– Sos Labu / Perwarna
Cara membuat:
1.Rebuskan daging bersama dengan cecair perwarna tadi. Rebus dalam 15-20 minit insya-Allah lembut.
2. Lepas rebus, rehatkan daging sekejap biar dia kering dan sejuk sikit. Baru hiris nipis.
3. Tumis bawang putih dan cili padi.
4. Masukkan sos tomato, sos sili, sos tiram berserta nampla.
5. Masukkan sedikit sos labu untuk bagi kuah tu lebih kemerah merahan.
6. Masukkan air dalam 10 sb. Kalau nak kuah lebih, lebihkan air. Nanti kena alter semula tadi.
7. Akhir sekali masukkan bawang dan capsicum. Lepas masukkan bahan ini, masak dengan api kuat sekejap bagi sekata.
Siap! Saya suka daging masak merah macam ni. Kuahnya pekat dan tak terlalu banyak atau cair.
Susun atur dapur yang baik akan menghasilkan suasana dapur yang luas dan kemas. Namun dalam memastikan aspek ini, jangan pula kita abaikan aspek kesesuaian kedudukan alat elektrik.
Ada alat elektrik yang tidak sesuai diletakkan berdekatan kerana faktor pengudaraan dan penghasilan tenaga panas. Sebagai contoh, microwave, ketuhar, dryer dan peti sejuk.
Perkara ini dijelaskan oleh Azizul Azli Ahmad, pensyarah, penulis dan penceramah yang selalu berkongsi tip tentang hartanah.
Dapur ini kelihatan kemas dan cantik, tetapi dapur bukan perlu cantik tetapi berfungsi dengan baik dan selamat buat penghuninya.
Dapur yang baik akan buat penghuninya selesa bekerja, jimat tenaga, selamat dan berada pada tahap kebersihan yang tinggi.
Saya jumpa foto di bawah tentang kedudukan peralatan dapur. Terdapat beberapa perkara yang dianggap ‘kurang baik’ dilakukan oleh jurureka dalaman atau tukang dapur ini.
Boleh jadi juga, ini kehendak tuan rumah.
Kedudukan dryer, peti sejuk dan mikrowave tidak boleh selari begini.
Dua peralatan yang menghasilkan haba panas (Mikrowave dan dryer), mengapit peralatan yang menghasilkan haba sejuk (Peti sejuk).
Peti sejuk juga sebaiknya memiliki pengudaraan (ventilation) bagi setiap sisi agar udara kipas dari peti sejuk tidak terperangkap dan memerlukan banyak tenaga.
Bila semua ini berlaku, peti sejuk akan menekan banyak tenaga sebab ‘jirannya menghasilkan haba panas’. Ia akan menjadi tidak jimat tenaga dan akan cepat rosak.
1. Dapur yang baik jadikan isteri kita selesa dan masak dengan penuh kasih sayang. Resepi walau ‘campak campak’ boleh jadi sedap bukan kepalang.
2. Mesti ada ruang tingkap untuk pencahayaan masuk kedapur kita, semakin banyak cahaya. Semakin luas rasanya.
3. Tingkap juga sebagai sumber pengudaraan, biar semua bau dan udara mengalir keluar.
4. Lantai mengunakan jubin atau kayu yang tidak mudah licin dan tergelincir ketika basah.
5. Jika tingkap tak cukup luas mesti ada serombong asap, jika tidak bau kari akan melekat hingga ke kusyen dan tv kita.
6. Beli alatan dapur yang kita guna bukan untuk bergaya, oven jarang digunakan tetapi cantik untuk bergaya di dapur.
7. Pilihlah skima warna neutral kerana ia akan tahan lama menawan kita.
8. Fahami prinsip golden triangle didapur antara sink, dapur memasak dan peti sejuk (Rujuk gambar) semua ini dalam kedudukan yang betul agar mudah kerja.
9. Pastikan kitchen top dari kekemasan yang keras dan tahan lama, banyak aktiviti lasak berlaku diatas permukaan kabinet ini.
10. Kita hanya perlukan satu dapur sahaja, jangan mengada nak ada dua. Dry kitchen bukan budaya kita. Dapur kita masak kari, sambal belacan, kemas bagi cantik tetap menawan lepas digunakan. Peruntukan sedikit bajet buat dapur bagi cantik dan selesa, di sana kasih sayang bermula sebelum masuk perut kita
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...