Ramai ibu yang melalui perkara ini sebenarnya namun hanya menganggap ia sebagai satu perkara remeh yang tak perlu dibesarkan.
Selalu terjadi pada isteri yang baru bergelar ibu terutama jika tidak bekerja. Mereka ini walau punya bayi hakikatnya berasa sangat sunyi.
Ketika suami keluar bekerja ibu ini akan seharian mengulit bayi. Si ibu ini hanya bercakap dengan manusia kecil yang tidak akan bercakap kembali. Sedangkan lumrah wanita suka berbicara dan meluah perasaan.
Inilah masalah yang dikongsi oleh selebriti Hanis Zalikha yang sebenarnya turut dialami oleh ramai ibu lain sebenarnya.
Tadi Mommynis ada post video tentang Motherhood & Loneliness. Ia menceritakan pasal kesunyian & kesepian menjadi seorang mak.
Ada seorang mak tu cakap dia rasa sunyi (and sesat sorang2), bila berada di kalangan ibu kerana semua ibu-ibu ni cerita pasal bestnya jadi mak, betapa seronok jaga anak.
Ads
So dia sunyi sebab dia rasa macam — “semalam aku tidur 2 jam je, aku rasa cam sampah, apa korang cakap ni?!”
Seharian tiada proper conversation
Pastu dia sambung lagi, sepanjang hari dia akan bercakap dengan manusia kecil ni yang takkan bercakap balik dengan kita.
And topik-topik nak cakap pun topik terpilih. Jadi rasa sunyi sungguh2 berkepit dengan baby. Sampai dia tersedar yang seharian suntuk dia takde proper conversation dengan sesiapa.
Hal-hal yang dia cakap tuh I takleh relate sangat sebab keadaan kami tak sama. So I kata ; eh mana ada sunyi apeni.
Tapi bila second person pula cerita dia rasa macam banduan kat rumah sendiri, tapi banduan atas pilihan sendiri.
Ads
Sebab dia yang pilih nak duduk rumah dengan anak untuk keselamatan dan keselesaan. Namun hari terasa panjang. Tengok jam and tunggu je suami balik.
Tetiba ayat last tuh is so me. Tengok jam tunggu suami balik LOLOL!!! Maksudnya ada juga rasa sepi yang I tak perasan.
Suami bila ada anak, kena banyak duduk rumah
Sejak ada baby ni memang suka gila tengok suami melangkah masuk rumah like amagad my bestfriend is baaaack. (Ini untuk hari-hari yang I work from home and he has a shooting / work outside).
Bila jadi mak ni, kita lagi memerlukan suami kita. Mommynis harap ibu-ibu yang merasainya tolong communicate dengan orang sekeliling sebab hidup harus positif dan cari jalan penyelesaian. Loneliness is a real thing so talk to someone.
Ads
Kalau pasangan pula, suami kena faham, bila ada anak, lagilah dia kena banyak duduk rumah, bukan sebaliknya. Memang ada suami yang ingat dah ada anak, lagi diorang boleh kat luar lama-lama sebab anak akan teman isteri. NO. Suamilah peneman isteri untuk besarkan anak-anak.
Untuk suami yang kerja jauh, pastikan your wife dah ada support system yang bagus keliling dia, kalau tak, sunyi.
Cuti Deepavali lalu anak pasangan pelakon, Awal Ashari dan Scha Alyahya telah belajar membuat brownies. Itupun kerana dalam kasyen yang diberikan, Lara tidak tahu hendak membuat maruku.
Menariknya, setiap kali hendak memasukkan bahan-bahan brownies dalam mangkuk, Lara akan mulakan dengan membaca bismillah.
VK tengok video ni pun rasa sejuk je. Semua dimulakan dengan bismillah. Bagus, kan? Video Lara bersin dekat brownies yang dah masak tu kelakar sungguh.
Pada hari ini memang banyak unsur yang boleh mempengaruhi emosi anak-anak. Antaranya faktor sekeliling seperti pengaruh watak kartun di televisyen dan youtube yang ditonton melalui gajet.
Selain itu, jangan dilupa bahawa sikap ibu bapa itu sendiri pun boleh mempengaruhi emosi anak. Malah lebih teruk apabila kita sebagai ibu bapa gagal mengawal emosi anak.
Pendidik Ilmu Keibubapaan, Dr Taufiq Razif, melalui perkongsiannya di aplikasi Telegram memberikan panduan kepada ibu bapa mengenali tanda yang menunjukkan kegagalan mereka mengawal emosi anak.
Perhati 5 tanda ini
1. Anak banyak meragam, merengek dan mengamuk setiap hari
Oh, ini boleh kita perhatikan jika anak meragam tidak dapat beli apa yang dia mahu ketika kita di pusta beli-belah. Selain itu jika anak selalu merengek dan mengamuk kalau disuruh mandi, makan atau pakai baju.
2. Anak tunjuk yang dia memberontak masa kita suruh dia buat sesuatu
Pernah tak anda alami keadaan seperti ini? Kita suruh anak berbuat sesuatu tetapi dia memberontak dan enggan menurut perintah kita.
3. Anak jadi makin pemarah dan perengus
Kita gagal kawal emosi anak kalau anak jadi pemarah dan kuat merengus. Kena lakukan sesuatu.
4. Kita banyak gunakan nada suara yang tinggi untuk menyuruh anak buat sesuatu
Yalah. Apabila anak asyik merengek, tak dengar arahan dan asyik memberontak, kita pun jadi marah. Akhirnya kita gunakan suara bernada tinggi untuk memberikan arahan pada anak.
5. Kita jadi keliru apa nak buat bila anak meragam hingga akhirnya kita sendiri yang menderita dalam diam
Situasi paling teruk ialah apabila kita berada dalam keadaan keliru. Semua cara pujuk anak dah tak jalan. Akhirnya kita menderita sendiri apabila orang sekeliling pun pelik kerana anak kita memberontak dan kita sikit pun tak berjaya pujuk anak sendiri.
Jom belajar kawal emosi anak kita. InsyaAllah rumahtangga kita pun akan lebih tenang dan tenteram.
Bahagia melihat aksi angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang baru menimang cahaya mata kembar baru-baru ini.
Beliau juga sering dilihat berkongsi perkembangan bayi kembar lelaki mereka di instagram yang kini sudah pun berusia dua bulan. Tidak sekadar memuat naik foto terbaru, sebagai seorang doktor Dr. Sheikh Muszaphar turut berkongsi informasi berguna buat ibu bapa lain.
Contohnya baru-baru ini beliau menerangkan kelebihan bayi yang dilatih meniarap atau merangkak pada awal usia. Menariknya bayi kembarnya juga sudah diajar melakukan perkara tersebut seawal usia dua minggu. Wah awalnya!
Menurut Dr. Shiekh Muszaphar sebenarnya ada banyak kebaikan jika bayi diajar melakukan apa yang disebut tummy time ini sebaik dilahirkan. Berikut adalah perkongsian beliau yang dicatat dalam instagram miliknya.
Latih Adam merangkak pada usia dua minggu
“Penting sebenarnya untuk bayi baru lahir melakukan aktiviti meniarap atau tummy time. Saya mulakan tummy time pada anak sebaik mereka dilahirkan termasuklah anak perempuan saya.
Aktiviti ini akan menguatkan bahagian belakang dan juga leher mereka. Bayi baru lahir boleh kita ibaratkan seperti kura-kura, mereka tidak suka diangkat dan diposisikan dalam keadaan menelentang.
Dan lagi banyak mereka menjerit atau menangis ketika tummy time adalah lebih baik kerana ia akan mengembangkan paru-paru mereka.
Stimulasikan juga refleks cahaya untuk mereka kerana bayi baru lahir hanya dapat melihat hitam dan putih saja ketika ini. Selain itu stimulasikan Babinski reflleks di bahagian kaki yang boleh membantu bayi berjalan lebih awal.
Saya ingat lagi Bella sudah mula berjalan pada usia lapan bulan dan Tasha pada usia tujuh bulan yang mana pada saya satu pencapaian. Jadi sekiranya anda punya anak bayi baru lahir belum terlambat untuk melakukannya.”