Nak makan buah mulberi petik saja di laman rumah. Kan seronok begini. Buah pulak lebat dan manis bila masak ranum.
Disebabkan keinginan nak merasa hasil pokok mulberi yang ditanam sendiri seperti ini ramai yang cuba menanamnya.
Bagi yang sudah menanam pokok ini di atas tanah boleh gunakan trik yang dikongsi oleh Siti Saja agar pohon mulberi membesar cantik, tak meninggi dan berbuah lebat. Ini trik yang beliau kongsi.
1. Pokok mulberi ini baru berusia 4 tahun. Pangkal batang pun baru sebesar tangan.
2. Mula-mula tanamkan tiang-tiang kayu di sekeliling pokok. Boleh tanam 10 batang tiang kayu. Ukuran garis pusat bulatan tiang yang dah ditanam lebih kurang 10 kaki.
Ads
3. Kaedah ini memerlukan ruang yang agak luas untuk membentuk kanopi pokok supaya cantik bulatnya.
4. Kemudian lenturkan dahan-dahan yang agak besar dan panjang, ikat pada tiang. Ketinggian boleh dilaraskan mengikut keselesaan. Akak ikat dalam kedudukan lebih kurang empat kaki tinggi dari tanah.
Ads
5. Seterusnya dahan-dahan yang lebih kecil selit-selit dan anyam sesama sendiri. Ikat pada dahan utama jika perlu.
6. Setelah selesai kita akan dapat kanopi pokok berbentuk bulat dan tidaklah terlalu tinggi masih di dalam jangkauan tangan.
Ads
7. Ketinggian itu perlu ya supaya kita tak memanjat tangga untuk proses meluruhkan dedaun atau ketika memetik buah kelak. Kanopi pokok ini berketinggian antara 4 ke 6 kaki.
8. Akhir sekali bolehlah lakukan proses mencantas pucuk dan meluruhkan daun agar pokok berbuah lebat.
Walaupun menu kampung tapi hidangan lempeng ini tetap ramai peminatnya. Cicah dengan sambal ikan bilis atau sambal sardin memang ngam.
Cara nak buat pun mudah sangat. Tapi kan, ada juga yang buat lempeng tak menjadi. Kalau macam tu guna cara yang dikongsi oleh Fuad Ismail Iskandar ini. Elok gebu kejadian lempeng nanti.
Cara buat lempeng kampung gebu
Bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air (lebih kurang)
2 biji telur
3 sudu minyak masak
Sedikit garam
Serbuk perasa (jika suka)
Cara membuat:
1. Kisar semua bahan ini hingga sebati
2. Kemudian tuang sedikit atas kuali non stick. Saiz boleh buat ikut cita rasa.
3. Bila bahagian bawah dah masak, terbalikkan.
4. Dah sejuk boleh gulung dan makan dengan sambal.
Bagi yang hobi bercucuk tanam, mesti tak puas hati kalau tanaman yang diusahakan tak menampakkan hasil, buah tak lebat, nampak kurang subur, tak berbunga dan sebagainya.
Jika dah letak baja masih tak lihat hasilnya mungkin boleh cuba pula buat air penggalak/ air baja daripada campuran minuman probiotik, Yakult & telur.
Kebaikan air pengalak campuran Yakult & telur
Menghasilkan bunga banyak
Menghasilkan buah manis
Suburkan tanah
Agar buah lebih besar
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 botol Yakult 2 biji telur ayam 1 unit botol mineral 500ml kosong
Cara penyediaan :
1. Campurkan yakult dan 2 biji telur ayam. 2. Gaulkan campuran tersebut sehingga sebati. 3. Simpan campuran baja di dalam bekas botol mineral. 4. Perap campuran baja 3 – 7 hari. Pastikan botol tidak ditutup terlalu ketat untuk elakkan gas yang terhasil mudah keluar. 5. Selepas 7 hari, air baja boleh digunakan.
Cara menggunakan
Tuang 20ml campuran baja ke dalam bekas lain sama ada untuk tujuan semburan atau siram ke tanah.
Campur campuran baja dengan air biasa sebanyak 1 liter – 1.5 liter.
Sembur atau siram larutan baja ke daun dan media tanaman.
Semburan atau siraman larutan baja boleh dilakukan selang 2-3 hari, pada waktu petang.
Kari mamak memang tak guna santan tapi tetap sedap dan buat kita ketagih nak makan selalu. Daripada kerap ke kedai mamak, elok juga kalau kita belajar buat sendiri.
Boleh ikut tip dan juga resipi perkongsian Ida Zairi ini. Menurutnya resipi ini digunakan oleh peniaga nasi kandar popular Pulau Pinang.
Kali kedua cuba resepi kari Mamak tanpa santan. Resipi ini diberikan oleh oleh mamak nasik kandar pokok ketapang satu ketika dulu.
TIP:
Santan digantikan dengan beras yg disangai & ditumbuk. Tujuannya untuk pekatkan kuah dan beri rasa lemak. Kena cuba baru tau. Mesti makan smpai menjilat pinggan.
Kari ikan tanpa santan, pekat & berlemak
Bahan-bahan:
3 ketul ikan (ikan yg sesuai buat kari)
2 biji bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
Halba/biji sawi/jintan manis
Daun kari
6 sudu rempah kari & 2 sudu cili giling (jadikan pes)
1 genggam beras (sangai dulu & kisar halus)
1 sudu asam jawa
Air secukupnya
Bendi
Tomato
Garam
Daun kari
Cara membuat:
1. Panaskan satu senduk minyak, tumis bawang merah & bawang putih sehingga layu. 2. Masukkan halba, biji sawi & jintan manis serta daun kari. 3. Masukkan pes rempah kari. Masak sampai pecah minyak dengan api perlahan. 4. Bila dah pecah minyak masukkan beras sangai yg dah dikisar. Kacau dan masukkan air. 5. Tunggu hingga mendidih kemudian masukkan bendi & ikan. 6. Perasakan & masukkan tomato. Patahkan cili hijau & tutup api. Siap!
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...