Masalah biasa kipas siling di rumah, bila dah lama guna ia akan berputar perlahan. Walaupun letak kelajuan pada tahap nombor 5 tapi putarannya lemah gemalai.
Kebiasaan bila berdepan masalah ini kita akan tukar saja dengan kipas baru. Tapi sebenarnya tak perlu pun beli baru, kita cuma perlu tukar satu alat saja yang dinamakan kapasitor untuk memastikan kipas berputar seperti biasa. Alat ni boleh dibeli di kedai elektrik atau hardware.
Cara menukar kapasitor ini bolehlah mengikut langkah yang dikongsi dalam Faceboook Ilham Dekorasi
Kebiasaannya bila kipas lama, letak speed 5 pusing macam angin sepoi-sepoi bahasa aje..
Rupanya tak perlu tukar kipas, tukar capacitor sahaja! Capacitor ni macam hos, kalau tak elok, air akan leleh je keluar. Tapi kalau bagus, air memancut keluar, arus padat.
Cara tukar kapasitor
Saya kongsi step by step tukar capacitor untuk kipas standard:
1. Buka housing kipas (ada 1 screw di bahagian atas)
Ads
2. Tanggalkan capacitor lama.
3. Potong wayar capacitor yang bersambung dgn earth dan supply (capacitor tidak mempunyai kutub, boleh sambung mana2 hujung kemudiannya).
Nota: Jangan lupa bismillah & peralatan screw driver/test pen & wire cutter. InsyaAllah kipas laju semula macam helikopter.
Ads
INFO
Kapasitor (Capacitor) adalah komponan elektronik yang dapat menyimpan dan melepaskan muatan elektrik atau tenaga elektrik dalam tempoh masa sementara dengan unit kapasitansinya adalah Micro Farad (µF).
Nilai kapasitor akan berkurang @ lemah disebabkan usia kipas tu dengan jumlah penggunaan yang maksimum dan terus menerus. Itulah yang menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan. Kapasitor yang berkualiti rendah, nilai Farad (µF) akan berkurangan setiap tahun.
Tukar/Ganti kapasitor dengan nilai Farad (µF) yang sama dengan yang asal @ nak up nilainya untuk tambah laju, jangan melampau-lampau. Up sekadar, contoh 1.8 ke 2.0 µF, 2.0 ke 2.2/2.5 µF. Kalau lebih tinggi sangat nilai µF, kipas akan pusing sangat laju, motor kipas menjadi lebih panas menyebabkan gelung dalam motor kipas rosak. Pastikan label voltan lebih dari 300VAC.
Ada masa kita tak tahu nak makan atau nak masak lauk apa. Tapi yang pasti tekak nak makan lauk yang simple-simple saja. Ayam masak kicap ini lauk yang boleh kita buat .
Ayam masak kicap ini juga ada banyak versi. Kalau nak kelainan, apa kata ikut versi Yayar Mohamad Nor pula. Ini adalah resepi dari arwah ibunya. Memang ringkas tapi menyelerakan sangat.
Bahan untuk kuah kicap
2 batang serai -dihiris nipis
1 inci halia
6 ulas bawang putih
Bahan lain
Bawang besar & cili besar -dipotong bulat
1 senduk cili kering – kisar
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat
Cara membuat:
1. Tumbuh semua bahan untuk kuah kicap hingga halus dan lumat
2. Tumiskan bahan tumbuk sehingga perang.
3. Masukkan cili kering kisar, biar hingga garing.
4. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Perasakan garam aji dan gula.
5. Masukkan bawang besar dan cili besar.
6. Masukkan ayam yg dah telah digoreng. Gaul rata, sedia dihidangkan.
Cara buat ikan pari bakar ini dikongsi oleh Erma Azizie. Cukup ringkas dan boleh sangat untuk membuatnya sendiri di rumah.
Jika selama ini makan hidangan di restoren, apa kata cuba buat sendiri. Paling penting sambalnya kena banyak barulah terasa keenakan ikan pari bakar.
Cara buat ikan pari bakar
Bahan-bahan
3 ekor ikan pari saiz sederhana dipotong 2
Daun pisang
Aluminium foil
Garam
Gula
Serbuk perasa
Asam keping
Daun limau purut -dimayang halus
Daun kunyit -dimayang halus & buang urat tengah
Bahan kisar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus)
3 batang cili besar
4 batang cili padi
Cara membuat
1. Cuci bersih ikan pari dan tos.
2. Untuk menyediakan sambal ikan bakar, panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai garing.
3. Masukkan asam keping, garam, gula, serbuk perasa. Kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Gaul rata dan tutup api.
5. Ambil aluminium foil, lapik dengan daun pisang. Letak sedikit sambal atas daun pisang kemudian tindan engan ikan. Kemudian letak lagi sambal di atas ikan.
6. Balut ikan dan bolehlah dibakar hingga masak menggunakan pemanggang atau oven. Jika menggunakan oven tetapkan suhu 200°c danbakar dalam 30 – 40 minit dengan api atas bawah.
Menu daging goreng kunyit walaupun ringkas tapi jadi kegemaran ramai. Namun satu masalah bila masak hidangan mudah ini, daging keras atau liat terutama bila sudah sejuk.
Untuk atasi masalah ini boleh ikut perkongsian daripada Nana Ismail.
Tip masak daging goreng kunyit supaya kekal lembut walau dah sejuk
Ramai yang goreng daging terlalu lama sebab nak pastikan daging lembut dan masak.
Masalahnya bila buat macam tu, daging akan bertambah kecut, kering dan rasa lembut masa tengah panas saja. Bila dah sejuk mulalah keras dan liat nak makan.
Supaya daging kekal lembut ikut langkah ini sebelum goreng;
1. Pastikan potong daging lawan urat. Cara nak nampak urat daging dengan jelas adalah dengan meletakkan daging yang masih mentah dalam kuali panas tanpa minyak. Bila panas nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong. 2. Selepas hiris nipis, boleh goreng daging tanpa minyak. Biar air daging keluar dan kering. Kemudian angkat.
3. Dah buat dua langkah di atas barulah lumur daging dengan kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging tu. Nampak kering macam daging yang direbus kan?
4. Kemudian letak minyak dalam kuali dan goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging singkat saja. Korang akan perasan, daging akan nampak tak kecut dan berjus.
5. Selepas itu macam biasa tumis bawang, cabai, letak sayur dan gaul balik daging. Selesai!