Tular Video Pelajar Main ‘Game Mati 5 Saat’, Permainan Baru Pelajar Asrama Yang Berisiko Kematian

Share

 

Sejak hari ini tular di laman sosial rakaman video yang memaparkan remaja melakukan permainan yang dipanggil Game Mati 5 Saat.

Dalam video berdurasi 15 saat itu dapat dilihat seorang remaja lelaki menekan dada seorang rakannya dengan kuat sehingga rebah sebelum sedar kembali.

Video yang diiringi gelak ketawa pelajar melihat rakannya rebah itu turut tertera kapsyen mengatakan ia adalah sebahagian daripada permainan baru kalangan pelajar asrama sambil meminta agar ibu bapa memaklumkan anak-anak agar tidak mengikut permainan ini.

“Game baru yang gila sekarang. Jadi mainan budak2 asrama. Nama game Mati 5 Saat.

Tolong maklumkan anak-anak, jangan ikut permainan ni. Tiada doktor atau jururawat terlatih yang ada bersama.

Akibatnya nanti bukan mati 5 saat tapi mati terus. Kes bunuh pulak. Sesal tiada guna.”

Demikian kapsyen yang tertera dalam video yang dimuat naik dalam Facebook NorKomuniti Hj Kuantan .

Dalam pada itu pesanan yang sama di sampaikan oleh Dr. Afiq Rahim agar remaja tidak melakukan permainan kerana ia boleh menyebabkan pemain berisiko mati terus, mengalami strok, serangan jantung dan patah tulang rusuk.

 

 

Sumber:  NorKomuniti Hj Kuantan & Twitter Dr Afiq Rahim

IKLAN