Berpisah dalam tempoh lama dengan anak sudah pasti menerbitkan rasa rindu, apatah lagi anak sulung. Demikian perasaan Norman Hakim dan bekas isteri Abby Abadi buat Danish Hakim yang telah menyambung pengajian di Turki beberapa lama.
Semalam Danish pulang ke tanah air dan disambut oleh Norman serta Abby. Video kepulangan itu dimuat naik oleh kedua-duanya dan mendapat perhatian netizen. Menonton dua video yang dimuat naik dengan latar belakang lagu nyanyian Sudirman membuatkan perasaan sebak.
Rumah yang bersih boleh meredakan stres. Sebab itulah kita kena tahu macam mana nak menjaga tahap kebersihan sekitar ruang rumah termasuklah peralatan yang kita selalu gunakan.
VK kongsikan beberapa tip pemudah cara soal kebersihan yang pasti bermanfaat untuk anda amalkan dan jauhkan diri daripada stres.
Dapur adalah ruang yang mudah kotor kerana setiap hari kita memasak di ruangan ini. Jadi, dapur perlu dibersihkan supaya anda tidak stres tiap kali hendak mula memasak. Ruang dapur kerap berminyak kerana terkena percikan minyak kala kita memasak. Cara nak membersihkan kabinet dapur yang berminyak adalah campur minyak kelapa dengan baking soda. Letakkan bahan campuran ini dan gosok gunakan span basah. Boleh juga gunakan berus gigi untuk sental pada tempat kotoran degil.
Kalau karpet di rumah anda terkena tumpahan minyak, jangan panik. Apath lagi kalau karpet itu adalah karpet di ruang tamu. Alamak, nanti apa pula kata tetamu bila nampak karpet kotor kena minyak kan. Cuba guna cara ini. Ambil sedikit baking soda, cecair pencuci dan cuka. Letakkan ketiga-tiga bahan ini di atas tumpahan minyak tadi. Baking soda membantu menyerap cecair minyak dan bahan lain akan membantu menghilangkan kesan.
Seterika yang telah lama digunakan selalunya akan berbekas hitam pada tapaknya. Hal ini mengganggu kelancaran ketika anda menggosok pakaian nanti. cara mudah untuk hilangkan bekas hitam pada tapak seterika adalah campurkan baking soda, cuka dan ubat gigi. Panaskan seterika pada suhu sederhana dan sapukan bahan campuran tadi menggunakan span pada tapak seterika. Tak perlu lama. Sekejap sahaja. Dan hasilnya tapak seterika bersih seperti baru.
Selepas satu tempoh penggunaan, berus dan span mekap akan mulai nampak bercapuk. Tidak perlu beli baru kerana anda masih boleh menggunakannya. Cara bersihkan berus dan span mekap itu adalah campurkan minyak kelapa, cecair pencuci pinggan dan sapun antibakteria. Satukan semua bahan dalam mangkuk. Masukkan span dalam bahan campuran itu tadi dan picit-picit sikit. begitu juga dengan berus. Bilas dan jemur. Lihatlah, semua dah jadi macam baru.
Sikap kita yang kurang suka menapis sisa makanan di sinki menjadi punca sinki tersumbat. Mulai hari ini, jomlah kita ubah. Tapis segala sisa makanan dan buang ke dalam tong sampah. Jangan sampai sinki tersumbat. Namun kalau sinki anda sudah tersumbat boleh amalkan tip ini. Tuangkan cuka ke dalam lubang sinki. Kemudian tuang banyak garam. Jangan guna sinki anda buat seketika. Anda boleh lihat tindak balas cuka dan garam itu nanti. Kemudian masukkan air dengan sedikit tekanan. Lihat hasilnya.
Sejak 23 Februari lalu, pelakon Norish Karman membuat keputusan nekad, mengubah diri. Tiada lagi imej dia yang dulu, Norish Karman kini tampil berhijab.
Mengumumkan keputusan tersebut dalam instagramnya, menurut pelakon yang juga ibu kepada empat orang anak ini ia dilakukan sebagai hadiah kepada bapanya.
Meski ramai yang menyambut baik tindakan Norish malah mendoakannya tapi ada juga yang bersikap sebaliknya. Ada juga yang meragui keputusan yang dibuat. Inilah dugaan awal berhijab yang dilalui oleh Norish dan dikongsi oleh Norish.
Indah sungguh kasih sayang Allah SWT apabila ku manusia daif terpilih melalui semua dugaan sebegini… Alhamdulilah dlm masa sama, Allah juga telah mengirim sahabat-sahabat dan juga keluarga yg sgt membantu dan menyokong.
Doa Bapak ku Ustadz Karman senantiasa menyusul utk ku. Didikan agama dari sudut-sudut yg penting telah lama beliau terapkan dan tanam dlm diri ku dan anak-anaknya..
Hanya aKu yg Allah jua pilih jadi artis …Krn dlm perjalanan sebagai artis la Ku telah diketemukan sahabat-sahabat tinggi pengetahuan agama, indah keperibadian, mulia hati, sokongan moral dan emosi yg luar biasa. Terima kasih atas segala-galanya.
Dalam entri sebelum itu, Norish juga bercerita tentang keputusan berhijab yang diambil. Menurutnya uaa bukan untuk mengikut fesyen, atau kerana menjual tudung tapi sebaliknya ia adalah sebagai hadiah kepada bapanya yang menyambut hari lahir pada 23 Februari lalu.
Untuk pengetahuan dan info anda, ini adalah imej baru saya bermula hari ini 23 Feb. Ya, saya doakan ia kekal.
Tidak, saya tidak mimpi mati Tidak saya tidak jual tudung Tidak, saya tak melakukannya kerana apa-apa promosi Tidak, saya buat keputusan ini bukan untuk melindungi rambut saya yang cantik kerana saya telah memotongnya pendek.
Tidak saya tidak membuat keputusan terburu-buru. Apa yang saya tahu saya sepatutnya membuat keputusan ini lama dulu.
Saya tak mahu melakukannya kerana ramai yang memakai tudung kerana mengikut fesyen, menutup leher yang berkedut, melindungi rambut yang menghilang, dan pelbagai lagi sebab yang salah. Salah dalam agama dan prinsip. Saya selalu berdoa saya tidak melakukannya kerana sebab itu.
Dan sekarang selepas banyak menghabiskan masa dengan Pencipta, saya dapati dalam diri saya ada kekuatan untuk bertukar kepada imej ini demi Allah SWT.
Demi bapa saya ini adalah sebagai hadiah hari jadinya, 23 Feb hari ini adakah hari jadi Bapak yang paling kukagumi, kusayangi.
Lama dulu Bapak ada nasihati kami adik beradik utk berhijab….cuma me je tak sedia ,anak degil … Kini dlm keadaan serba kekurangan, me tak mampu bagi apa jadi me bagi apa anak-anak perempuan sepatutnya beri pd ayah mereka.
Jadi me hadiahkan Hijab ni utk Bapak… Demi masa depan anak-anak Demi para sahabat ku yg senantiasa meyokong ku… Demi rezki kita luas lagi luar biasa yg bakal berguling pd semua hamba Allah yg mengamati hikmah penghijrahan dan ketaqwaan….. Saya sdg memperbaiki diri kerana saya tahu Allah nak lebih dr apa yg sdg saya bawa.
Pesan saya, pesan utk kita semua cari diri, kenal diri. Kerana Allah mahu yg lebih dr kita. Peduli kan apa org nak kata & kita perlu pedulikan apa yg Allah nak dari kita. Doakan n sedekah Fateha utk my Bapak Ustazd Karman Sukarjo Doakn me agar me istiqomah n senantiase kuat.
Gempa bumi Filipina berukuran 7.8 magnitud menggegarkan luar pesisir Pulau Mindanao pada pagi Isnin, menyebabkan penduduk panik dan berlari keluar dari bangunan untuk menyelamatkan diri.
Kejadian yang berlaku berhampiran bandar Maasim di Wilayah Sarangani itu turut mencetuskan amaran tsunami, selain menyebabkan beberapa bangunan rosak, bekalan elektrik terganggu dan operasi menyelamat digerakkan di kawasan terjejas.
Menurut laporan Associated Press, sekurang-kurangnya 16 orang dilaporkan maut manakala lebih 200 lagi cedera akibat gempa kuat tersebut. Angka mangsa dikhuatiri boleh berubah memandangkan operasi mencari, menyelamat dan penilaian kerosakan masih dijalankan.
Gegaran kuat itu dilaporkan berlaku pada kedalaman kira-kira 33 kilometer, dengan pusat gempa berada sekitar 32 kilometer dari Maasim, Sarangani. Kawasan ini terletak tidak jauh dari General Santos City, bandar besar yang mempunyai populasi ratusan ribu penduduk.
Pasukan kecemasan dan agensi berkaitan digerakkan sejurus selepas kejadian bagi membantu mangsa serta menilai tahap kerosakan infrastruktur awam.
Pihak berkuasa turut memantau kemungkinan berlaku gegaran susulan yang boleh mengundang risiko tambahan kepada penduduk di kawasan terjejas.
Di media sosial, ramai penduduk Filipina berkongsi detik cemas ketika gempa berlaku. Ada yang terus meninggalkan rumah, premis perniagaan dan bangunan awam secara tergesa-gesa kerana bimbang struktur runtuh.
Beberapa rakaman turut menunjukkan suasana kelam-kabut apabila orang ramai berkumpul di kawasan lapang sementara menunggu arahan lanjut pihak berkuasa.
Ramai penduduk dilaporkan menghabiskan beberapa jam di kawasan terbuka kerana bimbang berlaku gegaran susulan yang boleh membahayakan keselamatan mereka.
Dalam situasi seperti ini, pihak berkuasa biasanya menasihatkan orang ramai supaya menjauhi bangunan yang mengalami kerosakan sehingga pemeriksaan keselamatan selesai dijalankan.
Susulan gempa kuat itu, penduduk di kawasan berhampiran pantai diminta berpindah ke kawasan lebih tinggi sebagai langkah berjaga-jaga.
Laporan Associated Press turut menyebut ombak tsunami setinggi kira-kira 1.4 meter direkodkan di kawasan pesisir, manakala ombak lebih kecil turut dikesan di beberapa lokasi serantau.
Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. dilaporkan mengarahkan pusat pemindahan diaktifkan, sekolah di kawasan terlibat digantung sementara dan bantuan kecemasan dipertingkatkan bagi memastikan keselamatan penduduk.
Dalam masa sama, pihak berkuasa turut mengingatkan orang ramai supaya tidak memasuki semula bangunan yang rosak atau retak kerana risiko gegaran susulan masih boleh berlaku.
Kejadian ini turut mendapat perhatian penduduk di Sabah memandangkan kedudukan negeri itu yang berhampiran dengan selatan Filipina.
Walaupun tiada laporan kesan besar di Sabah setakat ini, ramai yang menzahirkan kebimbangan dan berharap keadaan di kawasan terjejas dapat dikawal dengan segera.
Bagi penduduk yang tinggal di kawasan pantai atau bangunan tinggi, perkembangan rasmi daripada pihak berkuasa wajar diikuti dari semasa ke semasa. Elakkan berkongsi maklumat tidak sahih kerana ia boleh mencetuskan panik yang tidak perlu.
Filipina sememangnya sering dilanda gempa bumi kerana terletak di Lingkaran Api Pasifik, kawasan yang aktif dengan pergerakan seismik dan gunung berapi.
Kedudukan geografi ini menyebabkan negara tersebut terdedah kepada pelbagai bencana alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan tsunami.
Oleh itu, sistem amaran awal, latihan kecemasan serta tindakan pantas pihak berkuasa memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.
Dalam situasi mencemaskan seperti ini, orang ramai turut diajak memperbanyakkan doa memohon perlindungan daripada sebarang musibah.
Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada beratnya ujian, kesengsaraan, takdir yang buruk, dan kegembiraan musuh terhadap musibahku.
“Cukuplah Allah bagi kami, dan Dialah sebaik-baik Pelindung. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.”
Semoga Allah melindungi penduduk Filipina, Sabah dan seluruh kawasan berhampiran daripada sebarang musibah serta memudahkan urusan pasukan keselamatan dalam menjalankan operasi bantuan.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.