Penyanyi terkenal Sinead O’Connor mengejutkan dunia bila mengakui dia sudah memeluk Islam. Perkara itu diumumkan melalui akaun Twitter beliau yang turut menggunakan nama Islamnya Shuhada Davitt pada 19 Oktober lalu.
“Saya ingin mengumumkan saya bangga kini sudah bergelar Muslim,”tulis ibu kepada empat anak ini pada 19 Oktober lalu.
This is to announce that I am proud to have become a Muslim. This is the natural conclusion of any intelligent theologian’s journey. All scripture study leads to Islam. Which makes all other scriptures redundant. I will be given (another) new name. It will be Shuhada’
Beliau mengucap kalimah syahadah bersama dengan Shaykh Dr Umar Al Qadri di Islamik Centre Of Ireland.
“Penyanyi Ireland Sinead O’Connor kini dikenali sebagai Shuhada selepas melafazkan kalimah syahadah. Kita doakan semoga Allah memberikan ketenangan dalam kehidupan beliau. Amin,”tulis Shaykh Dr Umar Al-Qadri yang turut berkongsi video Shuhada melafas kalimah syahadah.
Renowned Irish singer formerly known as Sinead O’Connor and now as Shuhada, @MagdaDavitt77, proclaimed the Shahadah. We pray that Allah grants her Peace in all aspects of this life and hereafter, Ameen. She has a truthful soul. Pls join me in wishing her the best in her future. pic.twitter.com/LDIqymGZ0K
Melalui bacaan Vk ternyata sejarah hidup penyanyi rock dari Ireland ini sangatlah berliku. Beliau melalui banyak konflik diri sebelum memeluk Islam.
Ads
Keputusannya memeluk Islam ini juga tidak dijangka apatah lagi sebelum ini wanita ini pernah menjadi paderi selepas mendapat lantikan daripada sebuah gereja pada tahun 1990-an yang juga mengejutkan pihak gereja Roman Katholik kerana wanita tidak boleh menjadi paderi.
Ads
Pada Ogos 2017 penyanyi yang popular dengan lagu Nothing Compares 2 U juga dikatakan menghadapi masalah tekanan mental yang serius. Bukan itu saja penyanyi ini juga mengaku dia didiagnos mengalami gangguan bipolar selain kemurungan.
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengeluarkan kenyataan akhbar menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan beberapa produk-produk kosmetik.
Produk kosmetik tersebut dikesan mengandungi racun berjadual iaitu hidrokuinon, tretinoin dan merkuri.
Salah satu daripadanya dikira agak popular kerana iklannya sering ditayangkan dalam salah satu drama yang sedang hit ketika ini.
Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang perkara tersebut.
****
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.
Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.
Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.
Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.
Pedih, menggelupas
Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan.
Ganggu perkembangan otak kanak-kanak
Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.
Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.
Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingan.
Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/
Kelahiran cahaya mata seharus menambah kebahagiaan, namun ketentuan Tuhan siapa dapat menduga. Mohd Kaharuddin Abdul Rahman, penjaga gol skuad Negeri Sembilan harus redha dengan takdir Ilahi bila isteri yang baru bersalin serta anak yang baru dilahirkan meninggal dunia akibat komplikasi.
Berita itu dikongsi oleh Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFA Malaysia) semalam melalui laman sosial mereka.
Namun apa yang membuat hati rasa sayu bila membaca luahan hati Mohd Kaharudin dalam instagram yang ternyata tidak dapat membendung perasaan rindu pada arwah isterinya.
Tengok anak makin nampak awak!
Yang penting awak bahagia bersama anak kita Sumayyah
Ummi yang hebat
Semoga Allah membalas semuanya
Sama sama kita doakan ketabahan Mohd Kaharudin, dan semoga arwah isteri dan anaknya di tempatkan kalangan penghuni syurga.
Membayangkan kemalangan ini saja sudah cukup mengerikan. Seorang wanita yang sarat hamil 39 minggu maut dalam satu kemalangan namun ajaibnya bayi ini masih hidup!
Impak daripada kemalangan tersebut bayi dalam kandungan terkeluar dari rahim ibu dan tercampak di atas rumput.
Wanita hamil itu merupakan penumpang sebuah lori yang membawa muatan kayu. Pemandunya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas dalam kejadian yang berlaku di Cajati, Brazil.
Kemalangan itu menyebabkan lori berkenaan terbalik dan wanita hamil itu dihempap kayu muatan lori tersebut.
Hentakan yang kuat mengakibatkan bayi terkeluar dari rahim ibunya. Bayi ajaib itu ditemui oleh pegawai perubatan selepas mendengar suara tangisan beberapa meter dari mayat ibunya.
“Ketika cuba membantu mencari mangsa di bawah timbunan kayu saya terdengar bayi menangis. Saya terkejut kerana setahu saya cuma ada dua mangsa dalam kemalangan itu,” ujar Elton Fernando Barbosa paramedik pertama yang sampai.
Selepas menemui bayi tersebut, dia terus menghubungi ambulans untuk membawanya ke hospital. Bayi tersebut bagaimana pun dalam keadaan selamat tanpa kecederaan.
“Saya tak tahu bagaimana bayi ini boleh selamat kerana mayat ibunya di bawah timbunan kayu. Ia memang satu keajaiban,”ujarnya.
Bayi berkenaan bagaimanapun ditempatkan di rumah anak yatim memandang tiada ahli keluarga dan saudara yang menuntutnya.
Jururawat di hospital yang merawat bayi ini menamakannya sebagai Giovanna yang bermakna ‘dilindungi oleh Tuhan’.