Wanita Ini Kongsi 8 Barang Yang Berbaloi Beli Dari Daiso, Cukup Berguna Di Rumah!

Share

 

 

 

Kalau lalu depan kedai Daiso di shopping mall selalunya orang perempuan akan singgah. Kalau dah masuk tu macam-macamlah yang dibeli. Kadang-kadang tak guna pun tapi sebab cantik dan murah kita beli! Gitulah perempuan kan…

Tapi daripada beli barang-barang ntah apa-apa. lebih baik kita beli barang yang disenaraikan dalam perkongsian daripada Amirah Anuar ini. Memang praktikal dan berguna di rumah, murah pulak tu. Ada yang kita tak tahu barang ini wujud!

Barang berguna yang boleh kita beli di Daiso pada harga RM RM5.57

1. Cat repellent (Penghalau kucing)

Ini bukan racun! Kucing berak merata-rata elok la beli ni utk kesejahteraan bau bauan

2. Pembeku minyak masak

Sisa minyak masak dibekukan dan di buang dlm tong sampah. kalau tak ada masa nak kumpul minyak dan hantar ke alam flora, di sarankan beli ni untuk kesejahteraan longkang dan alam sekitar

3. Pengasing sampah di sinki

Nak longkang kita bersih macam di Jepun? Kebersihan bermula dari rumah. Pengasing sampah di sinki untuk kesejahteraan longkang.

4. Konjac puff untuk cuci muka ala spa

Nak cuci muka ala-ala dekat spa bleh la guna konjac puff ni. Kalau tgk benda alah ni dlm plastik mcm batu keras gila. Tapi dah rendam air jadi lembut. Boleh la facial dekat rumah.

5.Magic sponge, bersih kasut anak

Tgk magic sponge ni mcm tak ada apa je. Tapi dia ni power sangat. Tak payah pakai sabun. Rendam air tonyoh je. Bukan sahaja utk kasut. Untuk lantai/dinding yg meninggalkan kesan degil sgt berkesan. Watermark pon berkesan.

6. Sabun mesin basuh

Mesin basuh siapa yang tak pernah cuci kotoran degil sblh dalam-dalam tu elok la pakai ni. Ada beberapa jenis dkt daiso. Boleh tgk yg ni dan 1 lagi tu.

7. Agen pembersih paip berkeladak

Nak bersihkn dlm-dlm paip tu boleh guna ni. Letak seketul je boleh keluar la lemak lemak keladak-2 dalam paip tu.

8. Penyangkut baju space limited

Bukan penyangkut baju biasa² ye. Yang mmg limited space elok sangat pakai ni. Nak lagi yang buat concept open wardrobe. Sangat-sangat membantu dengan limited space yang ada.

Silakan share kalau rasa barang-barang ni bermanfaat untuk semua!

 

Sumber: Amirah Anuar

 

 

 

 

IKLAN