Masalah jerawat ini memang menakutkan orang perempuan, terutama kalau tiba-tiba timbul dekat hidung dan atas bibir tempat yang menonjol sangat.
Sebutir dua mungkin boleh tahan lagi tapi bila timbul beramai-ramai boleh buat kita rasa segan nak keluar rumah.
Buat yang bimbang rawat masalah jerawat ini guna krim jerawat yang kita tahu penuh dengan bahan kimia boleh cuba petua ini.
Caranya amalkan ‘masker berangin’ perkongsian Fyza Shah. Masker campuran serbuk kayu manis, buah pala, lemon dan madu ini bantu kecutkan jerawat selain hilangkan parut. Paling best masker ini juga bantu kulit jadi lebih licin dan bersih.
Geram kan bila kulit banyak parut dan jerawat suka naik. Dah sapu macam-macam tapi dia degil jugak nak berumah tangga atas muka.
Kulit jenis sensitif memang susah tul nak hilang parut jerawat. Tapi senang pula naik jerawat. Aduhhhh, stress naw cam nak cabut kuku. Jumpa orang terasa malu.
Macam biasa, Fyza gigih cari petua yang mudah tapi berkesan tak menyakitkan
Ads
Selongkar beberapa lama, akhirnya jumpa. Ini la dia petua yang buat jerawat kecut perut. Parut tenggelam hilang dari radar.
Takde parut pun boleh buat jugak untuk kulit lebih licin dan bersih.
Bahan-bahan mudah:
1 sudu serbuk kayu manis
1 sudu serbuk nutmeg (buah pala)
1 sudu jus lemon
1 sudu madu
Ads
Mix semua sampai jadi pes tebal. Sapu je kat muka selama 20 minit. Rasa mint berangin. Tenang dan damai je. Tak pedih tak menghakis. Selamat dan terbukti berkesan.
Cubalah, Fyza dah berkali-kali buat dan hasil dia kulit cerah dan licin.
Jangan lupa rajin amalkan suplemen dalaman supaya kulit yang berjerawat cepat kecut. Cerah dan putih secara natural. Fyza Memang makan Gorgeous Skin Booster.
Kalau ditanya rahsia mereka yang dah berusia tapi nampak awet muda, salah satu amalan mereka adalah makan ulam atau sayur.
Amalan mereka itu pula bukan sehari dua selalunya sejak zaman muda lagi.
Bagi anda yang mahu tampil awet muda 15 jenis ulam tempatan ini bolehlah diamalkan terutama bila usia dah memasuki 30 tahun.
Kaitan ulam/ sayur dengan nampak muda
Tapi sebelum itu serba sedikit khasiat sayur dan ulam-ulam ini dalam membantu memudakan wajah kenalah kita tahu. Jangan tahu makan saja!
Sebenarnya bukan saja ulam tapi apa saja sayur segar baik untuk kelancaran proses penghadaman dan pencernaan yang pada masa yang sama sangat berkait dengan kesihatan kulit wajah.
Kebanyakan sayur dan ulam ini kaya dengan vitamin C yang mana penting untuk penghasilan kolagen. Unsur kolagen inilah yang membuatkan lebih elastik dan kurang kedutan.
Kebanyakan sayur turut mengandungi karotenoid seperti beta karotin. Ia berfungsi melindungi kulit dari kesan sinar matahari dan radikal bebas yang menjadi punca penuaan kulit.
Ini senarai ulam untuk awet muda & kesihatan
Dah tahu kaitannya jom amalkan ulam-ulam ini yang khasiatnya bukan saja untuk awet muda tapi lebih daripada itu.
1. Pegaga
Ini ulam yang paling mudah sekali kalau nak amal. Ada saja di pasar atau di kedai makan. Selain buat ulam pegaga boleh dibuat jus atau dijadikan kerabu. Amalan minum air rebusan pegaga dikatakan boleh menaikkan seri wajah.
2. Ulam raja
Ulam raja hanya perlu dicuci bersih dan boleh terus dimakan mentah. Elok diamalkan oleh ibu dalam pantang. Antara khasiat ulam raja, bantu meremajakan kulit. Bolehlah diamalkan untuk awet muda.
3. Jantung pisang
Yang ni tak boleh makan mentah, ia perlu dicelur atau direbus terlebih dahulu. Jantung pisang ini tinggi serat dan mampu bantu elak sembelit.
4. Daun selom
Daun selom ini macam pegaga, banyak dihidangkan di kedai makan.Mengandungi pelbagai nutrien antaranya kalsium dan vitamin C.
5. Kacang botor/kelisa
Kacang botor boleh dimakan mentah atau dimasak. Tapi kalau nak lebih khasiat elok dijadikan ulam. Pilih yang muda dan segar untuk rasa yang lebih enak. Kaya dengan protein dan mineral.
6. Timun
Timun Jepun pun boleh. Ini antara ulam yang rangup. Boleh dimakan dengan apa jua menu. Dipercayai timun dapat mengatasi masalah sembelit dan gastrik.
7. Petai
Ini ulam kegemaran ramai.Biarpun bau petai kurang menyenangkan, tapi khasiatnya banyak. Kaya antioksidan dan serat.Boleh dimakan mentah, direbus atau dibakar tapi lagi sedap dimasak sambal.
8. Cekur
Ulam cekur ini sering juga digunakan oleh ibu yang sedang berpantang untuk kecutkan rahim dan membuang angin.
9. Bendi rebus
Selain untuk awet muda, khasiat bendi adalah menguatkan ingatan dan kecergasan memori. Ia juga sumber makanan yang baik untuk mereka yang mengalami masalah sembelit, merawat ulser, mengurangkan darah haid berlebihan, untuk meningkatkan kesuburan, melegakan bengkak dan radang.
10. Pucuk ubi
Khasiat lain pucuk ubi antaranya dapat mengurangkan sakit kepala manakala air rebusannya pula dapat meredakan masalah cirit-birit.
11. Kaduk
Ramai yang keliru dengan daun kaduk kerana bentuknya seperti daun sirih. Boleh dimakan mentah atau pun dicelur.Air rebusan daun kaduk pula dikatakan dapat melawas kencing, melegakan selsema, sakit pinggang dan sengal tulang.
12. Jering
Bau ulam jering ini lebih menusuk dari petai tapi mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan. Antaranya mengawal kadar gula dalam darah, bantu kurangkan masalah anemia dan reput tulang. Tapi jangan amalkan berlebihan.
13. Terung pipit
Rasanya sedikit pahit, jadi sedap jika dimakan bersama makanan pedas. Boleh direbus hingga lembut dan amalannya dikatakan dapat melegakan sakit perut dan mengurangkan rekahan tumit kaki.
14. Rebung
Walau pun selalu dibuat masak lemak tapi, rebung juga boleh dijadikan ulam. Rebus dan hiriskan. Khasiat rebung membantu turunkan kolesterol, menyihatkan sistem pencernaan dan bantu proses detoksifikasi badan.
15. Peria katak
Ulam ini tak ramai yang suka kerana pahit. Tapi pahit itulah ubat. Ia dipercayai dapat bantu rendahkan tekanan darah tinggi dan kawal paras gula darah pada pesakit diabetes.
Dah tau khasiat dan kelebihan ulam ini jadi apa tunggu lagi, terus amalkan. Tapi apapun nasihatnya bagi yang ada masalah kesihatan eloklah dapat nasihat daripada doktor dahulu dan amalkan secara sederhana.
Tidak dinafikan bahawa solekan ialah pelindung kepada kulit wajah yang ada cela misalnya masalah kulit atau jerawat. Namun bukan sekadar pelindung. Solekan juga boleh memberikan keyakinan kepada seseorang.
Bagi pengasas kosmetik, Joy Revfa, dia mengakui jarang keluar rumah tanpa solekan. Malah mungkin ramai yang tidak mengenali dirinya jika dia keluar rumah tanpa sebarang solekan.
Melalui instagram, Joy Revfa mengatakan terasa kosong sangat muka jika keluar rumah tanpa solekan. Sehingga ada yang menyangka dia masih lagi belajar kerana tanpa solekan wajahnya nampak seperti baru berusia awal 20-an.
Ada yang cam tak?
Muka ‘naked’ mcm ni pun depa ckp cantik berseri2..? ? terasa kosong sgt muka kalau cm ni nak keluar rumah tau.. ? agak2 kalau keluar muka cam ni ada yg cam sis joy tak?? .
Awak study dekat-dekat sini ke?
Teringat hari tu naik lif nk beli roti kat kedai runcit, muka naked mcm ni je. Then ada budak lelaki umur dlm 21 tahun maybe. Tanya sis, “awk study dekat2 sini ke?” Pastu sis jawab “tak study dah, mak budak dah akak ni dik” ? sempat borak2 ttg medic dgn budak lelaki tu dlm lif.. sbb dia ambik course medic. Sejak dari itu, sis terasa awet muda & remaja senantiasa bila x pakai makeup.. ? #kasilacan
Wanita ini pernah menderita kerana kulitnya teruk selepas menjadi mangsa memilih produk kosmetik dan penjagaan kulit yang salah. Dia ketika itu terpesona dengan janji-janji bakal memiliki kulit cantik selepas memakai produk yang begitu popular suatu ketika dulu. Tanpa disedari produk itu sebenarnya mempunyai merkuri.
Nina Nadia Sahim, 29, mengakui memang kulitnya cantik pada awal penggunaan. Namun apabila dia berhenti menggunakannya, kulitnya berubah menjadi teruk-seteruknya.
Apabila dia mengandung, dia risau merkuri dalam produk itu boleh mengancam bayi dalam kandungan. Bermulalah episod sedih dalam hidup apabila kulit mulai teruk.
Tidak mahu membiarkan kulit terus tidak cantik, Nina belajar membuat masker menggunakan bahan semula jadi. Antaranya pisang, nanas dan kayu manis.
Hasilnya, wow. Kulit yang dulunya teruk kembali cantik malah berseri-seri.
Nina kongsikan resipi membuat masker menggunakan pisang. Pisang mempunyai potasium yang boleh membantu kulit wajah menjadi lembap. Kulit wajah perlu lembap supaya tidak mudah nampak kesan garis halus.
Masker Pisang
Bahan-Bahan
1 biji pisang
2 sudu besar yogurt
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
sedikit serum
Cara membuat
1)Lumatkan pisang sehingga betul-betul lembut.
2)Masukkan yogurt dan serbuk kayu manis.
3)Masukkan serum dan kacau sehingga sebati.
4)Ratakan pada seluruh wajah.
5)Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air bersih.
6)Lap kering wajah anda menggunakan tuala bersih.
Nina turut memberikan beberapa tip untuk kesan lebih baik dengan penggunaan masker ini.
1)Pakai masker seminggu sekali sahaja.
2)Pakai pada waktu malam kerana ketika itu kulit wajah sedang dalam mood rehat.
3)Jangan tunggu sehingga terlalu kering baru nak bilas. Kalau terlalu kering, kulit wajah lebih cepat nampak tua. Biarkan hanya 10 minit sahaja, kemudian bilas.
4) Kalau kulit anda berjerawat, jangan letak banyak sangat serbuk kayu manis. Bimbang sakit pula di tempat jerawat tu. Letak sikit sahaja. Kurang dari 1/2 sudu kecil pun tak apa.
Masker pisang sangat bagus untuk orang yang kulitnya kering. Ini kerana kulit akan menjadi lembap dan lembut.
VK bertemu dengan Nina di majlis sidang media produk i Flawless di Petaling Jaya. Nina ialah pengasas bagi produk tersebut. Seram kan dengar kisah Nina. Boleh rosak kulit kalau kena guna produk yang ada merkuri ni.
Bukan setakat diri sendiri boleh kena kesan, kalau mengandung, baby dalam perut pun boleh kena kesan merkuri tu tau. Jadi, berhati-hatilah ya. Gunalah bahan semula jadi je. Lebih selamat. Selamat mencuba.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...