‘Sudah Tiba Masa Saya Ucap Selamat Tinggal Walaupun Sayang.’ Yuna Tetap Bangga Walau Terpaksa Tutup Butik

Share

 

 

Semalam melalui status di instagram Yuna, penyanyi Malaysia bertaraf antarabangsa mengumumkan terpaksa menutup butik pakaiannya November Culture.

Beroperasi selama empat tahun di Subang Jaya, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai menyatakan faktor kewangan menjadi punca utama dia menutup perniagaannya meski pun amat menyayanginya.

“Sudah tentu sangat sedih untuk mengumumkan saya terpaksa menutup November Culture. Saya amat menyayanginya sepenuh hati tapi sudah tiba masanya untuk saya mengucapkan selamat tinggal.

“Oleh sebab keadaan yang tak dijangka, Saya tak lagi mempunyai kewangan untuk meneruskan bisnes itu,”ujarnya.

Terang Yuna lagi dia perlu kreatif menukar strategi perniagaan mengikut apa yang boleh dijual ketika ini untuk menyelamatkan bisnesnya namun dia tidak mahu melakukannya.

Tetap bangga

Meskipun terpaksa mengumumkan berita sedih itu namun dia masih tetap berbangga dengan butik yang diusahakan itu.

“November Culture adalah butik yang bebas sepenuhnya, tidak ada pelabur, tidak penyokong, tidak ada yang memberitahu saya apa yang hendak dijual atau dilakukan untuk sesuatu barang itu laris.

“Hanya saya dan beberapa orang yang melakukan apa yang kami suka dan kami juga mendapat pengikut yang terbesar di seluruh dunia,”katanya lagi.

Dalam pada itu penyanyi yang baru mendirikan rumah tangga dan menetap di Amerika Syarikat itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantunya sepanjang operasi butik itu.

” Terima kasih semua atas sokongan anda, jurugambar, kakitangan, pelanggan. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk melakukan ini. Saya tidak berputus asa, saya baru memulakan babak baru dalam hidup saya,”ujar Yuna.

 

Sumber: yunamusic

 

 

 

IKLAN