Vanilla Kismis kini berada di dalam aplikasi   
Vanilla Kismis kini berada di dalam aplikasi   
Home Hobi & Minat Zakat Suburkan Rezeki Dua Usahawan Wanita Ini, Dulu Penerima Sekarang Jadi Pemberi

Zakat Suburkan Rezeki Dua Usahawan Wanita Ini, Dulu Penerima Sekarang Jadi Pemberi

 

 

 

Seringkali mereka yang bergelar usahawan gigih menghadiri kursus dan kelas untuk melonjakkan keuntungan. Pada mereka inilah asas untuk memajukan perniagaan tapi hakikatnya mereka terlupa bahawa dalam Islam sendiri sudah ada cara tersendiri untuk melakukannya.

Ia tak lain tak bukan adalah melalui pemberian zakat. Inilah petua sebenar untuk menyuburkan rezeki.  Malah perkara ini dibuktikan oleh dua wanita Che Salamiah binti Malik dan Norazimah Hasmi yang dulunya penerima zakat tapi kini menjadi pengeluar atau penyumbang zakat selepas perniagaan yang diusahakan semakin berkembang hasil bantuan Lembaga Zakat Selangor.

Perniagaan berkembang hasil bantuan zakat

Puan Che Salamiah binti Malik, seorang usahawan Zakat Selangor dalam bidang pemprosesan makanan yang menghasilkan pelbagai jenis rempeyek sebagai produk utama.

Beliau merupakan usahawan Zakat Selangor daripada daerah klang yang telah menerima bantuan Zakat Selangor iaitu bantuan Modal Pusingan sebanyak RM1,000.00 pada Mei 2014 dan RM2,000.00 pada Disember 2017.

Beliau juga telah menerima bantuan bagi Label Produk di bawah pembangunan produk berjumlah RM3,500.00 bagi meningkatkan pasaran produk beliau dengan lebih luas.

Manakala usahawan Norazimah Hazmi mendapat bantuan Zakat Selangor daripada di bawah projek usahawan lori bergerak. Selain itu, pada Julai 2016, beliau juga menerima bantuan modal pusingan sebanyak RM1,500.00 dan bantuan peralatan perniagaan sebanyak RM1,870.16.

IKLAN

Beliau menjalankan perniagaan beliau secara bergerak di tapak niaga seperti pasar malam, karnival, majlis-majlis, bangunan kerajaan dan sebagainya. Bergiat aktif niaga di merata tempat tanpa mengira lokasi dan waktu.

Beliau juga memberikan komitmen yang baik untuk menyertai program anjuran Zakat Selangor sebagai tanda sokongan kerana telah banyak membantu dalam perkembangan perniagaan beliau.

Selain itu:  Cara Guna Gear Yang Betul Untuk Kereta Auto, Ramai Yang Silap Bila Berhenti Di Traffic Light

Cara kira zakat perniagaan

Zakat Suburkan Rezeki Dua Usahawan Wanita Ini, Dulu Penerima Sekarang Jadi Pemberi

Bagi yang tertanya-tanya tentang cara pengiraan zakat kiraannya cukup mudah. Anda hanya perlu mengira hasil Aset Semasa ditolak dengan Belanja/Liabiliti Semasa, darab dengan 2.5%.

ASET SEMASA  bermaksud : Baki tunai dalam bank, baki tunai pada tangan, hutang yang dijangka akan diterima dan nilai stok niaga boleh jual.

IKLAN

LIABILITI SEMASA pula bermaksud: Hutang pembekal dan hutang-hutang lain seperti bil eletrik, air dan sewa pejabat.

Maka, jumlah aset semasa ditolak dengan libiliti semasa didarabkan pula dengan 2.5%. Maka dapatlah jumlah zakat yang kena ditunaikan.

Untuk lebih mudah kiraan zakat perniagaan boleh DI SINI  dan kalau nak tunaikan zakat perniagaan pula mudah saja, klik saja di sini https://fpx.zakatselangor.com.my/

Semoga dengan usaha mengira zakat ini dan menunaikannya, rezeki akan bertambah subur dan berkat . Perniagaan kita pun bertambah maju.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web berikut www.zakatselangor.com.my  dan  https://fpx.zakatselangor.com.my/.

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI