Bagi yang sedang berusaha untuk kurangkan berat badan tapi mahu makan sedap boleh amalkan sup kurus yang dikongsi oleh Khairuzetti Zaini

Mengamalkannya hampir 13 tahun, inilah rahsia beliau kekal langsing, dengan berat badan 45KG walaupun anak sudah 4 orang, pada usia bakal masuk 40 tahun.

Macam mana nak sediakan sup kurus ini? Jom ikut perkongsian Khairuzetti!

Amalan hampir 13 tahun, kekal 45KG

Sup sayur cendawan ni antara resepi SUP KURUS yang ZT amalkan hampir 13 tahun. Lama kan? Ni je rahsianya nak slim pada umur nak cecah 40-an tahun depan.

IKLAN

Rahsianya sup sayur cendawan yang dibuat 3-4 kali seminggu. Boleh mix dengan sayur sawi jepun. Jom slim macam zaman dulu-dulu( berat badan maintain 45kg, anak 4 & umur 39) Selamat memasak uols…

Cara sediakan sup kurus

Bahan A

  • 4-5 ulas bawang putih tumbok pecah ( khasiat: bakar lemak + buang kolesterol )
  • 2 biji cili api hijau tumbuk pecah ( khasiat: bakar lemak )
  • 2 batang serai diketuk ( khasiat: awet muda + membakar lemak + membantu sistem pencernaan + membuang angin dlm badan )
  • 1 sudu besar minyak jagung.
  • 13 Tahun Amal Sup Kurus Rahsia Ibu Anak 4 Maintain Berat 45KG, Walau Umur Masuk 40!

Bahan B

  • 100 gm isi ayam potong halus (rendam dengan tepung gandum selama 1/2 jam untuk hilang lendir ayam ), seterusnya rendam dgn air garam 10 minit then cuci bersih nak buang kesan ubat antibiotics dicucuk pada ayam).
  • 1.5L air tapis

Bahan C

  • Sawi
  • Cendawan tiram (khasiat: awet muda )
  • Gula Kelapa perang ORGANIC secukup rasa
  • Garam Bukit Himalaya (pink) secukup rasa

13 Tahun Amal Sup Kurus Rahsia Ibu Anak 4 Maintain Berat 45KG, Walau Umur Masuk 40!

Cara membuat

  1. Panaskan periuk dan tambah minyak masak.
  2. Tumis bahan A sehingga kekuningan.
  3. Masukkan isi ayam. Gaul sehingga separuh masak. Masukkan air, biarkan mendidih.

13 Tahun Amal Sup Kurus Rahsia Ibu Anak 4 Maintain Berat 45KG, Walau Umur Masuk 40!

IKLAN

4. Kemudian masukkan cendawan tiram. Masak sehingga cendawan lembut dan masukkan sawi. Terus tutup api. Sawi akan masak layu sendiri dgn haba masakan tadi.

Selain itu:  Tip Buat Nasi Goreng Kampung Yang Sedap, Kena Guna Api Besar & Ikut Langkah Ini

5. Bila sudah suam masukkan gula perang & garam bukit.

13 Tahun Amal Sup Kurus Rahsia Ibu Anak 4 Maintain Berat 45KG, Walau Umur Masuk 40!

IKLAN

13 Tahun Amal Sup Kurus Rahsia Ibu Anak 4 Maintain Berat 45KG, Walau Umur Masuk 40!

INFO

  •  Gula Kelapa Perang ( beli kat Jusco bahagian produk organic )
  • Sawi jepun Cameron highlands ada kat jusco juga. Harga RM1.50 sepaket.

AMALAN

  • Amalkan sup kurus ini 4 -5 kali seminggu. Buat selama 3 bulan,  Makan ini saja, insyaAllah selim melim laju.
  • Penting: Ada dua tip tambahan kat sini untuk dua individu berbeza. Pertama tak bole makan nasik sebab cepat naik berat jadi makan sup sayur ni saja, jangan tambah nasi.
  • Satu lagi yang jenis makan nasi boleh tapi tak boleh lepas pkul 6 ptg. So uols sesuaikan la ye resepi ni untuk diri sendiri. Boleh makan sup kurus ni SAHAJA selama 3 bulan atau mix sikit nasi putih guna beras less kanji kalau masih menyusu ada anak kecil tapi nak maintain selim melim.

Selamat mencuba!

Sumber:Khairuzetti Zaini Collections

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI