Minat sangat menanam sayur tapi tiada ruang untuk bercucuk tanam. Ini selalunya dilema mereka yang tinggal di apartmen, flat atau rumah yang tiada ruang untuk berkebun.
Tapi idea perkongsian Yuziyana Yusop membolehkan anda meneruskan minat bercucuk tanam ini.
Dia berkongsi cara menanam kangkung menggunakan mangkuk penapis yang dipraktikkannya.
Bukan saja kangkung tapi cara ini juga boleh digunakan untuk menanam kesum, bayam, salad, sawi, pegaga, selom, kailan oregano, pudina, bayam brazil dan banyak lagi.
Langkahnya boleh ikut cara ini ya:
1. Ambil benih kangkung dan rendam selama 24 jam. Boleh dibeli di kedai menjual benih atau baja.
2. Letak tapis atas baldi kecil
3. Tuang sabut kelapa hancur atau cocopeat dalam tapis.
4. Taburkan benih kangkung yang direndam sebelum ini.
5. Selepas itu tutupkan benih dengan selapis nipis cocopeat lembap.
6. Kemudian tutup benih selama dua hari.
7. Bila sudah bercambah seperti dalam gambar bolehlah letakkan air baja dan terus dedah kepada cahaya matahari.
8. Ini gambar hari kelima
9. Tempoh tuaian dari mula semai 21-25 hari
Selamat mencuba!
Sumber:Yuziyana Yusop
Cara Berkesan Keluarkan Bubuk Yang Beranak Pinak Dalam Beras Lama Tak Digunakan & Petua Asingkan Beras Rosak
Bagi yang jarang memasak nasi di rumah memang selalu akan berdepan masalah beras dimasuki bubuk. Boleh jadi juga kerana kita tak menggunakan beras dalam tempoh lama kerana tidak duduk di kediaman.
Apa pun sebabnya, bila melihat bubuk atau ulat hitam yang banyak dalam beras memang terasa sayang. Maklumlah beras makanan asasi kita, dah tentu tak sampai hati nak buang.
Bagi yang ada masalah ini mungkin boleh lakukan cara yang dikongsi oleh Nurhasanah Harun.
Ujarnya 6 bulan tinggalkan rumah, beras yang di dapur dipenuhi dengan bubuk. Memandangkan masih banyak dan elok lagi ini cara yang dikongsi untuk mengeluarkan bubuk hitam dari beras serta mengasingkan beras yang rosak dengan yang elok.
Panaskan beras dalam oven untuk matikan bubuk
1.Panaskan oven sekejap, masuk beras dalam tray dan masukkan dalam oven lebih kurang 10 minit biar betul-betul panas semua beras. Bubuk dan ulat yang ada dalam beras akan mati. Kalau tiada oven boleh juga goreng tanpa minyak dalam kuali.
2. Keluarkan beras dari oven biar sejuk dan ayak untuk asingkan bubuk.
Tip asingkan beras rosak dimakan ulat
Macam mana nak tahu beras masih elok? Cuba basuh beras kalau tiada beras yang timbul maknanya beras elok. Kalau ada banyak beras timbul maknanya ia ringan, cuba patahkan kerana di dalamnya ada ulat bubuk. Buang beras yang timbul ini kerana ia dah rosak.
Lagi petua elak bubuk
Dalam pada itu juga netizen turut berkongsi cara lain untuk mengelakkan dan mengeluarkan bubuk dari beras.
- Letak beberapa tangkai cili kering, di dasar, pertengahan dan atas permukaan beras. Setiap kali masuk beras baru tukar cili kering.
- Boleh juga letak rempah 4 sekawan iaitu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
- Satu lagi petua letakkan satu labu bawang putih dalam bekas beras. Jangan kupas cuma pisah-pisahkan ulas masuk untuk diletak dalam bekas beras.
- Boleh juga letak salah satu daun berikut iaitu daun limau purut atau daun pandan dalam bekas beras. Atau boleh juga letak asam keping.
Cara paling berkesan, simpan beras dalam peti sejuk
Cara lain adalah jika akan tinggalkan rumah dalam jangka masa lama bungkus beras atau letak dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Cara ini memang berkesan, beras takkan dimasuki bubuk.
Cara Mudah Hilangkan Habuk Kulat Pada Rak & Almari Kayu. Letak Satu Bahan Ini Saja
Selalu terjadi rak atau almari kayu yang ada di rumah ditumbuhi dengan kulat yang nampak seperti berhabuk.
Kalau musim hujan lagi banyak kulat ini naik di rak buku, almari baju dan sebagainya. Biasanya pada rak yang murah kita beli untuk kegunaan di rumah.
Walau pun kita dah lap ia akan tumbuh lagi. Jadi macam mana nak hilangkannya terus. Caranya boleh ikut tip yang dikongsi oleh Bijen Mohd ini.
Letak bahan ini untuk elak kulat habuk naik pada rak dan almari
Kulat mudah membiak di permukaan perabot murah sebab sifatnya yang mudah menyerap lembapan kerana diperbuat daripada habuk kayu.
Jadi misi kita adalah memikirkan supaya udara di dalam ini sentiasa berada dalam keadaan kering.
Oleh itu, kita gunakan gel silika yang selalu terdapat di dalam kotak pembungkusan barang dan beg. Konsep macam Thirsty Hippo-lah lebih kurang. Tapi nak kumpul gel ni banyak-banyak makan tahunlah jawabnya.
Cara mudah adalah beli gel timbang kilo di Shopee atau alternatifnya beli kristal kucing di kedai haiwan peliharaan. (Boleh klik SINI untuk beli di Shopee beli gel silika atau SINI untuk kristal kucing)
Kemudian bungkus masuk dalam bekas dan jangan lupa tebuk lubang agar ia dapat berfungsi dengan baik.
Oh ya, kristal ni boleh dikitar semula kalau nak. Setahun atau dua tahun sekali, korang boleh jemur balik di bawah terik mentari atau salainya atas kuali kat dapur.
Kalau korang beli gel silika yang boleh berubah warna bila kandungan air tinggi, lagi mudah nak nampak.
Bungkus banyak-banyak dan gunalah di tempat yang sepatutnya seperti di dalam rak, perabot, storage box, luggage bag dan sebagainya.
Gel silika ni menyerap lembapan di dalam udara. Bukan menyedut air. Sat lagi korang salah faham pula.
Inilah hasilnya selepas menggunakan gel silika, lepas dua tahun. Masih berkilat macam saya tinggalkan dulu. Habuk-habuk sawang tu adalah sikit. Tapi kehadiran kulat tu langsung tak ada.
Semoga bermanfaat
Sumber: Bijen Mohd
Buat Sendiri Nasi Kandar, Lengkap Dengan Kari Kicap & Ayam Goreng
Selama ni tak terfikir pulak nak buat sendiri sebab kebanyakan kita suka makan nasi kandar di restoran mamak. Sekali sekala cuba masak sendiri terutama hujung minggu Resipinya boleh ikut perkongsian Nur Hidayah.
Cara Buat Nasi Kandaq
Bahan-bahan:
- Beras
- Daun Pandan
- Serbuk Kunyit
- Rempah 3 sekawan
- Pewarna kuning
- Mentega
Cara membuat:
- Basuh beras dan ketepikan.
- Tumis daun pandan, 3sekawan dan serbuk kunyit menggunakan butter. Masukkan garam dan sedikit gula.
- Jika ada pewarna kuning, boleh letak sedikit untuk naikkan warna.
- Kemudian masukkan beras. Masak sebentar di atas dapur.
- Kemudian pindahkan ke dalam rice cooker. Masak macam biasa.
Cara Buat Ayam Goreng
- Tepung serbaguna Pak Lah/Bestari
- Sedikit tepung beras
- Serbuk Cili Kering
- Serbuk Kari Daging
- Sedikit Garam
Adun dengan air bahan bancuhan di atas sampai kelikatan yang kita nak, dan boleh salut ayam menyeluruh, then goreng ayam smpai masak.
Kuah Kari Kicap
- Bawang Besar hiris
- Bawang Putih hiris
- Rempah 3 sekawan
- Ketumbar /Jintan Manis (tumbuk sikit)
- Sos cili – 3 sudu
- Tumis semua sampai garing dan naik bau. Kemudian bubuh serbuk cili kering, serbuk kari daging.
- Kemudian masukkan kentang, tomato, terung dan air. Biarkan sampai mengelegak.
- Kemudian masukkan kicap manis (sampai jadi warna kehitaman yang kita nak).
- Masukkan juga, gula, garam, sos cili. Sesuaikan rasa sampai dapat rasa manis-manis kicap dan pedas kari tu. Dan pada pendapat saya, kuah untuk Nasi Kandaq kelikatannya janganlah terlalu pekat atau terlalu cair.
Lauk lain
- Bendi – dicelur sehingga separa layu
- Telur Masin – direbus sempurna
Siap dah Nasi Kandaq
Selamat mencuba!
Sumber : Nur Hidayah