Masyarakat Malaysia memang suka makan makanan pedas malah kepedasan inilah yang dianggap menyempurnakan selera. Tapi tahukah kita sebenarnya amalan makan makanan pedas ini boleh menjejaskan kesihatan malah lebih buruk boleh menyebabkan seseorang itu berdepan penyakit serius iaitu kanser.
Inilah situasi yang dialami oleh gadis yang menggunakan nama Jia Shamsuri. Perkongsiannya mendapat perhatian warga Twitter apabila Jia menceritakan pengalamannya yang berdepan risiko kanser sekiranya terus makan makanan pedas.
Selepas 10 tahun mengamalkan pemakanan pedas Jia kini sedang menderita tahap pertama Barret’s Esophagus.
10 tahun baru rasa azabnya
Sakit perut, susah sendawa dan kentut, sukar bernafas
Hampir setiap hari muntah, sakit perut, tengkuk
Ads
Diberi ubat tidur sebelum jalani prosedur
Esophagus merah berpunca kesan asid reflux berpanjangan
Kalau biasa kita gunakan nenas untuk dimasukkan dalam masakan, selepas baca perkongsian DrRizal Abu Bakar ini rasanya lebih elok kita memakannya secara segar dan jadikan ia amalan setiap hari.
Rupanya ada banyak sangat manfaat buah nenas yang masam manis rasanya ini. Kebaikannya adalah hampir untuk keseluruhan tubuh badan kita.
Berikut adalah perkongsian beliau tentang kebaikan buah nenas yang boleh membuka mata kita semua.
Persediaan untuk makan malam – Nenas. Balik rumah tengok Cik Puan isteri sudah beli nenas. Macam tahu tahu sahaja.
Nenas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.
Nenas sarat dengan vitamin C. Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre.
Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis.
Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nenas.
Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.
Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.
Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nenas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik.
Saya suka ambil terus. Sekali dengan empulurnya. Banyak mineral dan nutrisi di situ.
#DrOtak
#Neuroparenting
#cocoOCOC
Kalau makan nenas makan sekali bahagian empulurnya, kerana di situlah letaknya khasiat bromelain.
Enzin ini sangat kaya dengan kompnen anti-radang (anti inflammatory). Ia sangat baik untuk rawatan semula jadi beberapa jenis penyakit antaranya batuk.
Jus nenas terutama bahagian empulur mempunyai kesan 5 kali lebih baik merawat batuk berbanding ubat batuk.
Kepentingan air untuk tubuh badan memang tidak dinafikan. Atas sebab itu juga ketika ini ditawarkan pelbagai jenis air di pasaran termasuklah yang kononnya untuk meningkatkan kesihatan sekaligus mencantikkan kulit.
Biasa kita dengar ketika ini adalah air alkali dan detoks, malah ada yang obses dengan air jenis ini. Ramai yang terpengaruh untuk membeli dan meminumnya walau tanpa saranan doktor atau pakar perubatan.
Tapi doktor viral, Dr. Amalina Che Bakri baru-baru ini memuat naik status di laman sosialnya yang menegaskan pendiriannya berkenaan air yang kononnya untuk kesihatan ini.
Memetik statusnya di akaun twitter, Dr. Amalina menjelaskan tak perlu untuk minum air detoks, alkali dan sebagainya. Malah beliau sendiri hanya mengamalkan minum air masak sahaja.
“Tidak usahlah nak minum air alkali, air detoks atau air itu ini.
“Berapa banyak air yang kalian nak cipta ini, saya hanya minum air masak sahaja.
“Sedangkan di UK, saya makan buah-buahan serta sayur-sayuran dengan banyak selain pergi ke gim tiga hingga keempat kali dalam seminggu,” tulisnya.
Menurut Dr. Amalina yang kini menjalani latihan pembedahan di The Royal College of Surgeons di England rutin itu saja membuatkan beliau dapat mengekalkan tenaga dan menjalankan tanggungjawab sebagai doktor dengan baik. Tidak perlu minum air lain.
“Kadang-kadang, saya juga berlari sekeliling taman atau tepi sungai.
“Ternyata, saya masih boleh kekal aktif dan sihat. Jangan obses ambil jalan mudah,” jelasnya lagi.
Justeru, kalau kita semua nak sihat dan cergas macam Dr. Amalina ni, bolehlah ikut saranan beliau. Amalkan kecergasan fizikal, bersenam, makan makanan sihat dan minum air masak secukupnya.
Setiap wanita inginkan tubuh badan yang menarik dan langsing, tapi masalahnya kebanyakan kita malas nak bersenam.
Namun ramai wanita tak tahu sebenarnya ada satu jenis senaman mudah yang boleh lakukan untuk miliki tubuh badan ideal seperti ini.
Senaman tersebut adalah senaman Squat ataupun mencangkung. Senaman mudah ini mampu beri 8 kebaikan terutamanya untuk wanita!
Otot regangan yang anda lakukan sewaktu senaman squats mampu mengepam darah di seluruh tubuh badan. Dalam masa yang sama, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada selulit!
Squats bukan sahaja memperbaiki postur anda, malah bantu untuk duduk, berdiri dan berjalan tinggi dan lurus, sama seperti seorang ratu cantik.
Selain membina otot anda, ia juga mampu membakar lebih banyak dan lebih banyak kalori, jadi squats membuat kerja luar biasa untuk kesihatan dan menurunkan berat badan.
Squats boleh memejalkan punggung anda dalam masa yang singkat, tanpa sebarang pembedahan. Jadi , jika anda inginkan pinggul yang mantap, lakukan senaman mencangkung!
Senaman squat menggalakkan pembinaan otot seluruh tubuh. Selain itu senaman squats juga mampu meningkatkan kekuatan badan anda.
Squat menguatkan otot lutut anda dan membolehkan lebih banyak oksigen dan darah mengalir di sekitar sendi, oleh itu membantu untuk menjaga mereka dan menguatkan lutut.
Squats membantu menyingkirkan bahan buangan dalam badan. Senaman mencangkung mampu memperbaiki aliran cecair dalam tubuh dan memudahkan sisa melalui usus.
Anda tak perlu gimnasium atau kelengkapan. Senaman ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Anda boleh melakukan squats di rumah atau anda boleh lakukan kerja sambil mencangkung.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...