Tandas dan bilik air kita gunakan setiap hari. Kalau dibiar seminggu, dua minggu atau berbulan tidak dibersihkan, anda akan ‘azab’ nak mencucinya nanti. Mungkin perlu sejam untuk menyentalnya.

Supaya jimat masa dan tenaga kita boleh guna tip yang dikongsi oleh Fizan Rahman bagi membersihkan bilik air di rumah.

Tip mudah bersihkan bilik mandi dan tandas

Setiap tip yang diberikan sangat berguna untuk  jimatkan masa kita membersihkan ruang yang sangat penting dalam rumah.

Tip1: 5 minit setiap hari

3 Langkah Mudah Bersih Bilik Air,  Tak Perlu Sental Sekejap Dah Setel

Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah. Boleh melakukannya sebelum mandi. Apa yang perlu kita buat adalah letakkan sedikit cecair pencuci ke atas span atau berus dan gosok dinding, sinki serta lantai bilik mandi. Tuangkan sedikit pencuci ke dalam mangkuk tandas, gunakan berus untuk membersihkan.

Tip 2: Tuang peluntur dan biarkan selama sejam

Untuk membersihkan jubin tandas yang berlumut, kita cuma perlukan bahan peluntur. Tuang bahan peluntur yang telah dicampur dengan sedikit air ke atas lantai, dan biarkan selama 15-30 minit. Kemudian boleh mop atau berus dan bersihkan dengan air.

Tip 3: Seminggu sekali bersihkan dinding dan lantai

3 Langkah Mudah Bersih Bilik Air,  Tak Perlu Sental Sekejap Dah Setel

3) Luangkan masa seminggu sekali atau dua minggu sekali untuk menggosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas. Gosok juga dinding dan lantai tandas dan bilik air menggunakan berus

Mudah saja kan? Bila amalkan tip ini, barulah tandas dan bilik mandi sentiasa bersih. Kita pun tak perlu ambil masa lama nak basuh tandas dan bilik mandi. Senang je rupa-rupanya.

Sumber: Fizan Rahman

Selain itu:  Gaya Hijab Ramadan Fazura, Ringkas Tapi Manis Sangat. 'Moga Istiqamah' Doa Dari Netizen
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI