Biasanya kalau tanam serai tak kira di kawasan khas atau dalam pasu, kita akan ambil dua tiga batang serai kemudian terus tanam.
Cara sebegini agak merugikan kerana keseluruhan serai ditanam dan tak boleh digunakan untuk memasak.
Ha…sebenarnya ada cara lain yang boleh dilakukan untuk menanam serai. 3 langkah saja, dari sebatang serai boleh dibuat masak dan juga untuk ditanam. Berbaloikan!
Ads
1. Ambil serai dan potong bahagian bawah (gambar) kemudian rendam dalam sedikit air. Bahagian atas bolehlah digunakan untuk memasak.
2. Bahagian bawah yang dipotong dan direndam itu akan tumbuh akar baru (seperti dalam gambar) dalam masa dua atau tiga hari.
Ads
3. Bila pucuk tumbuh bolehlah terus ditanam dalam pasu atau di halaman rumah. Dalam pada itu mengikut panduan, serai yang baru ditanam perlu disiram sehari sekali, selama tujuh hari selepas ditanam.
Plak berwarna kuning yang terbentuk pada celah-celah gigi memang akan menyebabkan gigi nampak kotor dan tidak terjaga.
Walaupun sudah mengikut rutin memberus gigi dua atau tiga kali sehari ia tetap sukar dihilangkan.
Biasanya untuk mengatasi masalah ini kita akan membuat rawatan ke klinik gigi kerana jika dibiarkan plak ini boleh menyebabkan kerosakan gigi malah nafas juga berbau.
Namun begitu selain rawatan gigi sebenarnya ada beberapa cara semula jadi yang boleh kita praktikkan juga untuk menghapuskan plak gigi. Menariknya, bahan-bahan tersebut ada di dapur kita saja.
Jadi sebelum jumpa doktor gigi boleh cuba dulu cara ini ya!
Buah jenis sitrus berguna untuk menghapuskan plak kerana kandungan asid yang dimiliki.
Cuma ambil kulit oren yang dikupas dan gosok terus kepada gigi selama 2 atau 3 minit. Kemudian berkumur dengan air suam selepas itu. Lakukan beberapa kali seminggu.
Selain kulit oren, jus lemon juga boleh digunakan. Asid dalam lemon bukan saja menghapuskan plak tapi juga membantu memutihkan gigi.
Caranya celup berus gigi dalam jus lemon dan gosok gigi dengan rata. Biarkan seketika sebelum membilasnya. Cuma perlu diingat jus lemon cukup kuat dan boleh menyebabkan hakisan gigi.
Barang dapur lain yang boleh digunakan untuk menghapuskan plak gigi adalah minyak kelapa. Minyak ini menyerap kotoran dalam mulut dan mempunyai kesan antibakteria untuk menentang mikro organisma yang membuat di bahagian ini.
Ratakan 1-2 sudu besar minyak kelapa ini dalam mulut dan biar selama 10-15. Kemudian keluarkan dan berkumurlah dengan air suam.
Buah tomato dan strawberi kaya dengan vitamin C. Jika tak suka dengan buah sitrus anda boleh menggunakan dua jenis buah ini sebagai alternatif.
Potong kecil dan gosok kepada gigi. Biarkan selama 5 minit sebelum berkumur untuk membersihkannya.
Rempah ini sudah sekian lama digunakan untuk meredakan sakit gigi. Ia juga membantu membasmi kuman di dalam mulut. Caranya kisar bunga cengkih dan campurkan dengan sedikit minyak zaitun. Letakkan campuran ini pada bahagian gigi yang mempunyai plak.
Semua cara ini beresan sekiranya masalah plak pada gigi bukan di peringkat teruk.
Sekiranya anda mempunyai masalah gigi sensitif sebaiknya dapatkan rawatan doktor.
Tengah duduk berehat tiba-tiba ada kenalan atau saudara kata nak datang singgah.Lebih kurang sejam sampai.
Apa nak hidang dalam masa sejam. Ha boleh buat mee kari perkongsian Khairul Abdullah ini. Katanya dalam masa sejam boleh siap dan yang pasti sedap dimakan.
Bahan-bahan
1 paket mee kuning – boleh ganti dengan spaghetti.
400 gram kerang siap kupas (frozen pun boleh)
1 ketul isi ayam
8 ekor udang saiz sederhana
1 ikat kacang panjang
1 genggam taugeh (jika suka)
1 ikat sawi
1 pek fishball
1 pek fishcake
1 pek tofu goreng
1 ketul kiub pati ayam
2 ranting daun kari – lebih pun boleh
1 pek kecil serbuk kari daging Cap O
1 pek kecil serbuk kari ikan Cap O
1 kotak santan
1 sudu kecil pes asam jawa.
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Cara membuat:
1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia. Panaskan minyak dalam 5 sudu dalam periuk besar dan tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari sampai naik bau.
2. Campurkan rempah kari ikan dan daging dalam bekas tambah air dan jadikan pes pastu masukkan dalam periuk tumis tadi. Tumis sampai bau sedap dan pecah minyak. Kemudian masukkan sedikit air, kacau sebati dan masukkan asam jawa. Kacau sebati biar didih.
3. Dah mendidih masukkan fishball, fishcake, tofu goreng, udang, ayam dan kerang dan kau kacau sebati. Kemudian masukkan santan dan biar didih.
4. Bila mendidih masukkan kiub pati ayam dan 1 sudu kecil garam. Kacau dan tambah air ikut banyak mana kuah yang dikehendaki. Kemudian boleh rasa dan adjust masin masam kuah. Siap kuah
6. Celurlah mee, sawi dan taugeh dan masukkan dalam mangkuk. Ceduklah kuah dan letak potongan limau, telur rebus, cili merah potong atau paling best kalau ada sambal tumis.
Kesan air atau watermark pada cermin atau badan kereta memang sukar dihilang. Walau dah cuci kereta, ia tetap ada.
Punca watermark pada kereta ini salah satunya kerana cuaca tak menentu. Sekejap panas, tiba-tiba boleh hujan. Tak sampai sejam, panas semula.
Keadaan sebeginilah yang menjadi salah satu faktor utama terbentuknya watermark pada kereta.
Bila kereta terkena titisan air hujan, kemudian bila hujan berhenti dan cuaca kembali panas, titisan air tersebut akan kering dan seterusnya meninggalkan kesan ‘watermark’ pada kereta.
Dalam pada itu jangan ingat jika kereta anda baru polish, wax, dan coating maka terhindar dari watermark ya. Ni salah anggap yang biasa terjadi!
Kereta yang diselaputi coating dan PPF sekalipun akan tetap terjadi watermark jika tidak ditangani dengan betul.
Jadi pastikan jika kereta anda terdedah dengan hujan dan panas, lapkan sehingga kering menggunakan kain yang sesuai.
Jangan sekadar lap hinggalah air, pastikan air pada cermin dan badan kereta hilang atau mengering. Jangan biarkan ia mengering dengan sendiri.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...