Nak kurus tapi bila malam, makan tak ingat. Ini kegagalan besar kita yang nak berdiet. Sebabnya bila dah pulang kebanyakan wanita akan masak untuk suami dan anak.
Waktu ini perut pun mula rasa lapar kerana banyak tenaga yang dah habis selepas seharian bekerja. Sudahnya kita akan gagal kawal nafsu lalu makan bersama mereka, maka hancurlah diet kita hari itu.
Bagi anda yang berdepan dengan masalah ini maka disarankan mengamalkan minuman yang dikongsi oleh Nurul Moleek Cereprove.
Boleh kenyang sampai waktu tidur
Menurutnya petua kurus berupa minuman campuran epal hijau, kurma, serbuk kayu manis dan susu ini dikongsi kerana terbukti berkesan selepas diamalkan.
Dia mengamalkan minum minuman ini jam 7 malam dan inilah yang membantunya berasa kenyang sehinggalah waktu tidur.
Bila perut berasa kenyang ia sekali gus mengelakkan kita terjebak dari makan sewaktu menyediakan hidangan untuk keluarga.
Kata Nurul lagi ia sesuai diamalkan untuk ibu baru bersalin yang menyusukan anak kerana tidak menjejaskan penghasilan susu. Malah ia juga membantu wanita yang mengalami masalah sembelit.
Ads
Bagi yang mahu mencuba berikut adalah cara menyediakan minuman diet ini yang dikongsi:
Bahan yang diperlukan
1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sudu teh serbuk kayu manis Ceylon
1 gelas susu (boleh pilih susu rendah lemak)
Ads
Cara membuat
Potong kecil buah kurma dan epal. Tak perlu buang kulit kerana bahagian itu mengandungi flavanoid yang baik untuk jantung dan elakkan strok.
Masukkan susu, buah yang dipotong dan serbuk kayu manis Ceylon tadi dalam alat pengisar. Lebih enak jika dicampurkan dengan ais.
Kisar sampai halus semua bahan dan tuang dalam gelas.
Boleh terus diminum kerana kuantiti bahan ini adalah untuk satu hidangan.
Khasiat kayu manis Ceylon
– Mengawal paras glukosa & dan mengawal penyimpanan lemak
Ads
– Kandungan karbohidrat & kombinasi serat tinggi mampu beri rasa kenyang lebih lama
Kalau makan restoren mamak, ayam goreng 65 ini memang ada. Warna kemerah-merahan dan ranggup, memang sedap makan dengan nasi dan kari.
Ramai juga cuba buat di rumah tapi tak menjadi. Kalau macam tu kali ini buat ikut cara yang dikongsi oleh Sheena Supramaniam. Menariknya cara ini tak menggunakan pewarna macam yang selalu digunakan di restoren.
Cara buat ayam goreng 65/ chicken 65
CHICKEN 65 (tanpa pewarna). Biasanya di kedai warnanya macam merah-merah sebab ada food colouring. Kalau nak letak colour boleh juga. No problem…
1. Bersihkan ayam, kalau boleh potong kecil lagi. Anggaran ayam dalam 600-800g.
2. Gaulkan sekali dengan ayam ramuan ini;
2 sb (sudu besar) pes bawang putih dan halia kisar
1 sb serbuk jintan manis
1 setengah sb serbuk ketumbar
1 serbuk kunyit
2sb serbuk cili
2sb serbuk cili kashmiri (optional)
3. Masukkan garam dan 2sb tairu/yogurt
4. Masukkan 1 sb serbuk lada putih
5. Gaul sebati.
6. Tutup ayam dengan aliminium foil atau masukkan dalm bekas kedap udara. Simpan dalm peti sejuk. Perap minimum 1 jam, maksimum semalaman. Saya perap 4 jam.
7. Selepas perap masukkan 2 sb tepung jagung dan 1 sb tepung beras dan juga daun kari. Gaul.
8. Panaskan minyak yang banyak. Guna api perlahan biar minyak betul-betul panas. Lebih kurang 5 minit, apabila minyak betul-betul panas masukkan ayam dan naikkan api medium.
9. Lepas masukkan ayam. Jangan kacau untuk 2 minit. Lepas tu pusing sebelah lagi dan biar 2 minit. Ulang langkah ini untuk seminit atau 2 minit. Total masa utk masak ayam ini dalam 5 hingga 7 minit saja.
10. Perah sedikit jus limau nipis sebelum makan. Makan panas-panas sedap.
Selain sambal, gulai dan rendang, lauk ayam masak kurma juga disukai ramai. Lagi sedap jika kuah kurma ini pekat.
Nak hasilkan ayam kurma yang sedap dengan kuah pekat melekat ini juga ada caranya. Ada bahan yang perlu dimasukkan selain dari rempah dan bahan tumisan biasa.
Rahsianya dikongsi oleh Umie Watie. Menurut beliau cara ini adalah resipi dari ayahnya yang enak juga dicicah dengan roti dan lempeng selain dimakan dengan nasi.
Katanya pastikan ada tiga bahan berikut untuk dapatkan kuah kurma ayam yang pekat iaitu daun bawang, daun ketumbar dan kacang badan yang dikisar lumat.
Bahan rahsia ayam masak kurma kuah pekat likat
Cara membuatnya boleh ikut step by step yang dikongsi oleh Umie Watie.
Bahan-bahan tumisan. Kisarkan bawang merah, bawang putih Dan halia. 4 sekawan jangan dilupakan. Dan paling penting serbuk Kurma.
2. Tumiskan dalam kuali semua bahan tadi.
3. Bila bahan tumis dah wangi dan garing. Masukkan serbuk kurma pilihan hati. Saya guna 1 ½ peket kecil serbuk kurma.
4. Haaaa ini bahan rahsianya. Kisarkan daun bawang, daun ketumbar dan kacang badam. Barulah kurma kita wangi dan pekat melekat dan mantap.
5. Bila bahan tumisan dah naik minyak bubuh bahan rahsia tadi.
6. Gaulkan rata, biar bahan tadi pecah minyak sekali lagi. Masukkan ayam ½ ekor.
7. Kacau rata. Biarkan sekejap untuk kering air ayam tadi kemudian barulah masukkan air. Saya bubuh 2 cawan air lebih kurang.
8. Masukkan pes asam jawa. Kita nak kuah kita masam masam manja saja.
9. Masukkan kentang dan juga lobak merah.
10. Bila ayam, kentang dan lobak dah empuk masukkan santan. Saya bubuh ¼ cawan saja.
11. Masukkan cili hijau, bawang potong dan tomato.
12. Perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing ya.
Kipas elok je berpusing, berangin tapi tetap tak boleh tidur. Sebabnya kipas berbunyi, hingga mengganggu mood untuk tidur.
Kalau kipas elok lagi cuma ada masalah bunyi, takkan nak beli baru kan. Eloklah kita setel atau DIY je untuk selesaikan masalah ni.
Bagi korang yang ada masalah kipas berbunyi bising di rumah boleh guna panduan yang dikongsi oleh saudara Zuhdi dalam akaun TikTok beliau.
Cara selesaikan masalah kipas yang berbunyi bising
1. Sediakan gris tak kisah apa jenama.
2. Gunakan tangga dan perhati bahagian cover kipas, buka dan akan nampak bearing di dalamnya. Bersihkan dulu daripada habuk.
3. Kemudian buka skru bahagian bilah kipas.
4. Alihkan bilah kipas dan penutupnya sekali.
5. Bila dah buka penutup bilah, akan nampak satu lagi bearing. Kipas ini ada dua bearing.
6. Sapukan dan masukkan gris dalam kedua bearing ini. Pastikan sapu greese dalam keadaan unit kipas tertutup ya ( saya buat dalam keadaan kipas berpusing sebab nak cepat tunjukkan result).
7. Bila dah sapu greese boleh buka kipas dan gris akan meliputi semua bahagian bearing. Bila dah sapu greese, semua bunyi akan hilang.
6. Kemudian bolehlah pasang semula bila dan penutupnya mengikut aturan. Selesai masalah.
Boleh juga tonton video penuh DIY saudara Zuhdi seperti di bawah;
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...