Tembakau berasal daripada daun genus Nicotiana, tumbuhan yang berasal dari Amerika Utara dan Selatan dan ia juga digunakan sebagai ‘ubat’ oleh pawang-pawang di kawasan tersebut untuk mengubati penyakit tertentu.

Hari ini, tembakau digunakan dalam pelbagai bentuk dan yang paling terkenal adalah bahan utama dalam pembuatan rokok yang ditambah dengan pelbagai lagi bahan selain kandungan nikotin yang ada dalam tembakau itu sendiri.

Asap tembakau terdiri daripada 6000 bahan kimia dengan 100 daripadanya merupakan bahan kimia penyebab kanser inilah disebut sebagai karsinogen.

Komponen utama asap rokok

Kebanyakan orang tahu tiga komponen utama asap rokok iaitu TAR, nikotin dan karbon monoksida, tetapi sering keliru mengenai antara nikotin dan tar mengenai kesannya kepada kesihatan.

Sebagai contoh, ada yang menganggap TAR yang ada atau sering disebutkan bila bercerita mengenai rokok adalah benda yang sama dengan tar yang digunakan untuk menurap jalan walhal ianya tidak sama!

3 Petua Mengurangkan Kesan Bahaya Tar Rokok

TAR yang selalu ditulis pada kotak rokok itu adalah pengiraan untuk mengukur kandungan zarah dalam asap setelah rokok dibakar dan ia boleh merosakkan bahagian dalam mulut, dengan mengotorkan gigi, melemahkan gusi dan menghilangkan deria rasa.

Petua kurangkan kesan bahaya TAR rokok

Jalan yang paling baik untuk mengurangkan kesan bahaya TAR rokok terhadap mereka yang merokok sudah tentu dengan berhenti merokok. Namun, bagi sesetengah orang mungkin tidak mahu melakukan ini atau mungkin merasakan bahawa mereka tidak dapat berhenti merokok sepenuhnya.

Terdapat banyak kajian-kajian yang dijalankan di luar negara bagi membantu golongan ini sebenarnya, salah satunya adalah dengan mengamalkan konsep atau prinsip pencegahan dengan mengamalkan apa yang dipanggil sebagai ‘Pengurangan Kemudaratan Tembakau’.

Selain itu:  Tak Dapat Makan & Bercakap Selama Setahun Sebab Kanser Lidah. Gadis Ini Kongsi Derita Arwah Ayah Akibat Rokok

3 Petua Mengurangkan Kesan Bahaya Tar Rokok

Salah satu langkah yang boleh diambil adalah mengurangkan pengambilan rokok. Dengan cara ini, kadar TAR yang memasuki tubuh badan berkurangan dan dari semasa ke semasa akan mengurangkan ketagihan untuk merokok dan tidak mustahil menyebabkan seseorang terus berhenti merokok.

Menurut hasil kajian baru, perokok yang makan buah-buahan dan sayur-sayuran secara purata 4 atau lebih kali sehari adalah 3 kali lebih berkemungkinan bebas tembakau 14 bulan kemudian, berbanding mereka yang makan buah-buahan dan sayur-sayuran kurang daripada 2 kali setiap hari.

Kedua, boleh cuba cari alternatif atau rokok yang mempunyai kandungan TAR yang lebih rendah, atau gunakan produk yang tidak melibatkan pembakaran yang merupakan ‘punca’ terhasilnya TAR itu sendiri akibat dari tindak balas yang berlaku antara bahan kimia dalam rokok dan juga asap daripada rokok itu sendiri.

Kementerian Kesihatan juga ada menyarankan terapi gantian nikotin atau dikenali juga sebagai Nicotine Replacement Therapy (NRT).

NRT bertindak untuk membekalkan nikotin sahaja tanpa bahan-bahan kimia lain yang biasa terdapat dalam asap rokok dalam dos yang rendah kepada otak sebagai gantian nikotin daripada rokok dan ianya bertujuan untuk mengurangkan rasa gian terhadap nikotin serta mengurangkan atau mencegah gejala-gejala yang mungkin berlaku semasa berhenti merokok.

Perlu diingatkan, walaupun bertukar jenis rokok yang kurang TAR, ia tetap memberikan bahaya kepada kesihatan dan sebaik-baiknya cuba untuk ‘lawan’ perasaan gian tersebut dan berhenti merokok sepenuhnya.

Perokok yang berazam untuk berhenti merokok juga boleh mencari atau sertai kumpulan sokongan kerana perokok boleh mendapat galakan dan motivasi yang diperlukan untuk mendorong mereka ke arah yang lebih baik.

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI