4 Penjagaan Pokok Jambu Tanam Dalam Pasu Supaya Sentiasa Berbuah Lebat

Share

Pokok jambu antara pokok yang sesuai ditanam dalam pasu. Kalau betul cara penjagaan memang cepat berbuah dan juga lebat hasilnya. Macam yang dilakukan oleh Mark Are Leaft ini.

Menurut beliau supaya pokok jambu dalam pasu berbuah lebat ada beberapa perkara yang beliau praktikkan.

Tip pokok jambu dalam pasu berbuat lebat

Alhamdulillah… Hasil tanaman dah nak masak. Puas hati betul makan jambu hujan-hujan ni. Bagi yang nak buah jambu tanam dalam pasu lebat boleh amalkan cara-cara ini.

1. Jaga anak pokok, biar subur (pokok yang ditanam ini adalah hasil tut).

2. Beri baja buah bila pokok dah stabil. Boleh letak baja seminggu atau dua minggu sekali. Pembajaan ini penting dijaga jika nak pokok cepat berbuah

3. Sebulan selepas letak baja, potong atau cantas dahan muda supaya pokok cepat berbuah. Selepas dicantas insya-Allah bunga akan keluar sekali dengan pucuk.

4. Bila pokok dah berputik, bungkus waktu buah sebesar ibu jari lagi. Jangan lambat nanti kecewa. Boleh bungkus dengan plastik biasa saja pun boleh, asalkan buat lubang untuk air hujan turun supaya tak bertakung. Nanti buah boleh jadi buruk.

Inilah cara yang saya gunakan untuk pokok jambu yang ditanam. Pokok ini usia setahun dan dah empat kali berbuah.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Mark Are Leaft ini.

 

IKLAN