Bila pasangan, ahli keluarga, rakan, sudara yang buat salah ada yang sanggup tengok atau memendam rasa daripada menegur.
Sebabnya takut kalau ditegur nanti sentap atau orang yang ditegur sakit hati. Susah juga kan. Bagi korang yang dalam dilema ini mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
Ads
Dalam satu sesi ceramahnya beliau menurunkan tip atau cara paling mudah untuk memberi teguran tanpa menyakiti orang tu.
1. Niat
Apa yang penting niat. Sebelum menegur betulkan semula niat dan fikir balik apa tujuan kita untuk menegur. Kalau sekadar tegur untuk menyakiti bukan setakat tak boleh betulkan keadaan malah memburukkan lagi.
2. Lafaz Doa Sebelum Menegur
Ini adalah doa yang dibaca oleh Nabi Musa untuk melembutkan Firaun.
Ads
“Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku”. (surah Taha:25-28)
3. Selitkan puji-pujian
Walau berhemah macam mana pun cara kita menegur, pasti sedikit sebanyak akan buat orang tu berkecil hati. Jadi selitkan lah sedikit dengan pujian supaya sejuk semula hati orang tu.
Ads
4. Straight to the point
Kalau nak tegur straight to the point je. Tak perlu nak kaitkan dengan hal lain atau berdolak dalik. Dan elakkan mengungkit hal yang tak sepatutnya.
5. Kawal emosi dan tone suara
Tak ada siapa yang suka ditegur dengan nada yang tinggi terutama sekali perempuan. Mereka lebih beremosi dan peluang untuk mereka terima apa yang ditegur rendah. Dan tak semua orang ada kesabaran yang tinggi.
Farah Lee nama yang tidak asing lagi di medium media sosial. Bukan sekadar terkenal sebagai usahawan hijab tapi juga kerana kegigihan dan ketabahannya sebagai ibu tunggal yang meneruskan kehidupan bersama seorang anak.
Terbaru dia terus menginspirasikan wanita bila melakukan hijrah diri. Bersamaan dengan tahun baru Hijrah 1440 Farah terbang ke United Kingdom (UK) mengejar impiannya menyambung pengajian dalam bidang Pendidikan Kanak-kanak di University Of Leeds.
” MA in Chidlhood Studies University of Leed. 10.09.18 and the journey begins.” Hijrah aku pada tarikh hijrah Nabi. Salam Maal Hijrah. Moga penghijrahan ini membahagi kebaikan.
Demikian tulis Farah dalam satu status di instagramnya yang kemudian diikuti status dia selamat sampai di UK.
Status penghijrahan Farah ini juga mendapat reaksi dari pengikutnya. Selain dari ucapan tahniah penghijrahan bekas isteri Ally Iskandar ini juga memberi semangat dan inspirasi buat mereka mengejar impian.
Farah, 29 tahun sebelum ini pernah melanjutkan pengajian di Korea Selatan dalam bidang kejuruteraan.
Ok VK pun terinspirasi untuk sambung belajar. Chaiyok!
Sekarang musim durian dan ramai yang teruja membeli buah ini. Ada yang beli seminggu dua kali raja buah ini memandangkan harga pun dah turun sedikit supaya puas hati makan.
Biasanya selepas makan durian mesti akan ada pesanan minta minum air dari pangsa durian. Ini petua untuk elak badan jadi panas. Pesanan ini memang ramai yang ikut walaupun tak faham hubung kaitnya.
Tapi petua orang tua ini memang ada betulnya. Prinsipal Saintis, Dr Suri Rowi memberi penjelasan mengapa kita perlu minum air pangsa selepas makan durian.
KENAPA PERLU MINUM AIR PANGSA SELEPAS MAKAN DURIAN?
Antara Petua dan Realiti Saintifik
Biasanya sebahagian kita akan meminum air pangsa durian selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa.
Mungkin ada benarnya. Ini kerana kajian yang dilakukan oleh ramai saintis dan saya sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis buah menunjukkan bahagian buah yang paling tinggi khasiat adalah bahagian kulit dan ari buah.
Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science pada tahun 2015 menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis.
Kajian yang diterbitkan dalam 2 Jurnal Saintifik pada tahun 2021 dan 2022 pula mendapati pangsa durian (bahagian putih) mengandungi bahan propacin. Bahan ini boleh bertindak sebagai antiradang.
Justeru pengambilan air pangsa durian mungkin boleh mengurangkan rasa panas badan selepas makan durian.
Mungkin lebih elok juga jika pangsa buah diasingkan dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum.
Makanlah durian ikut kadarnya dan jangan berlebihan.
Perkongsian yang VK baca ini betul-betul menyentuh hati. Kuat sungguh kesabaran pasangan ini ini menanti dikurniakan cahaya mata.
Tapi benarlah Tuhan hanya menduga pada insan yang mampu menghadapinya, selepas 19 tahun bersabar, bersedih Allah membalas segalanya dengan kurniaan cukup manis.
Pada usia 41 tahun dia hamil dan selamat melahirkan cahaya mata. Demikian perkongsian kisah benar yang VK petik dari Facebook Nor Farah Dilah. Semoga jadi inspirasi untuk mereka yang lambat dapat cahaya mata agar tak putus asa.
Saya bernikah pada tahun 1998. Zuriat ? Ya , anak , penyeri rumahtangga . Semua wanita impikan. Mimpikan. Inginkan. Begitu juga saya dan suami. Keluarga sikit tak kisah, bagi mereka itu semua Allah yg punya kuasa. Tapi tidak bagi saya, saya sangat teringin zuriat sendiri.Begitu juga suami . Suami sering ingatkan saya, sabar ya Sayang .
Saya seperti wanita mental bila menjelang 10 tahun perkahwinan, air mata peneman, sejadah bersiram air mata setiap hari, saya sngt cemburu dgn wanita yg melahirkan zuriat, bila kawan2 bersalin, saya balik rumah dah kurungkan diri berhari2 . Allah, dimana silap saya sampai begini saya di uji .. Allahhuakhbar . rapuhnya iman saya bila saya mula terfikir nak culik anak org .
Berilah peluang walaupun janin cacat
Hari berganti , saya tak bercampur masyarakat, hanya pergi balik kerja, begitulah sehingga 19 tahun usia perkahwinan . Doa sedetik tak pernah putus dlm hati. Sangat teringin utk jadi ibu, punya janin di dalam rahim, sampai kan saya pernah berdoa , Ya Allah, bagilah peluang pada hambamu ini utk merasa nikmat menjadi ibu, walaupun janin yg cacat sekalipun, aku sanggup ya allah … Allah hu Akbar .. ???
Setiap hari saya menunggu dah 20 tahun, sehingga saya jatuh sakit , Allah , dugaan … Saya redha andai ini bahagian saya . saya ke hospital utk terima rawatan, ambil darah, urin test … Doctor dtg kepada saya sambil tanya, puan sekarang umur berapa ? Saya jawab 41 . Doctor senyum , dia ckp puan hamil tau. Serta merta, bergenang air mata saya… Allahhuakbar, ya Allah .. Allah maha berkuasa . Allahmdulillah …. Habis segala puji utk Allah . ya, saya disahkan hamil 4 bulan.
Menggigil terima berita
Perasaan saya, melangkah keluar hospital, diri rasa diawangan, rasa mcm mimpi. Memandu pulang dlm keadaan gigil. Sampai rumah saya kaku, diam sampai suami saya pulang. Saya ajak suami berjemaah, dia kata nanti abg mandi dulu. Selesai solat, saya pegang tangan suami, saya tatap mata dia, tapi suami seperti biasa, sabar ya sayang, Allah belum beri kita rezeki.
Saya dapat lihat air mata suami walau dia cuba sembunyikan. Saya gengam tangan dia, saya cakap, abang , sayang mengandung 4 bulan . Sepantas kilat terkeluar dari mulut suami, apa ?? Betul ke syg ? Betul ??? Syukur ya Allah… Tinggi suami menadah tangan mensyukuri rezeki Allah. Berderai air mata kami suami isteri .
Suami ambil cuti seminggu, setiap malam di sejadah
Suami ambil cuti seminggu, selama seminggu setiap malam dirinya di sejadah , tak henti bersyukur . hidup saya seperti mati hidup balik . saya mula nampak cahaya matahari . saya sudah ketawa, saya sngt bahagia .
Kandungan saya tiada masaalah, bersalin ceazer sebab anak besar . 11.00 mlm saya msuk dewan bedah, 11. 15 pm saya dah nampak anak saya . syukur ya Allah, bagi saya rasa jadi ibu . Anak saya berambut lebat hitam, kulit sangat merah , perempuan, cukup sifat dan sempurna, berat 4.3 kg. Tak berhenti di mulut saya , syukur ya Allah, syukur Alhamdulillah . satu2 nya anak tunggal saya kerana saya tidak d benarkan hamil lagi memandangkan usia sudah 41 tahun .
Puteri Marissa bt Abdul Rahman Dikau segalanya bagi mama dan papa Alhamdulillah… ??