Pesona pelik dan persembahan The Sacred Riana yang menyeramkan dalam peringkat akhir Asia’s Got Talent musim kedua kelmarin telah berjaya menambat hati juri sekaligus membolehkan ahli magis ini dinobat sebagai juara program itu.

The Sacred Riana atau nama sebenarnya Marie Antoinette Riana Graharani peserta dari Indonesia ini telah mengalahkan lapan finalis lain untuk memenangi AS$100,000 (RM408,300).

Menggunakan watak seram dari Jepun, persembahan Riana sebenarnya menarik perhatian penonton dan juri sejak dari awal lagi.

Tidak banyak berbicara dan selalu mengenakan juri Anggun sebagai subjek, ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya gadis misteri ini. VK sendiri pun nak tahu jadi ini fakta tentang yang VK selidik tentang Riana dari laporan media negara jiran.

IKLAN

1. Sejak kecil memang minat magik

Idolanya adalah David Copperfield, dan Riana belajar tentang silap mata daripada ayahnya sendiri yang juga seorang ahli magis.

2. Banyak kali masuk pertandingan silap mata

Asia’s Got Talent bukanlah program pertama yang disertai oleh Riana di televisyen. Riana pernah menyertai pertandingan Hizteria, menjuarai Stand Up Magician, dan menjadi naik juara The Next Mentalist.

3. The Sacred Riana hanyalah karakter di pentas

Karakter The Sacred Riana itu memang sengaja dicipta untuk gadis itu dan dia berjaya menarik perhatian orang ramai.

IKLAN

Deddy Corbuzier dan Siska, produser program The Next Mentalist yang disertai sebelum itu juga punya peranan peranan besar dalam penampilan The Sacred Riana yang menyerupai Sadako, watak makhluk halus di Jepun.

4. Ada team sendiri

Di sebalik aksinya yang membuat ramai takjub dan menyeramkan itu Riana memiliki team sendiri. Kesan visual yang luar biasa dibantu oleh pengurusnya sendiri Bow.

5. Orangnya cantik sebenarnya

Walau pun tampil misteri di atas pentas tapi ternyata Riana ini cantik orangnya bila di luar. Tapi tak banyak gambar Riana dengan wajah asli dikongsi.

IKLAN

 

#vanillakismis