Ramai yang menanam pokok ular atau lidah ular dalam rumah kelebihannya yang mampu membersihkan udara dalam rumah secara semula jadi. Pokok ini dikatakan melepaskan karbon diaoksida waktu malam dan menukarnya kepada oksigen.

5 Tanaman Ini Bukan Saja Boleh Bersihkan Udara Dalam Rumah Tapi Turut Menyejukkan Ruang

Bagi yang tiada air freshner setidak-tidaknya pokok ini mampu memberi udara yang lebih bersih dalam kediaman.

Ini yang diviralkan tapi sebenarnya ada lagi beberapa jenis pokok yang boleh kita tanam dan letakkan dalam rumah untuk fungsi yang sama. Malah ada antara pokok ini mampu menyerap racun dalam udara dalam kadar yang tinggi.

Pokok-pokok ini juga hijau dan cantik untuk menyerikan kediaman, jadi daripada tanam pokok bunga yang kita tak tahu manfaatnya lagi elok tanam yang ini.

1. Pokok sirih gading

5 Tanaman Ini Bukan Saja Boleh Bersihkan Udara Dalam Rumah Tapi Turut Menyejukkan Ruang

IKLAN

Pokok yang dikenali juga sebagai Devil’s Ivy ini kalau diperhatikan selalu ditanam dalam pejabat. Sangat cantu kalau diletakkan dalam pasu kecil. Ia menyerap fomaldehyde dan toksin berbahaya yang lain.

2. Aloe Vera

5 Tanaman Ini Bukan Saja Boleh Bersihkan Udara Dalam Rumah Tapi Turut Menyejukkan Ruang

Selalu kita tanam pokok ini di luar rumah. Kegunaanya yang kita tahu untuk kecantikan kulit saja. Tapi ada lagi kebaikan pokok aloe vera ini. Kalau diletakkan dalam rumah ia mampu membunuh bahan kimia berbahaya di udara seperti benzena. Daripada terbiar di halaman bawa masuk dalam rumah ya.

3. Monstera deliciosa

5 Tanaman Ini Bukan Saja Boleh Bersihkan Udara Dalam Rumah Tapi Turut Menyejukkan Ruang

IKLAN

Daun pokok ini memang cantik. Sangat bermanfaat jika diletak dalam rumah kerana mampu memperbaiki kualiti udara dengan menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam. Ia juga mampu menyerap formaldehyde dalam udara.

4. Dracaena

5 Tanaman Ini Bukan Saja Boleh Bersihkan Udara Dalam Rumah Tapi Turut Menyejukkan Ruang

Spesies dracaena (sanderiana dan marginata) menjadi penapis kepada udara yang berkuap. Bagi anda yang tidak berpeluang membuka tingkap dengan kerap, memiliki dracaena di dalam rumah boleh membantu menyegarkan udara dalam rumah.

IKLAN
Selain itu:  Goncang Bekas Macam Ni, Tip Mudah Buat Sotong Celup Tepung Yang Rangup & Sedap. Tepung Tak Lerai

5. Spider plant

5 Tanaman Ini Bukan Saja Boleh Bersihkan Udara Dalam Rumah Tapi Turut Menyejukkan RuangKelebihan meletakkan spider plant dalam rumah ialah ia memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun-racun di udara. Dalam masa dua hari, tanaman ini mampu menyerap racun di udara sehingga 90%.

Dalam pada itu kehadiran pokok-pokok hijau ini di dalam rumah bukan saja membersihkan udara tapi juga menyejukkan pandangan dan suasana dalam rumah.

Sumber: Tips Hias Rumah

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI