Warna epal dah merah tapi bila makan aduhai masam pulak. Ada juga yang dah terlebih masak. Memang spoil.
Untuk pastikan kita dapat epal yang ranggup dan manis, boleh ikut tip ini.
1. Ketuk epal
Waktu memilih epal ketuk dengan jari, jika bunyinya nyaring tanda epal tersebut rangup dan banyak air. Pilih epal yang keras, tekan untuk memastikannya. Jangan pilih yang lembik kerana ia tidak akan rangup.
Ads
2. Perhatikan kulit
Pilih buah epal yang bersih kulitnya tanpa tompok hitam, berwarna cerah dan berteksur baik.
3. Perhatikan ukuran
Saiz buah epal menentukan buah ini matang atau sebaliknya. Semakin besar epal semakin matang isinya.
Ads
4. Jangan pilih epal berbintik-bintik
Jika kulit buah epal ada bintik bintik di bahagian kulit maknanya ia tidak lagi rangup. Pastikan epal yang dipilih terasa keras bila ditekan dengan jari.
Ads
5. Hidu baunya
Epal yang sudah masak akan mengeluarkan aroma yang harum.
Bila memandu jauh kita memang akan rasa mengantuk. Kadang-kadang memang tak dapat ditahan-tahan mengantuknya.
Bimbang mengalami mikrosleep ketika memandu yang boleh menyebabkan kemalangan kita berhenti dan tidur seketika. Tapi tidur dalam kereta ini pun berisiko. Ia boleh menyebabkan kematian mengejut.
Ada yang kata, kalau nak tidur juga dalam kereta kena buka tingkap tapi ini tetap tak mengurangkan risiko kematian akibat keracunan karbon monoksida.
Jadi bagi korang yang selalu tidur dalam kereta sebaiknya hentikan tabiat ini kerana membahayakan nyawa.
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kematian dalam kereta kita sendiri iaitu:
Sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan ketika kita sedang tidur dan ini akan meningkatkan risiko mati lemas.
Pengumpulan karbon monoksida yang disebabkan kebocoran ekzos akan menurunkan paras oksigen dalam kereta.
Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah. Ini mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba. Bahayanya kita tidak akan sedar kerana karbon dioksida tidak dapat dilihat atau mempunyai bau.
Walaupun dengan tingkap dibuka karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam darah. Kesannya mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa.
Ini kerana kita sedar dengan perubahan suhu dan akan sedar jika terdapat kebocoran. Jika kita mula merasa tidak selesa, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap.
Sekiranya sudah tidak dapat meneruskan pemanduan kerana terlalu mengantuk, tutup enjin dan buka tingkap sekiranya mahu melelapkan mata dalam kereta.
Namun cara ini juga tidak selamat kerana anda terdedah kepada penjenayah yang mungkin mengambil kesempatan ketika anda tidur. Oleh itu cara yang terbaik adalah pastikan anda mendapat cukup tidur sebelum memulakan perjalanan.
Pokok kunyit antara yang selalu ditanam di rumah. Daun dan isinya memang selalu kita guna dalam masakan. Sebab itu berbaloi menanamnya.
Tapi satu masalah biasa bila menanam pokok kunyit ini adalah daunnya jadi kekuningan dan kering.
Sayang pula bila daun pokok yang dah lebar tiba-tiba jadi begitu. Antara cara yang boleh dipraktikkan sekiranya berlaku pada pokok kunyit yang ditanam.
1. Alihkan pokok kunyit, elak letak di tempat panas terik. Pokok kunyit memang perlu ditanam di tempat panas tapi sedikit terlindung.
2. Potong daun yang kekuningan dan kering, supaya keluar daun baru
3. Siram dua kali sehari, daun jadi kering kerana kurang siraman.
4. Gemburkan tanah agar jangan terlalu padat agar ada pengudaraan dan saliran yang baik untuk kekalkan kelembapan.
5. Pokok kunyit juga perlu dibaja, boleh guna baja organik.
6. Boleh juga gunakan petua siram dengan air basuhan beras supaya daun pokok kunyit subur.
7. Jika pokok kunyit sudah matang dan daun menguning ia mungkin petanda perlu di alih ke bekas yang lebih besar atau dituai. Kunyit boleh dituai selepas 9 bulan ditanam.
Jika daun kunyit diserang serangga, buat bancuhan ini; kisar cili, bawang putih dan halia. Kemudian tapis dan ambil airnya. Sembur pada tanaman untuk elak serangga.
Mulus & gebu sungguh roti ini, geram pula tengok. Menariknya doh ini bukan saja boleh jadi roti tapi juga donut, roti burger dan burger Malaysia juga.
Jadi berbaloi kalau nak cuba buat. Kalau nak buat sendiri di rumah boleh ikut perkongsian daripada Suhasnida Ismail.
Jomlah kita belajar buat roti, donat, burger Malaysia. Doh ini juga boleh buat roti burger,nak buat roti manis add on gula lebih sikit.
Kak Sue share resepi ni, inshaallah menjadi kalau buat betul betul. Cuma yang baru nak belajar,kena keep practice. Bukan buat sekali tak menjadi,dah putus asa.
Bahan-bahan:
700gm tepung high protein/tepung roti
300gm tepung gandum
100gm gula pasir halus
10gm garam halus
2biji kuning telur
30gm serbuk tepung susu full cream
4gm bakerine plus (bread improver)
550ml air sejuk
100gm shortening
Bahan bancuh yis:
15gm yis
20gm gula
50ml air suam
1. Bancuh yis dengan air suam bagi berbuih. Nak campur terus dalam tepung tanpa bancuh pun boleh. Kak Sue bancuh dulu sebab nak bagi cepat kembang.
2. Campur bahan kering, telur kecuali garam dan shortening. Masukkan air sikit sikit dan uli sampai jadi doh. Kalau nak buat 900 tepung hp dan 100gm tepung gandum pun boleh. Lagi lembut halus mulus.
3. Kemudian masukkan garam dan shortening, uli sampai berkilat, licin dan tak lekat di mangkuk.
4. Rehatkan 5 minit dan bentukkan. Nak buat roti burger timbang doh 80gm. Jika nak buat burger Malaysia timbang doh 30gm atau 40gm. Kalau kata nak buat roti manis, tambah gula kepada 180gm atau 200gm. Terpulang pada cita rasa ya.
5. Rehatkan doh bagi kembang, kemudian sembur dengan susu full cream untuk buat roti. Baru permukaan roti cantik. Tapi apa apa pun doh kena uli biar berkilat dan licin. Step rounding pula kena kemas dan licin, jangan bagi terbuka bila buat bulat bulat tu ya.
6. Panaskan oven, kemudian bakar bila dah cukup kembang jika buat roti. Jika buat donat pula bolehlah goreng bila minyak dah panas.
1. Donat jangan overproofing, nanti melekat pada tangan bila angkat nak goreng. Jadi akan serap minyak, tak best nak makan
2. Doh jangan terlembik, sebab ia akan serap minyak jugak.
3. Jika buat donat saya lebih suka pakai shortening tapi kalau nak guna marjerin pun boleh. Tiada salahnya kita yang nak makan.
4. Untuk buat roti saya suka guna kuning telur,serat roti lebih halus lembut geboo,cuma pastikan jangan overproof ya dan kalau nak guna full telur pun ok, menjadi juga.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...